Pusat Arkib dan Kebudayaan Seoul yang terletak di tingkat 3 Perpustakaan Seoul adalah ruangan budaya yang menjadi mercu tanda bagi warga Seoul. Ia adalah ruang pameran yang memberikan gambaran kepada nilai budaya dan merangkumi sejarah transformasi Seoul serta membawakan anda tentang kisah-kisah menarik masyarakat di Seoul.
Pusat Arkib dan Kebudayaan Seoul yang baru diubah suai pada November 2022 telah menyediakan perkhidmatan pameran dalam bentuk platform digital. Melalui pameran tersebut juga pelbagai rekod telah dipertunjukan berkaitan bagaimana Seoul berjaya mewujudkan dirinya sebagai bandar bertaraf dunia selepas melalui pelbagai peringkat pembangunan selama 70 tahun perubahan kemajuan dan perkembangan sehinggalah menjadi salah satu bandar metropolitan pada masa kini.
Melalui media rakaman dan media massa, pembangunan dan perkembangan yang jelas dapat dilihat pada kawasan Sungai Han di Seoul, pada sistem pengangkutannya, kawasan tarikan utama, serta industri hiburan dan Kebudayaan Seoul yang penuh suka dan duka dalam kehidupan seharian masyarakatnya. Ia adalah tempat di mana penduduk yang pernah tinggal di sana boleh berkongsi kenangan.