Jamsil adalah salah satu kawasan yang dapat menggambarkan Seoul yang sebenar dengan pelbagai perkara menarik yang boleh dilakukan. Jamsil merupakan kawasan yang terletak di sepanjang Taman Sungai Han di utara. Taman seperti Taman Olimpik dan Tasik Seokchon juga merupakan kawasan yang meliputi Jamsil. Kawasan tersebut adalah sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti bersiar-siar atau aktiviti fizikal seperti berbasikal dengan pemandangan terbentang luas terbuka. Jamsil juga merupakan taman tema yang mewakili Seoul dan tempat di mana anda boleh melihat pemandangan Seoul secara keseluruhan dari Balai menara pemerhati tertinggi di Korea. Selain itu, terdapat juga Kompleks Sukan Jamsil yang menyediakan dan menawarkan pelbagai permainan dan pertunjukan sukan. Bukan itu sahaja, terdapat juga lorong-lorong “kegembiraan” bagi semua orang iaitu Lorong Makanan Bangi-dong yang dipenuhi dengan “syurga makanan”.
Jamsil merupakan tempat penuh dengan kedamaian alam menyatu dengan bandar dan merupakan cerminan gambaran keharmonian bandar dan alam semula jadi. Bukan itu sahaja, Jamsil juga menjadi salah satu tempat di Seoul yang menjadi tempat pertemuan sejarah, budaya dan seni, serta mempunyai segala-galanya bermula daripada tempat membeli-belah hingga tempat untuk bersukan. Bagaimana jika anda pergi ke Jamsil, tempat yang menjanjikan pelbagai keseronokan seperti tempat bermain, tempat makan dan menikmati musim bunga kali ini?
Lotte World Adventure & Lotte World Tower
Sentiasa penuh keseronokan
Taman hiburan adalah tempat yang membawakan anda semua keseronokan di dunia dikumpulkan. Saat kaki anda melangkah memasuki taman hiburan, semua orang akan merasai pengalaman kembali ke zaman kanak-kanak mereka dan tenggelam dalam kegembiraan. 'Lotte World Adventure', pasti akan terlintas didalam fikiran anda ketika anda memikirkan ‘Jamsil’ dan ‘Lotte World Tower’. Yang pastinya anda boleh melihat terpampang diiklankan berkaitan ‘Lotte World Tower dimana-mana sahaja di sekitar Seoul disebabkan tempat tersebut adalah tarikan utama yang mewakili Jamsil.
‘Lotte World Adventure’ merupakan tempat yang dipenuhi dengan keseronokan 365 hari setahun. Anda boleh mencuba dan merasai pelbagai permainan dan tunggangan mendebarkan serta menikmati pertunjukan dan perarakan yang menarik. Perayaan gempak dan terbaik diadakan setiap musim untuk menjemput orang ramai ke dunia fantasi.
Lotte World Tower juga dikenali sebagai bangunan tertinggi bukan sahaja di Seoul tetapi juga di Korea. Tempat tersebut merupakan kawasan yang membawakan kompleks budaya dalaman yang sangat besar di mana anda boleh menikmati pelbagai pengalaman dan kemudahan yang disediakan termasuk pusat membeli-belah, pawagam, akuarium dan Balai Menara Langit Seoul.
Jom ke Lotte World Adventure dan Lotte World Tower di mana anda dapat menikmati semua perkara berkaitan keseronokan berkumpul di sini.
Temui tempat bersantai di pusat bandar.
Tasik Seokchon
Salah satu kelebihan Jamsil sebagai destinasi pelancongan ialah alam semula jadi sentiasa berada di sekeliling kawasan tersebut. Tasik Seokchon yang terletak di antara bangunan pencakar langit, yang puncaknya tidak dapat dilihat walaupun anda memiringkan kepala anda sejauh yang anda boleh. Yang pastinya, kawasan tersebut pasti akan memberikan keselesaan dan kesegaran bagi mereka yang ingin keluar daripada suasana tegang dari bandar dan mereka yang masih merasai kelelahan akibat perjalanan.
Tasik Seokchon terkenal sebagai tempat melihat bunga sakura dan jejak temu janji Jamsil dimana tempat alam semula jadi dan musim menyatu dengan indah. Bunga sakura menghiasi tepi tasik pada musim bunga, dan dedaun hijau yang subur membawa anda ke dunia dengan pemandangan kehijauan pada musim panas. Pada musim luruh, dedaunan berwarna-warni menukar tarikan dan warnanya, dan pada musim sejuk, pemandangan seputih salji memberikan pemandangan yang indah. Kadangkala tasik itu berfungsi sebagai ilham kanvas dan karya seni awam seperti 'Rubber Duck' dan 'Super Moon' dipamerkan di tasik.
Tasik Seokchon terbahagi kepada Tasik Timur dan Tasik Barat. Tasik Timur mempunyai Pusat Maklumat Pelancong Songpa, Plaza Konvensyen dan Menara Lotte World, manakala Tasik Barat berfungsi sebagai kawasan Lotte World Adventure, pentas tepi laut dan taman hiburan. Jom jalan-jalan santai di sepanjang deretan pepohon cantik yang berdiri di sepanjang tasik sambil melihat tasik yang tenang. Selain Itu, Persiaran yang mengelilingi tasik menuju ke tempat lain juga penuh dengan perkara menarik untuk dilakukan, pelbagai pilihan makan dan aktiviti menyeronokan untuk dicuba dan dinikmati di Jamsil.
Bandar makanan mewakili Jamsil
Lorong Makanan Bangi-dong
Salah satu keseronokan yang tidak dapat dipisahkan apabila melakukan perjalanan atau bersiar-siar adalah kegembiraan mencuba pelbagai makanan. Kadangkala keinginan mencuba makanan juga boleh menjadi matlamat perjalanan itu sendiri yang akan membawa tujuan perjalanan seseorang tersebut terarah kepada kawasan sekitar restoran-restoran dan kafe di sekitar tempat tersebut. Orang ramai yang risau memilih restoran ketika melancong, tidak perlu risau ketika anda berada di Jamsil. Hal ini kerana, di Bangi-dong ada satu lorong makan yang boleh anda rasai dan nikmati pada masa yang sama.
Lorong Makanan Bangi-dong, yang terletak di seberang jalan dari Tasik Seokchon dan Dongho, ialah bandar makanan yang mewakili Jamsil. Tempat itu menyajikan bukan sahaja kepada masyarakat Jamsil tetapi juga penduduk tempatan Songpa-gu, serta pelancong. Anda juga boleh menemui pelbagai jenis makanan, daripada snek ringkas kepada makanan Korea, makanan Cina dan makanan Jepun. Terdapat juga kafe dan bar dengan suasana yang selesa, jadi anda boleh memilih pelbagai menu yang anda suka dan nikmatinya dengan rasa gembira.
Nikmati pelbagai jenis makanan (yang anda boleh temui di Korea) di Bangi-dong Food Alley iaitu tempat anda boleh lakukan temujanji dengan keluarga, rakan dan kekasih anda sambil menikmati makanan yang lazat.
Tempat percutian hijau di bandar
Taman Olimpik
Bagi mereka yang menganggap taman itu hanya tempat untuk bersiar-siar akan terkejut apabila mereka datang ke Taman Olimpik. Taman Olimpik merupakan sebuah tempat yang diwujudkan untuk memperingati Asian Games '86 dan Olimpik Seoul '88, ialah taman dengan dewan sukan, ruang kebudayaan dan seni, ruang sejarah dan pendidikan, serta kawasan rehat.
Olympic Park yang meliputi kawasan seluas lebih 142 hektar, mempunyai pelbagai ruang budaya seperti Peace Plaza, Gimnasium, Olympic Memorial Hall, Taman Ekologi, Rose Plaza, Muzium Hanseong Baekje dan dewan konsert. Sculpture Park pula merupakan salah satu daripada 5 taman arca terbaik di dunia yang mempunyai kawasan bergambar yang wajib anda lawati dan dilihat jika anda melawat Olympic Park iaitu 'Alone Tree'. Pemandangan Olympic Park 9 termasuk laluan pejalan kaki untuk 'Mongchontoseong', kubu dari era Baekje lama, dan banyak lagi.
Pelajari sejarah, hargai seni dan nikmati aktiviti berkelahan di rumput yang luas di Olympic Park, yang terkenal dengan tempat untuk berswafoto dan tempat untuk bertemu janji. Ia akan menjadi perjalanan istimewa untuk menikmati keistimewaan budaya dalam alam semula jadi dan menikmati aktiviti bersantai.