Guillaume
Sebuah kedai bakeri Perancis yang menghidangkan pencuci mulut yang organik dan autentik serta diusahakan oleh chef pastri yang berasal dari Perancis.
Kafe ini telah banyak mewarnai kaca televisyen di rancangan seperti Heart Signal 2. Hidangan makarun merupakan salah satu hidangan yang terkenal di kafe ini di mana pengunjung berpeluang untuk merasai makarun yang tradisional dan mempunyai rasa yang asli, berbanding versi Korea yang dipenuhi dengan krim. Bukan itu sahaja, bakeri Perancis ini juga menghidangkan pelbagai pilihan pencuci mulut dan pastri yang beraneka warna dan unik. Walaupun masa pandemik kini tidak mengizinkan kita untuk bercuti dengan bebas, namun Guillaume menyediakan hidangan yang amat enak tambahan pula dengan suasana kedai yang memberi pengalaman seperti anda sedang bercuti romantis di Perancis!
Informasi
-
Alamat: 17, Seolleung-ro 152-gil, Gangnam-gu, Seoul
-
Waktu Operasi: (Kebiasaan masa operasi) Ahad – Khamis 10:00 – 24:00 / Jumaat dan Sabtu 10:00 - 01:00
-
Telefon: +82-2-512-6701
-
Informasi Pengangkutan Awam: Suin-Bundang Line, Apgujeong Rodeo Station, Exit 4 (8 minit jika berjalan kaki)
-
- Instagram: www.instagram.com/guillaume_seoul/
Kimssibooin
Sebuah kafe yang menghidangkan pencuci mulut yang dihias dan dibentuk mengikut ala-ala makanan budaya gourmet yang dijamu oleh golongan bangsawan pada era Dinasti Joseon.
Selain hidangan asas harian seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam, kami cadangkan anda untuk menambah satu lagi hidangan pencuci mulut Korea yang menggiurkan! Kimssibooin menyediakan gabungan pencuci mulut yang unik dan hanya dihidangkan eksklusif di sini sahaja! Hidangan ini telah diperkenalkan dan ditayangkan di program rancangan makanan ‘Wednesday Foodtalk’. Anda semestinya tidak mahu terlepas peluang untuk merasai hidangan pencuci mulut Korea yang istimewa dan lazat ini!
Informasi
-
Alamat: Tingkat 2, 26-6, Sapyeong-daero 26-gil, Seocho-gu, Seoul
-
Waktu Operasi: (Kebiasaan masa operasi) Setiap Hari 11:30 – 19:00 (Ditutup pada hari Ahad)
-
Telefon: +82-2-532-5327
-
Informasi Pengangkutan Awam: Subway Lines 3/7/9, Express Bus Terminal Station, Exit 5 (11 jika berjalan kaki)
-
-
The Second Best in Seoul
Kafe pencuci mulut yang telah menyambut ulang tahun tradisinya yang ke-45.
Sejurus sahaja anda memasuki kafe ini, aroma teh yang kuat pasti akan menarik hati anda. Namun, walaupun sedikit aneh, kedai ini amat popular dengan hidangan bubur kacang merahnya! Pakar masakan bubur di The Second Best in Seoul sentiasa berada di dapur untuk mengacau bubur sepanjang hari dan tidak juga dilupakan kek beras berkanji yang ditambahkan di dalam bubur untuk menambah tekstur kenyal pada hidangan ini. Kafe yang menghidang makanan yang lain daripada yang lain ini telah disiarkan dalam rancangan ‘Dongne Hanbakui’ milik Kim Young Chul apabila beliau berjalan di kawasan Samcheong-dong. Ayuh singgah dan nikmati pencuci mulut tradisional Korea ini yang pasti akan melegakan jiwa dan raga anda. Nikmatilah hidangan yang enak dan sihat di kafe ini!
Informasi
-
Alamat: 122-1, Samcheong-ro, Jongno-gu, Seoul
-
Waktu Operasi: (Kebiasaan masa operasi) Setiap Hari 11:00 - 21:00 (Tutup pada cuti Seollal dan Chuseok)
-
Telefon: +82-2-734-5302
-
Informasi Pengangkutan Awam: Subway Line 3, Anguk Station, Exit 3 (22 jika berjalan kaki)
Fritz Coffee Company
Sebuah kafe vintaj yang memberi gambaran tepat aura trend K-Retro.
Dengan pengalaman sedia ada sebagai pemilik bakeri di kawasan Hongdae, Chef Heo Min-su telah membuka Fritz Coffee Company, sebuah kedai kopi hanok, bersama sekumpulan barista setelah berjaya mengubah suai sebuah rumah kediaman menjadi kafe. Hiasan dalam kafe ini memberi aura yang suam dan menenangkan buat pengunjung. Selain itu, sebahagian daripada kedai ini dijadikan ruang khusus untuk jualan barangan dan aksesori. Bakeri ini berlokasi di tingkat bawah tanah dan menghidangkan 2 menu yang menjadi kegilaan ramai iaitu champagne buah berangan kranberi dan croissant beri liar. Tempat ini dikira sebagai tempat harus pergi jika anda mengidam pencuci mulut yang manis dan enak!
Informasi
-
Alamat: 17, Saechang-ro 2-gil, Mapo-gu, Seoul
-
Waktu Operasi: (Kebiasaan masa operasi) Hari Minggu 08:00 – 22:00 / Hujung Minggu 10:00 - 22:00 (Ditutup pada Cuti Umum)
-
Telefon: +82-2-3275-2045
-
Informasi Pengangkutan Awam: Subway Line 5, Mapo Station, Exit 3 (4 minit jika berjalan kaki)
-
- Instagram: www.instagram.com/fritzcoffeecompany/
- Facebook:
www.facebook.com/fritzcoffeecompany