Seoul, di mana aura semangat, keterujaan dan cinta bersinar
#Vibrant
Apakah bayangan anda terhadap Seoul?
Dalam video "Beauty Inside Seoul," yang Telefonah mula ditayangkan semenjak pengakhiran musim panas, anda boleh melihat empat perspektif Seoul yang berbeza mengikut pilihan anda! Kami cadangkan #Vibrant bagi mereka yang penuh dengan tenaga. Ayuh terokai Seoul bersama Song Kang, ikon baharu Visit Seoul, sambil disinari cahaya yang terang!
Hongje Yuyeon
Hongje Yuyeon merupakan pameran cahaya artistik yang menyinari kawasan bawah tanah. Karya seni kreatif yang dikumpulkan dan dipasangkan di sepanjang Cheonggyecheon Stream untuk mencipta sebuah pameran bagaikan khayalan. Hongje Yuyeon, Telefonah diubah suai daripada sebuah ruangan bawah tanah yang terbiar selama lebih 50 tahun, dan kini menjadi muzium seni terbuka yang menjemput pengunjung untuk memasuki dunia baru yang tidak akan dapat dialami di mana-mana. Secara khususnya, karya Team Cowork, “Warmth,” yang dibina dari lebih 42 tiang konkrit dan lampu-lampu, merupakan antara karya yang wajib dilihat!
Informasi
-
Alamat 48-84, Hongeun-dong, Seodaemun-gu, Seoul (Yujin Shopping Street)
Telefon +82-2-2133-2710
Waktu Operasi Setiap Hari 10:00 - 22:00 KST
Banpo Bridge Moonlight Rainbow Fountain
Banpo Bridge, sebuah destinasi yang terkenal dengan pemandangan malam di Seoul, sudah pasti akan menawan hati semua pengunjung. Apabila matahari terbenam, persembahan air pancut akan dimulakan berserta lampu-lampu Banpo Bridge yang mula dipasang. Persembahan ini akan pasti memenuhi jiwa yang lusuh dengan penuh tenaga apabila cahaya-cahaya dinamik menyinari Hangang River yang tiada pengakhirannya, serta karya air pancut yang memegunkan yang mewujudkan pemandangan yang tiada tandingannya.
Sebitseom
Sebitseom, yang memperindah lagi kecantikan pemandangan malam di Hangang River, merupakan kompleks kebudayaan berasaskan air yang pertama di dunia yang merangkumi tiga buah anak pulau berbeza. Pengunjung boleh menikmati berbagai-bagai aktiviti kebudayaan di oasis yang terletak di atas air ini, seperti restoran, kafe, dan pasar lambak. Secara khususnya, Tubester, yang merupakan kapal air di Hangang River, mencipta sebuah petang yang romantik bagi mereka yang menginginkan malam yang penuh dengan keajaiban.
Flowers by Naked
Taman cahaya bagaikan khayalan yang dipenuhi pameran seni media yang telah dikunjungi oleh Song Kang merupakan pameran Flower by Naked. Pameran ini menekankan kecantikan alam semua jadi melalui cahaya lampu berwarna-warni serta skrin pamerannya. Jangan lupa ambil satu atau dua gambar yang menakjubkan seperti yang dilakukan Song Kang, dalam suasana yang terang-benderang bagaikan alam dongeng ini!
Informasi
-
Alamat 188 Yanghwa-ro, Mapo-gu, Seoul (AK& Hongdae Branch, 4F) Telefon +82-2-323-2055 Tarikh Pameran 2021.04.30 - 2021.12.31 Waktu Operasi Setiap Hari 11:00 - 21:00 KST Bayaran Masuk Dewasa KRW 20,000 / Remaja KRW 16,000 / Kanak-kanak KRW 12,000 Laman Web http://naturelabs.co.kr/
Pussyfoot Saloon
Pussyfoot Saloon di Hannam-dong membanggakan suasana uniknya yang bagaikan berada di negara yang berbeza. Bar koktel ini telah diwujudkan bertemakan kereta api era abad ke-19. Perhatikan sambil koktel berwarna-warni dibancuh di bar yang berlokasi di aras satu, iaitu lokasi dimana Song Kang telah duduk ketika kunjungannya.
Informasi
-
Alamat 7-6, Daesangwan-ro 31-gil, Yongsan-gu, Seoul
Telefon +82-2- 792-5945
Waktu Operasi Setiap Hari 18:00 - 03:00 KST
Grand Hyatt Seoul Teppan
Grand Hyatt Seoul Tepan merupakan sebuah restoran yang berkepakaran dalam hidangan Teppanyaki. Pengunjung boleh menikmati hidangan teppanyaki oleh cef yang juga akan menunjukkan persembahan api istimewa sambil memasak. Pengunjung dan insan tersayang mereka dijamin akan meninggalkan restoran ini dengan memori yang tidak boleh dilupakan serta senyuman pada muka mereka.
Zzang Games Hongdae
Lokasi di mana Song Kang bersama kawan-kawannya bermain permainan merupakan di Zzang Games yang terletak di Hongdae. Hampir semua permainan yang boleh anda bayangkan ada di sini seperti meja permainan, dart, dan permainan kad, semuanya dikumpulkan di aras 3 Zzang Games. Nikmati keseronokan dan keriangan Seoul di Zzang Games, yang juga merupakan lokasi yang baik bagi pengunjung solo mahupun bersama rakan-rakan.
Seoul yang manakah yang ingin anda lawati?
Ayuh terokai kesemua 4 perspektif pelancongan Seoul bersama Song Kang
Terokai lebih banyak tarikan di Seoul bersama Song Kang
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.