Vincenzo tersenarai sebagai ranking nombor empat dalam ranking TV Netflix global pada bulan Mei 2021. Siri ini mengikuti kisah Vincenzo Cassano (Song Joong-ki), seorang anggota mafia Itali, yang melarikan diri ke Korea dari Itali akibat percubaan pembunuhan di dalam organisasi mafianya. Di Seoul dia bertemu dengan Hong Cha-yeong (Jeon Yeo-bin), seorang peguam yang berkerja keras, dan mereka berkerja sama berusaha untuk menghapuskan penjahat yang cuba menyerang mereka. Walaupun selepas drama itu berakhir, populariti Vincenzo telah menimbulkan minat antarabangsa di lokasi penggambarannya. Mari ikuti empat lokasi penggambaran di Seoul yang menjadi tumpuan sejak penyiaran drama Vincenzo.
Seoullo 7017
Dalam episod ke-3 Vincenzo, protagonis melewati kawasan dengan bangunan tinggi sambil memeriksa pesanan teksnya. Tempat yang mempesonakan ini dipanggil Seoullo 7017, dan ia memberikan suasana yang ideal dengan pemandangan Seoul yang berwarna-warni pada waktu malam yang kontra dengan ekspresi gelap Vincenzo. Seoullo 7017 sebelumnya merupakan lebuh raya ekspres yang dibina untuk membaikpulih lalu lintas di Seoul, tetapi melalui projek pertumbuhan semula bandar pada tahun 2017, ia kini dijadikan taman pejalan kaki yang indah. Peminat drama ini dapat bersiar di sekitar Seoullo 7017 pada waktu malam di tengah-tengah bandar Seoul yang bersinar, membenamkan diri dalam pemandangan yang mempesonakan ini.
Sewoon Cheonggye Shopping Center
Geumga Plaza adalah lokasi utama sepanjang jalan cerita drama Vincenzo. Nama sebenar Geumga Plaza ialah Sewoon Shopping Center. Geumga Plaza di Vincenzo muncul sebagai kawasan membeli-belah lama. Namun, selepas projek pertumbuhan semula bandar, Sewoon Shopping Center sebenarnya adalah destinasi yang popular terutama bagi pengunjung yang mencari restoran, kafe, dan, juga tempat membeli-belah!
Bank of Korea Money Museum
Di dalam drama Vincenzo, lokasi firma guaman besar yang di mana Hong Cha-young hadir setiap kali perbicaraan mahkamah muncul sebagai bangunan batu yang gah dan antik. Sebenarnya, bangunan ini adalah Muzium Mata Wang Bank Korea. Pengunjung boleh menjejak langkah bintang-bintang drama Vincenzo, sambil melihat pameran 20,000 syiling dari pelbagai negara di muzium ini.
Grandpa Factory Cafe
Dalam episod ke-4 drama Vincenzo, terdapat adegan di mana Vincenzo memberitahu Cha-young Hong, "Kopi Americano seperti air kotor di Itali." Kedua-dua watak itu kemudian memesan dan minum kopi di Grandpa Factory Cafe di Seongsu-dong. Apa kata anda juga jejak imbas adegan Vincenzo dan meluangkan masa di kafe ini dengan interior yang indah yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau yang subur sambil menikmati kopi?