Published Date : 04.08.2021 / Edited Date : 19.06.2023
Walaupun ketika di puncak kerjayanya dimana beliau telah disiarkan di beberapa program television, Yoo Jae Suk dikenali oleh orang sekelilingnya dengan soalan yang sering ditanya pada pengarah program television tersebut dan rakan karibnya, Kim Tae Ho, “Apa yang kamu lakukan apabila kamu keluar untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan?” pada hari cuti mereka. Selepas lebih kurang 16 bulan setelah tamatnya rancangan television Infinite Challenge yang telah berterusan selama 13 tahun, Kim Tae Ho telah memulakan dan mengarah rancangan baru bersama rakan karibnya itu yang bertajuk, “Hangout with Yoo,”. Rancangan tersebut telah mencipta sebuah trend terbaru yang berbunyi bukaerikteo , atau bukae jika disingkatkan, dimana perkataan ini membawa maksud seorang individu yang membawa pelbagai watak atau personaliti. Yoo Ya Ho, Jimmy Yoo, Canola Yoo, and Yoo Du Raegon merupakan antara watak yang dibawa oleh Yoo selain membawa watak dirinya sendiri. Beliau menarik lebih banyak minat penonton sambil beliau bersiar bersama tetamu jeputan dan melakonkan salah satu wataknya dalam rancangan tersebut. ‘Hangout with You’ telah mendapat tempat kedua dalam carta program WAVVE dan masih lagi mempertahankan lagi posisinya Yoo membawa dirinya dan watak-wataknya bersiar di sekeliling bandar sambil melawat tempat-tempat yang selari dengan personaliti wataknya. Apa kata kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk terokai tempat yang telah dilawat beliau?
Suyeonsanbang
Suyeonsanbang, kedai teh yang unik dan tradisional
Yoo Ya Ho merupakan watak adik kembar Jimmy Yoo yang merupakan ketua agensi selebriti dan merupakan penerbit bagi kumpulan Refund Sisters. Beliau juga mempunyai impian untuk menjadikan kumpulan penyanyi lelakinya, MSG Wannabe, untuk mencapai puncak carta popular. Suyeonsanbang, yang berlokasi di Daerah Seongbuk-gu, diperkenalkan sebagai tempat dimana Yoo Ya Ho menyerlahkan bakatnya sebagai seorang artis melalui persembahan pertamanya. Suyeonsanbang, yang membawa maksud ‘sekumpulan orang yang berkumpul di kawasan pegunungan untuk belajar’ telah beroperasi semenjak tahun 1988. Secara amnya, tempat ini berstruktur seperti rumah hanok tradisional biasa, namun tempat ini sebenarnya merupakan gaeryang hanok yang dibina pada tahun 1900 dan menempatkan struktur binaan yang rumit, seperti mempunyai sarangchae dan anchae tersendiri, yang mana ia boleh dikira sebagai 2 jenis villa yang berbeza. Kedai teh klasik ini menghidangkan bingsu labu manis sebagai pencuci mulut yang enak dan menyegarkan apalagi jika dimakan pada musim panas yang terik ini!
Informasi
Alamat: 8, Seongbuk-ro 26-gil, Seongbuk-gu, Seoul
Waktu Operasi: Hari Minggu 11:30 – 18:00 / Hujung Minggu 11:30 – 22:00 (ditutup sementara pada setiap hari Isnin dan Rabu)
Telefon: +82-2-764-1736
Informasi Pengangkutan Awam: Turun di Hansung University Station (Subway Line 4) → Naik bas 2112 atau 1111 → turun di perhentian Sangheo Lee Taejun’s House
Eunpyeong Hanok Village, lokasi yang dipenuhi dengan latar yang indah, khas bagi mereka yang gemar mengambil gambar.
Ketua agensi selebriti, Yoo Ya Ho, telah mengadakan uji bakat untuk memilih ahli-ahli kumpulan penyanyi lelakinya, MSG Wannabe tanpa mengira jantina atau rupa, yang telah bertempat di Eunpyeong Hanok Village. Perkampungan ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada tapak bagi Eunpyeong Renovation Project yang menyediakan rumah hanok bagi mereka yang ingin menetap disini. Kawasan Eunpyeong ini telah menjadi tempat bersejarah yang terkenal dengan lanskapnya yang cantik and tanah yang subur. Atas sebab penduduk disini mempunyai perwatakan dan hati yang baik, tempat ini menjadi tempat yang ideal untuk ditetap. Selain itu, nilai positif yang diterapkan di kawasan ini telah menjadikan warisan kebudayaan disini antara warisan yang paling asli dan semulajadi. Selain kawasan penetapan di sini, terdapat kemudahan lain di sini seperti muzium, kafe, bakeri, galeri seni, muzium literasi, dan banyak lagi. Eunpyeong Hanok Village barangkali merupakan antara tempat terbaik di seluruh Seoul untuk mengalami inti pati budaya Korean.
Informasi
Alamat: 193-14, Jingwan-dong, Eunpyeong-gu, Seoul
Waktu Operasi: Sila semak waktu operasi sebelum berkunjung kerana setiap lokasi di perkampungan ini mempunyai waktu operasi yang berbeza
Telefon: +82-2-351-6114
Informasi Pengangkutan Awam: Sila semak waktu operasi sebelum berkunjung kerana setiap lokasi di perkampungan ini mempunyai waktu operasi yang berbeza
Bukhansan Atelier, lokasi dimana SG Wannabe membuat persembahan ‘revival’
Yoo Ya Ho merupakan seorang yang fanatik kepada tradisi sehinggakan beliau mampu untuk membawa kembali persembahan daripada kumpulan k-pop veteran, SG Wannabe, yang merupakan antara kumpulan k-pop yang amat popular satu ketika dulu. Yoo Ya Ho juga telah sertai mereka di atas pentas apabila kumpulan ini sedang menyanyikan lagu kegemaran tempatan seperti Timeless dan Naesarang , atau lebih dikenali sebagai My Love. Sudah semestinya antara faktor yang telah menjadikan persembahan ini luar biasa adalah kewujudan pentas yang lain daripada yang lain. Pentas ini berlokasi di tidak lain dan tidak bukan di Bukhansan Atelier, yang bertempat di daerah Eunpyeong-gu. Kafe ini mempunyai pemandangan perkampungan hanok yang dikelilingi oleh hutan hijau yang pasti akan membuat anda terpegun. Disebabkan saiz kafe ini yang amat besar dan dipenuhi pemandangan yang indah, kemudahan peta juga disediakan buat pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh gunakan peta ini untuk bersiar dan terokai setiap inci tempat ini supaya anda tidak terlepas nilai-nilai estetik kafe ini. Tidak dilupakan juga, selaras dengan nama yang diberi, Bukhansan Atelier juga membakar pastri yang sudah semestinya tidak boleh dilepaskan bagi pecinta pastri dan roti.
Korea House, lokasi popular dimana Yoo Jae Suk, dan wataknya, Yoo Ya Ho, telah melakarkan tanda mereka, dan tidak dilupakan juga lokasi bagi latar poster kumpulan k-pop sensasi BTS!
Pada episod ‘Kimchi Expedition’ rancangan ‘Hangout with Yoo’ yang telah disiarkan pada bulan November 2020, Yoo Jae Suk telah membawa watak dirinya sendiri dan ketepikan buat sementara watak-wataknya yang lain. Dalam episode ini, beliau bersama selebriti jemputan yang lain telah bersama-sama berbual dan berjenaka di sebuah hanok lama sambil membuat kimchi untuk diberikan pada mereka yang memerlukan. Pada bulan Mei 2021, Yoo Ya Ho sedang sibuk dengan pencarian ahli bagi kumpulan k-popnya ,MSG Wannabe, dan telah menikmati semangkuk jeonbok samgyetang , sejenis samgyetang yang dihidang bersama abalone, bersama setiap calon ahli kumpulan itu di dalam sebuah rumah hanok. Nama lokasi rumah hanok tersebut merupakan ’Korea House’ dan ai boleh dijumpai di kawasan Chungmuro di pertengahan Seoul. Tempat ini diuruskan dan dioperasikan oleh Korea Cultural Heritage Foundation dan pernah digunakan sebagai bilik tetamu bagi wakil negara asing yang datang melawat sehingga tahun 1978. Dari tahun 1981, tempat ini dibuka kepada umum dan telah menyediakan program yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami budaya tradisional Korea. Rumah hanok yang terkemuka ini juga menempatkan lokasi penggambaran majalah Billboard bagi kumpulan k-pop nombor satu dunia iaitu Bangtan Boys (BTS). Tempat ini kini menjadi sangat popular dan menarik para pengunjung dari seluruh dunia.
Informasi
Alamat: 10, Toegye-ro 36-gil, Jung-gu, Seoul
Waktu Operasi * Sewa Kemudahan: 24 jam sehari (kecuali Cuti Umum) * Program Kebudayaan Tradisional: 09:00 - 19:30 * Sarapan: 11:30 – 15:30 * Majlis Perkahwinan Tradisional: 12:00 – 18:00 * Masakan Istana: 17:00 – 21:00 * Persembahan Seni Tradisional: 20:00 – 21:00 (ditutup pada hari Isnin dan Cuti Umum)
Telefon: +82-2-2266-9101
Informasi Pengangkutan Awam: Subway Lines 3 & 4, Chungmuro Station, Exit 3 (50 meter jarak berjalan kaki)
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)