Antara generasi terbaru MZ di Korea, terdapat istilah yang sangat popular iaitu 'Halmenial' (Gabungan gaya nenek dan milenium), di mana rasa retro turut mempengaruhi K-dessert. Perkataan drugscketting, yang bermaksud dadah dan tiket juga popular di internet serta snek Fusion mula muncul satu demi satu. Pencuci mulut yang boleh didapati di kafe dikeluarkan sebagai produk jenama persendirian dan boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai kecil. K-dessert kini telah menjadi budaya trend untuk generasi baharu MZ.
Dengan menggabungkan snek tradisional Korea seperti Yakgwa, Gaeseong Juak dan kek beras serta makanan Barat seperti biskut, financier dan tart, mereka mendominasi trend dengan visual dan perisa baharu. Selain itu, cita rasa dan hiasan dalaman yang menarik membuatkan ianya bersaing yang membolehkan anda merasai pengalaman yang unik daripada perisa korea asli yang silih berganti. Mari temui tempat k-dessert popular di Seoul yang semakin popular dari generasi ke generasi dengan Newtro.
Yang mengambarkan kemewahan tradisi Yakgwa
Golden Piece
Yakgwa ialah makanan ringan tradisional Korea yang dinikmati oleh golongan hierarki atasan, yang bermaksud makanan ringan yang digunakan tersebut sebagai ubat. Antara snek yang dibuat di Joseon, snek ini telah diturunkan sebagai snek unik yang dibuat dengan penuh keikhlasan, dan merupakan makanan yang sangat diperlukan untuk menjalankan aktiviti percutian, jamuan dan upacara nenek moyang di Korea. Memperkenalkan Golden Piece, kedai yang mendapat populariti besar dengan mencipta semula Yakgwa yang mewakili K-Dessert dengan kreativiti yang lebih mewah.
Golden Peace merupakan Yakgwa dengan jenama premium yang berjaya menarik perhatian dengan muncul di majlis pelancaran koleksi kolaborasi G-Dragon dan Nike 'Kwondo'. Golden Piece juga dikenali sebagai emas dalam bahasa Korea adalah istilah metafora untuk sesuatu yang berharga dan bernilai seperti emas. Golden Peace diwujudkan dengan harapan Yakgwa yang bernilai seperti ubat perubatan dapat menjadi makanan seperti cenderahati yang boleh dikongsi bersama orang tersayang.
Kedai Golden Peace yang terletak di Hannam-dong telah mencipta suasana mewah dengan rona warna keemasan pada keseluruhannya dan patung yang mengingatkan Yakgwa. Bukan itu sahaja, hiasan dalamannya juga membawa tampilan keindahan tradisional Korea. Yakgwa Golden Peace terdiri daripada 'Set Gaeseong Juak', 'Set Pulut Yakgwa' dan 'Set Aneka Yakgwa'. Pastinya, anda boleh mencuba kedua-duanya. Pada setiap hari Jumaat, Golden Peace akan membuka kuota tempahan yang boleh dibeli bermula pada hari Isnin hingga Ahad minggu berikutnya. Anda boleh membeli sehingga 5 item dan tempahan boleh dibuat melalui aplikasi Catch Table. Terdapat juga tapak tempahan untuk warga asing (https://creatrip.com/en/spot/13389). Selain itu, anda juga boleh masuk ke kedai (walk-in) tanpa membuat tempahan, tetap adalah diingatkan bahawa kek itu berkemungkinan besar akan habis terjual dengan cepat kerana popularitinya.
Jom rasai keindahan anggun dan citarasa memikat selera K-dessert dengan Yakgwa dari Golden peace, yang sesuai sebagai hadiah atau cenderahati kerana ia dibungkus dalam kotak besi mewah dengan lukisan oriental di atasnya dan mengandungi Yakgwa cantik sehingga sayang untuk dimakan. Bukan itu sahaja rasanya juga menjadi kegemaran semua orang dengan rasa manis yang lembut.
K-Dessert yang dinikmati dalam suasana yang berkelas dan moden
Tifff Café
Hitam adalah warna yang ringkas, tetapi ia adalah warna yang paling moden dan berkelas. Walaupun hanya berdiri sendiri atau digabungkan dengan warna lain, hitam mampu untuk mencipta sesuatu yang baru sambil mengekalkan ciri-cirinya. Kafe Tifff yang terletak di Stesen Hapjeong mempunyai pesona yang sangat rapat dengan warna hitam. Secara keseluruhannya, kafe dengan konsep hiasan dalaman hitam yang mengagumkan itu memancarkan suasana yang bergaya dan moden. Uniknya, pencuci mulut ala Korea dijual di Tifff Cafe dengan suasana bergaya dan gabungan kopi hitam serta K-dessert berwarna-warni yang pastinya membawa keseronokan serta sesuatu yang baharu.
K-dessert di Tifff Café merupakan tempat yang tidak asing lagi dan diketahui bahawa ia dinikmati oleh ahli Seventeen Bu Seung-gwan dan ahli IVE. Antaranya snek tradisional Korea seperti kek beras, Seolgi dan Injeolmi yang menggunakan pelbagai jenis inti seperti strawberry, kacang tanah, keju, bijan hitam, labu manis dan sebagainya serta kek beras tradisional Korea dan Yakgwa panggang. Latte mugwort yang dibuat dengan 100% mugwort Korea juga popular. Dengan persediaan teliti dari segi bentuk susu serta gradasi taburan mugwort begitu menyelerakan seolah-olah anda sedang melihat karya seni. Anda boleh menyemak penjelasan terperinci menu pada tablet yang diletakkan di kaunter. Selain itu,menu K-dessert juga diletakkan sebagai sampel, supaya warga asing dan pengunjung baru boleh membuat pesanan dengan mudah.
Mari luangkan sedikit masa untuk menikmati pencuci mulut K- dessert yang dihasilakan di Tifff Café, di mana gabungan meja hitam bergaya dan warna pastel manis serta bentuk pencuci mulut yang sangat cantik membuatkan anda ingin mengambil gambar.
Standard K-dessert yang bergaya dan elegan
Mrs. Kim Korean Dessert Café
Di Korea, anda boleh merasai pesona keindahan dan elegan yang sama dalam seni bina dan pakaian tradisional. Jom jumpa 'Mrs. Kim Korean Dessert Café' iaitu tempat istimewa di mana anda boleh mengalami keindahan suasana elegan Korea tradisional dan menikmati pencuci mulut dengan rasa yang sedikit berbeza sepanjang tahun.
Mrs. Kim Korean Dessert Café ialah kafe pencuci mulut Korea yang terletak di Seorae Village, Seoul. Melalui tempat ini anda boleh mengalami suasana eksotik. Kafe ini semakin popular kerana menu dihidangkan di atas Soban (meja tradisional Korea) untuk setiap orang, di mana Gaeseong Juak adalah menu tetap. Jeungpyeon dihidangkan terutamanya pada musim panas, Shingwabyeong dan dulang pisang kaki kering dihidangkan terutamanya pada musim luruh. Gaeseong Juak iaitu menu yang mewakili Mrs. Kim Korean Dessert Café. Ia merupakan K-Dessert yang mendapat perhatian daripada ahli kumpulan SF9 dan Teen Top. Gaeseong Juak ialah sejenis kek beras yang berbentuk bulat seperti donat dan dihidangkan untuk menjamu tetamu istimewa atau mengadakan majlis besar-besaran di Korea. Ia adalah pencuci mulut dan snek tradisional Korea yang dibuat dengan kek beras. Ia diperbuat dengan menguli pulut dan tepung gandum menjadi makgeolli dan kemudian menggorengnya dalam minyak.
Mrs. Kim Korean Dessert Café mempunyai hiasan dalaman dengan suasana moden, Namun begitu, terdapat juga hiasan tradisional korea yang comel turut memberi impak kepada hiasan dalaman tersebut. K-Dessert juga dihidangkan di Mrs. Kim Korean Dessert Cafe. Tempat ini anda boleh menikmati pencuci mulut unik Korea dengan elegan. Bukan itu sahaja, tidak dapat dinafikan bahawa hidangan istimewa yang disediakan tersebut penuh dengan keikhlasan dan mengikut piawaian. Dengan rasa manis yang tertanam dalam bahan semula jadi pastinya anda boleh merasai kelainan daripada pencuci mulut Barat. Menu pencuci mulut seperti Gaeseong Juak, Dasik, dan Jeonggwa dihidangkan di atas soban, porselin putih di gujeolpan, Adam dan Dadam dihidangkan di atas pinggan bulan menjadi simbol yang mewakili Kafe tersebut. Bukan itu sahaja, minuman tradisional seperti Omija-hwachae atau punch beri magnolia, teh jujube, dan teh halia, serta teh dan kopi turut dijual di sini.
Jom nikmati dan rasai kelazatan dan keindahan tradisi Korea melalui snek Korea di Mrs. Kim Korean Dessert Café yang menerangkan dan menyediakan pengalaman sepenuhnya empat musim dan masa.
Transformasi K-dessert ialah transformasi tak terhingga pencuci mulut
Tongtonge
Salah satu sebab mengapa K-Dessert popular adalah kerana kombinasi dan transformasi pencuci mulut yang tidak berkesudahan. Tiada prasangka atau pengehadan mengenai rasa dan bentuk makanan di K-desserts. Contohnya seperti Fat-Macaron, Financier Yakgwa dan Pastry Bungeoppang. Apa yang anda perlu lakukan ialah menikmati rasa dan bentuk baharu yang mempesonakan. Tongtonge juga merupakan kafe pencuci mulut yang unik di mana anda boleh menikmati pengalaman manis yang menggabungkan pencuci mulut Timur dan Barat.
TongTonge, yang mempunyai nama yang comel dan cantik. Ia merupakan restoran pencuci mulut yang terkenal yang merupakan kedai roti yang mesti dilawati di kalangan penggemar pencuci mulut. Pencuci mulut seperti roti, biji hotteok Financier, dan canelé, serta latte keju istimewa, dan minuman seperti kopi, teh dan minuman buah-buahan juga dijual di sini. Menu istimewa yang boleh didapati di TongTonge ialah Yakgwa Cookie. Cookie Yakgwa juga dikenali sebagai pencuci mulut yang digemari oleh bekas penyanyi Wanna One Kim Jae-hwan. Ianya ialah kek pencuci mulut Barat yang dihiasi dengan pencuci mulut tradisional Korea Yakgwa. Gabungan kek empuk dan lembut serta Yakgwa yang manis dan kenyal sungguh menakjubkan. Salah satu lagi K-dessert yang boleh dirasa di Tongtonge sebelah ialah Financier Hotteok Seeds. Kek ini adalah gabungan kacang Hotteok dan Financier iaitu makanan jalanan yang terkenal di Busan. Seperti Hotteok asli, kolaborasi kek beras dan kacang dalam Financier memberikan tekstur yang rangup dan kenyal.
Reka bentuk hiasan dalaman TongTonge mempunyai nuansa kayu yang menenangkan. Untuk makan di sini, anda hendaklah mencari tempat duduk di bahagian dalam dan kemudian membuat pesanan di bahagian luar. TongTonge sangat popular, oleh itu, anda mungkin perlu menunggu, dan anda boleh memesan untuk dibawa pulang tanpa menunggu. Jika anda datang pada sebelah petang, kebanyakan menu mungkin habis terjual, pilihan yang lebih baik adalah cuba melawat lebih awal sekiranya ada kelapangan. Yakgwa dan ladu di Tongtonge adalah sangat popular dan ia juga dikeluarkan sebagai produk kedai serbaneka. Jangan lepaskan peluang untuk merasai K-dessert. Hal ini kerana, mereka yang menghadapi masalah ke kedai pun boleh mencuba kek Yakgwa dan TongTonge di kedai serbaneka.
Adakah ini Tteok? Atau kek? Transformasi Tteok yang cemerlang
Siroo Cake
Tteok boleh menjadi hidangan utama atau pencuci mulut di Korea. Tteok, yang diperbuat daripada beras dan dibuat dengan penuh keikhlasan, adalah antara hidangan paling digemari di Korea kerana ia merupakan menu yang sangat diperlukan sama ada untuk acara perayaan atau pengebumian. Malah sebelum ledakan K-dessert, Siroo Cake adalah kafe pencuci mulut yang lazat yang menjadikan kek beras tradisional Korea dan diolah menjadi kek Barat.
Terletak di Sangsu-dong di belakang Jalan Hongdae dan telah menjadi simbol kehidupan moden dan keremajaan. Siroo Cake menjual kek buatan sendiri tanpa gluten menggunakan hanya beras Korea. Siroo Cake yang diperkenalkan dalam acara gastronomi terkenal seperti 'Bread Car Road' dan 'Wednesday Food Talk', serta YouTuber mukbang 'Short Mouth Sun' yang merupakan tempat yang terkenal dengan kek berasnya. Bahagian dalam kek tteok yang anggun dan elegan ini diperbuat daripada tteok yang kenyal dan sedap. Kek berperisa dengan bahan-bahan Korea terkenal, seperti kek seolgi labu manis, kek gulung bijan hitam dan kek seolgi blueberry. Selain hidangan kek, anda juga boleh mendapatkan Pave Tteok Chocolate melalui tempahan. Menu minuman pula ada pelbagai jenis kopi seperti jujube latte menggunakan Korean jujube, Jeju matcha latte, serta minuman dan teh menggunakan homemade green tea. Rasanya lebih seperti roti daripada tteok, oleh itu, orang asing yang tidak kenal dengan tteok pun berpeluang untuk menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu. Siroo Cake yang menggunakan bahan-bahan yang sihat dan boleh dinikmati sebagai pencuci mulut walaupun oleh mereka yang menggemari makanan yang sihat. Ia boleh ditempah melalui Tempahan Naver secara keseluruhan kek. Kedai ini tutup pada hari Ahad.
Nikmati tekstur dan rasa kek tteok yang elegan dan sedap di Siroo Cake dalam suasana yang hangat.