Jika anda ingin berkunjung ke satu tempat yang tidak kelihatan seperti Seoul tetapi terletak di Seoul, sudah pastinya ramai yang akan mencadangkan untuk pergi ke gunung. Walaupun gunung ini terletak berhampiran dengan bandar, namun sebaik sahaja anda melangkah ke trek mendaki, anda tidak akan lagi dapat melihat kelibat pemandangan bandar. Buat seketika, anda akan berasa seperti anda dan alam semula jadi sudah bersatu. Achasan Ecological Park adalah tempat terbaik untuk dikunjungi jika anda ingin berjalan-jalan dan bersantai di kawasan tanah rata sambil menikmati alam semula jadi. Apabila memasuki Achasan Ecological Park, anda pasti akan terkejut dengan suasananya yang kelihatan seperti Dinasti Joseon. Dalam masa yang sama, anda juga dapat mengalami ‘sense of season’ di Korea. Selain itu, terdapat juga sebuah gazebo yang akan membuatkan anda merasa seperti seorang cendekiawan popular yang sedang membaca puisi. Kemudian, jika anda teruskan perjalanan di laluan pejalan kaki yang dikelilingi dengan pokok-pokok, anda boleh melihat kawasan paya (wetlands), taman bunga, dan juga haiwan-haiwan yang diklasifikasikan sebagai haiwan terancam. Jika anda ingin menikmati keindahan dan kecantikan lima warna yang melambangkan musim luruh ketika daun-daun jatuh berguguran, luangkanlah masa anda untuk berkunjung ke Achasan Ecological Park!
Achasan Ecological Park Alamat 127 Walkerhill-ro, Gwangjin-gu, Seoul
Waktu Operasi -
Telefon +82-2-450-1192
Pengangkutan Tren: Dari Exit 1 Gwangnaru Station di Subway Line 5, ke Gwangjang Middle School