Bagi mereka yang telah menonton siri Netflix ‘Squid Game’, babak di mana Seong Gi-Hoon bertemu dan bermain Ddakji bersama Gong Yoo pastinya merupakan satu babak yang tidak dapat dilupakan. Ramai orang yang bermain Ddakji setelah menonton ‘Squid Game’ kerana perasaan nostalgia terhadap permainan tradisional tersebut. Ia mengingatkan mereka terhadap zaman kanak-kanak, ketika mereka sering bermain Ddakji di sekolah mahupun di taman permainan. Di dalam siri tersebut, Seong Gi-Hoon dan Gong Yoo bermain Ddakji di stesen kereta api bawah tanah, membuatkan babak ini kelihatan lebih menarik. Kadang-kala, stesen kereta api bawah tanah Korea tampak seperti ruang siber di dalam filem cereka sains (SF), contohnya seperti Yangjae Citizen’s Forest Station. Platform yang menuju ke arah Gangnam stesen ini mirip seperti kapal angkasa berwarna putih, menghasilkan suasana yang aneh untuk bermain Ddakji. Bagi masyarakat Korea, ia hanyalah merupakan sebuah stesen kereta api bawah tanah. Namun sekarang, kisah ‘Squid Game’ sudah terpahat di stesen ini. Jika anda tertanya-tanya mengenai lokasi permainan Ddakji di permulaan siri ‘Squid Game’, datanglah ke Yangjae Citizen’s Forest Station (Platform yang menuju ke arah Gangnam). Di samping itu, di luar stesen ini terdapat Yangjae Citizen’s Forest. Jadi, anda bukan sahaja boleh melawat lokasi ‘Squid Game’, malah anda juga boleh menikmati pemandangan Han River yang sangat indah dan menawan.
Yangjae Citizen's Forest Station (Platform ke arah Gangnam) Alamat 116 Maeheon-ro Seocho-gu Seoul
Waktu Operasi Sila rujuk maklumat operasi
Pengangkutan Tren: Shinbundang Line Yangjae Citizen’s Forest Station