Seoul yang Dipenuhi Trend: Dimana Gaya Moden dan Gaya Garang Bertemu
#Chic
Apakah bayangan anda terhadap Seoul?
Dalam video "Beauty Inside Seoul," yang Telefonah mula ditayangkan semenjak pengakhiran musim panas, anda boleh melihat empat perspektif Seoul yang berbeza mengikut pilihan anda! #Chic disyorkan bagi mereka yang ingin merasai aura-aura trend terkini! Ayuh terokai lokasi penuh gaya di Seoul bersama Song Kang, ikon baharu Visit Seoul.
COEX
COEX Convention Center yang dilawati Song Kang, sebuah lokasi yang pengunjung boleh menerokai suasana urban dan moden, merupakan tempat di mana persidangan antarabangsa dijalankan. Selain itu, pengunjung juga boleh bersinggah ke K-Pop Square, juga terletak di COEX, yang menjadi destinasi kegemaran peminat K-pop dari seluruh pelusuk dunia. Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti hiburan yang selari dengan gaya hidup bandar yang bergaya, seperti membeli-belah, menonton wayang, dan melawat akuarium, semua dalam satu tempat yang sama.
Informasi
-
Alamat 524, Bongeunsa-ro, Gangnam-gu, Seoul Telefon +82-2-6002-5300 Waktu Operasi Setiap Hari 10:30 - 21:00 KST Laman Web www.starfield.co.kr
The Hyundai Seoul
Dalam video “Beauty Inside Seoul,” Song Kang terlihat menuruni tangga di sebuah lokasi berlatarkan hiasan dalaman berwarna putih dan anggun. Lokasi ini merupakan The Hyundai Seoul di Yeouido, yang menjadi tarikan ramai kerana seni binanya yang melengkung dan menawan. Pengunjung sudah semestinya dapat merasakan sensasi baharu yang tidak pernah dirasai oleh mereka sebelum ini apabila mereka berkunjung ke The Hyundai Seoul, apabila sinaran cahaya semula jadi, air pancut berbuih, dan bunyi kicauan burung bersatu dengan penuh anggun.
Informasi
-
Alamat 108, Yeoui-daero, Yeongdeungpo-gu, Seoul Telefon +82-2-767-2233 Waktu Operasi Isnin - Khamis 10:30 - 20:00 KST / Jumaat - Ahad 10:30 - 20:30 KST Laman Web www.thehyundaiseoul.com
Prada Gangnam Branch
Song Kang juga terlihat memasuki kedai, yang mempunyai hiasan dalaman yang berwarna hitam dan putih, lalu seronok membeli-belah sambil mencuci mata melihat pakaian. Kedai Prada yang terletak di dalam Shinsegae Department Store Gangnam membanggakan suasananya yang bergaya dan canggih. Terdapat juga kedai kasut Prada berdekatan yang menjaminkan pengunjung merasai pengalaman membeli-belah secara mewah sama seperti yang dirasai Song Kang.
Informasi
-
Alamat 176, Sinbanpo-ro, Seocho-gu, Seoul (Shinsegae Department Store Gangnam Branch, 2F) Telefon +82-2-3479-1058 Waktu Operasi Isnin - Khamis 10:30 - 20:00 KST / Jumaat - Ahad 10:30 - 21:00 KST Laman Web www.prada.com
Cafe BotBotBot
Cafe BotBotBot merupakan sebuah kafe berunsur futuristik di mana pengunjung boleh merasai kopi dan pencuci mulut yang dibuat oleh robot! Song Kang sendiri juga tidak puas melihat robot sambil ia melukis gambar pilihan pelanggan pada kopi dan kek pelanggan. Terdapat juga pameran seni media misteri yang sesuai dengan suasana dan kecanggihan robot-robot tersebut.
Informasi
-
Alamat 8, Achasan-ro 9-gil, Seongdong-gu, Seoul Telefon +82-507-1322-9219 Waktu Operasi Hari Minggu 11:00 - 22:00 KST / Hujung Minggu 10:00 - 22:00 KST Instagram _bot.bot.bot
DDP
Dalam video “Beauty Inside Seoul,” Song Kang dilihat berdiri berlatarkan pemandangan malam berwarna-warni di DDP. DDP merupakan bangunan utama di Dongdaemun, di mana semua trend masa akan datang di Seoul diwujudkan. Pengunjung boleh mencari inspirasi baharu daripada ruangan DDP yang dinamik seperti Oullim Square, pelbagai dewan pameran, kedai-kedai yang menakjubkan, dan pasar seni!
Informasi
-
Alamat 281, Eulji-ro, Jung-gu, Seoul Telefon +82-2-2153-0000 Laman Web www.ddp.or.kr
Seoul yang manakah yang ingin anda lawati?
Ayuh terokai kesemua 4 perspektif pelancongan Seoul bersama Song Kang
Terokai lebih banyak tarikan di Seoul bersama Song Kang
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.