Perjalanan kereta bawah tanah Seoul oleh ketua EXO Suho berjudul 'Suho Line' telah dikeluarkan di saluran YouTube Visit Seoul TV, memwar-warkan kepada orang ramai tentang daya tarikan baharu Seoul. Suho Line ialah laluan dua hari satu malam yang terdiri daripada destinasi pelancongan kesukaan Suho atau ingin lawati dan mudah diakses dengan kereta bawah tanah.
Tempat pilihan Suho sebagai titik permulaan ialah 'Stesen Seoul Forest di Laluan Suin Bundang', yang dipenuhi dengan suasana tipikal Seongsu-dong, iaitu bandar dan vintaj. Seterusnya, dia pergi meneruskan perjalanan ke tempat yang penuh dengan kenangannya, seperti 'Stesen Ttukseom Park di Laluan 7', yang menjadi tempat kesukaanya dan sentiasa dia lawati untuk menyegarkan diri semasa tempoh latihannya, 'Stesen Apgujeong di Laluan 3', yang dia lawati setiap hari semasa tempoh latihan dan sekolahnya, serta 'Stesen Jamsil di Laluan 2' yang penuh dengan kenangan bersama rakan-rakan. Suho memperkenalkan tempat-tempat itu sambil mengimbau ingatannya kembali.
Suho Line, mempunyai jadual perjalanan yang disediakan dengan teliti untuk peminat dan pengembara Suho ke Seoul dan pastinya akan menjadi panduan yang baik untuk mereka yang ingin mengembara di sekitar Seoul. Jom temui tempat-tempat yang kita ingin tahu di Suho Line, disyorkan oleh Suho, MBTI jenis J, yang penuh dengan perasaan dan citarasa Suho.
Alam semulajadi dalam memori di pusat bandar,
Sumsei Terrarium
Seongsu-dong, merupakan tempat popular di Seoul dan juga merupakan tempat di mana suasana bandar dan vintaj berharmoni menyatu dengan sempurna. Seongsu-dong mempunyai kawasan Seoul Forest, hutan ekologi dan ruang budaya yang mewakili Seoul. Tempat pertama yang dilawati Suho di Seongsu-dong ialah 'Terrarium Sumsei', yang mempunyai suasana yang menyatu dengan kepekaan semula jadi Seoul Forest.
Terrarium Sumsei, di mana imej semula jadi menjadi daya tarikan dari bahagian luar bangunan. Kawasan tersebut merupakan ruang pengalaman yang dicipta dengan menjelmakan alam maya. Anda boleh mengalami alam semula jadi dengan lima deria anda apabila anda bergerak dari tingkat bawah 1 ke bumbung di tingkat 4. Anda boleh melihat aurora dengan mata anda sendiri, merasai tekstur pasir dan lumpur dengan kaki yang terdedah, dan merasai kabus, angin dan cahaya dengan seluruh badan anda. Selepas menikmati pengalaman angkasa lepas, berehat dengan secawan teh seperti yang dilakukan oleh Suho sambil menangkap beberapa keping gambar di atas bumbung. Nikmati perjalanan penuh dengan pengunaan deria seperti hadiah daripada alam semula jadi di Terrarium Sumsei, di mana anda boleh menikmati pengalaman deria istimewa dalam ruang eksotik.
○Alamat: 44-1 Seoulsup 2-gil, Seongdong-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: 12:00 ~ 21:30 (Ditutup pada hari Isnin)
○Halaman utama: Pergi ke
Restoran kegemaran idola saya
ZESTY SALOON Seongsu
Di Seongsu-dong, terdapat banyak tempat di mana bangunan lama diubah suai dan dijadikan ruang baharu. Restoran kegemaran Suho, ZESTY SALOON Seongsu', juga merupakan rumah dua tingkat yang telah diubah suai dengan suasana Amerika. ZESTY SALOON Seongsu, dengan bahagian luarnya yang eksotik dan papan tandanya yang besar. Ianya juga merupakan kedai khusus burger homemade yang dibahagikan kepada ruang dalaman dan teres sebagai bahagian luar yang penuh dengan watak-watak yang hebat dan comel.
Selain 'Wasabi Shrimp Burger' dan 'Zesty Garlic Burger' yang menjadi pilihan utama Suho, terdapat juga menu burger seperti American cheese dan Chipotle cheese, serta pelbagai menu dan kentang goreng dan minuman. Sebagai pilihan utama, Wasabi Shrimp Burger adalah hamburger 'kegemaran' yang Suho anggap sebagai burger paling sedap pernah dimakannya. Jika anda ingin tahu tentang cita rasa restoran Suho yang telah menyediakan jadual perjalanan yang sempurna, dan hamburger kegemaran yang dipilih oleh idola saya Suho, datanglah ke ZESTY SALOON Seongsu.
○Alamat: 13, Seoulsup 4-gil, Seongdong-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: Setiap hari 11:30 ~ 21:00
○Instagram: @zestysaloon
Ttukseom Hangang Park
Yang penuh dengan suasana keremajaan dan cerita percintaan
Dalam laluan Suho Line, Suho memperkenalkan tempat-tempat yang dapat mengimbau kenangan masa lalu. Iaitu Ttukseom Hangang Park. Taman Ttukseom Hangang merupakan taman yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang bola keranjang, padang gateball, dinding batu buatan, dan bilik X-game. Antara kemudahan itu, X-Games Ground adalah pusat tumpuan bagi peminat sukan lasak, malah Suho juga seronok belajar dan menunggang papan selajunya di sini. Skateboard boleh dibeli atau disewa di cawangan Board Korea Ttukseom yang berhampiran.
Di Ttukseom Hangang Park, anda boleh menikmati sukan air seperti luncur angin dan ski air pada musim panas. Mari nikmati perjalanan menyeronokan sambil melakukan aktiviti sambil merasai angin sungai yang sejuk di Ttukseom Hangang Park. Iaitu tempat yang penuh dengan keghairahan, semangat dan percintaan belia. Kami juga mengesyorkan Ttukseom outlook cultural complex, di mana anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan Sungai Han selepas aktiviti yang menarik.
Pengalaman kulinari dan budaya di Gangnam, Seoul,
Andaz Seoul Gangnam
Tempat Suho bermalam selama satu malam dalam perjalanan ke Seoul dan berehat dengan pemandangan malam yang indah ialah hotel 5 bintang Andaz Seoul Gangnam yang terletak di Apgujeong. Mengingatkan galeri dengan hiasan dalaman dan karya seni moden yang dipamerkan di seluruh hotel, Andaz Seoul Gangnam Hotel juga mesra pengguna apabila hotel tersebut bersambung terus ke Stesen Kereta Api Bawah Tanah Apgujeong.
Andaz Seoul Gangnam mempunyai pelbagai jenis bilik, daripada bilik deluxe dan premium hingga ke suite tempat Suho menginap. Kemudahan hotel termasuk kolam renang dalaman dan Gym di mana tetamu boleh menikmati pemandangan indah Seoul melalui skrin besar. Perkhidmatan bilik juga disediakan, di mana anda boleh mencuba makanan Korea, termasuk Doenjang-jjigae dan LA Galbi yang Suho makan melalui perkhidmatan bilik, serta pelbagai menu lain. Alami budaya dan gastronomi Apgujeong dan Cheongdam, termasuk fesyen, kecantikan dan galeri seni, di Andaz Seoul Gangnam.
Omni People Galeri
Koleksi semua perkara gaya vintaj
Suho yang juga dikenali sebagai seseorang yang sangat meminati fesyen dalam perjalanan kali ini mengunjungi kedai pakaian vintaj yang selalu ingin dikunjunginya. Omni people galeri merupakan sebuah kedai vintaj Amerika yang terletak di Taman Dosan di Apgujeong sebagai destinasi popular untuk pencinta fesyen, dan juga dikenali sebagai tempat semua perkara berkaitan serta fesyen-fesyen vintaj berkumpul termasuk pakaian, aksesori dan prop.
Omni people galeri, merupakan tempat yang mengetengahkan vintaj Amerika serta mempunyai aksesori vintaj, baju-T, pakaian luar dan pakaian tentera di tingkat 1. Di tingkat 2, anda boleh menemui pakaian rajut berwarna-warni, baju dan seluar jeans vintaj , di mana antara pelbagai berkonsepkan pakaian. Diantara pakaian tersebut terdapat pakaian yang Suho pilih untuk 'boyfriend look'. Lengkapkan perjalanan OOTD (Outfit of the Day) anda kali ini dengan memilih pakaian yang menepati citarasa anda di Galeri Omni People.
○Alamat: 13, Eonju-ro 152-gil, Gangnam-gu, Seoul
○Waktu: Setiap hari 11:00 ~ 21:00
Sama seperti citarasa British,
Muzium Bagel London Dosan
Suho melawat restoran bagel paling popular di Seoul, London Bagel Museum Dosan. The Dosan Branch of the London Bagel Museum ialah tempat yang menawan dan elegan yang bahagian dalamannya adalah vintaj dan kitsch dari luar seolah-olah ia mengangkut London sebagaimana adanya. Suho memesan dan merasai bagel ara, bagel bawang, sandwic kentang bacon, dan sup truffle cendawan. Selain menu plihan Suho, mereka juga menjual pelbagai jenis bagel, sandwic, krim keju, dan jem.
Muzium Bagel London, di mana anda boleh menikmati bukan sahaja makanan tetapi juga suasana, sangat popular sehingga bukan sahaja Suho, tetapi juga ramai selebriti Korea dan selebriti terkenal mengadakan acara terbuka di tempat ini. Barangan popular kebiasannya terjual lebih cepat, jadi kami mengesyorkan agar anda tiba lebih awal untuk mencuba menu yang meluas di Muzium Bagel London. Ia akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk melawat Muzium Bagel London. Anda boleh menikmati tekstur, rasa dan kepekaan unik menggunakan pelbagai bahan, dan bersiar-siar di Taman Dosan yang berdekatan. Muzium Bagel London juga mempunyai cawangan Anguk. Oleh itu adalah lebih disarankan untuk melawatnya pada masa yang sama seperti melawat Bukchon Hanok Village dan Istana Changdeokgung.
○Alamat: 33, Eonju-ro 168-gil, Gangnam-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: Setiap hari 8:00 ~ 18:00
○Instagram: @london.bagel.museum
Lihatlah Seoul dan nikmati keseronokan
Seoul Sky
Tempat pilihan Suho untuk merakamkan pemandangan indah Seoul ialah Lotte World Tower Seoul Sky. Seoul Sky ialah balai cerap tertinggi di Lotte World Tower, bangunan tertinggi di Korea, dan menawarkan pemandangan 360 darjah pusat bandar Seoul.
Selain itu, anda boleh menikmati kemudahan pengalaman yang mengujakan dan mendebarkan, seperti Sky Deck yang membuatkan anda berasa seperti sedang berjalan di atas langit, dan Sky Bridge Tour, di mana anda juga boleh menikmati langit Seoul secara dekat sebagai kandungan pameran digital bertemakan Korea. Selain itu, terdapat banyak lagi tarikan tarikan lain seperti kafe, lounge dan lain-lain untuk dinikmati dan dirasai. Mari buat kenangan yang tidak dapat dilupakan di Seoul iaitu pengalaman di atas awan dekat dengan langit.
○Alamat: 300 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: Ahad-Khamis 10:30 ~ 22:00 / Jumaat, Sabtu 10:30 ~ 23:00
○Laman Utama: Pergi ke
Artikel Berkaitan
|
|
Menceritakan tentang Seoul dan mengembara dengan kereta bawah tanah oleh SUHO | kawasan dengan segala keseronokan melancong Jamsil |