NORAZO, sebuah kumpulan duo muzik yang menjadi kegemaran ramai kerana keunikan personaliti mereka, dan GHOST9, kumpulan muzik yang terdiri daripada 9 orang ahli, Telefonah bekerjasama dan menulis semula lagu hit NORAZO yang bertajuk ‘Superman’, dan diubah suai untuk menjadi lagu yang digunakan dalam video promosi.
LU42
LU24 merupakan kedai kosmetik yang menjual barangan keluaran terkini dan terpilih. Kedai ini mempunyai tiga cawangan di sekitar kawasan Seoul iaitu di Myeongdong, Hongdae dan Gangnam. Jika anda masih ingat atau tahu mengenai ‘Flower MBTI’ yang menjadi kegilaan banyak komuniti dalam talian di Korea, barangkali anda sudah pernah ketahui mengenai LU42! Kini, terdapat sebanyak 11 jenama termasuk kosmetik, fesyen serta masker muka yang dijual di kedai ini. Ayuh kita berkunjung dan menerokai pelbagai produk di kedai ini yang mempunyai bahagian dalam keemasan dan merupakan kemegahan Myeongdong!
Informasi
-
Alamat: Tingkat 1 dan 2, 42, Myeongdong-gil, Jung-gu, Seoul
-
Waktu operasi: Dibuka sepanjang tahun, 10:00 – 22:00
-
Telefon: +82-2-3789-5565
-
Informasi Pengangkutam Awamm: Subway Line 4, Myeongdong Station, Exit 6 (5 minit jika berjalan kaki)
-
- Instagram: www.instagram.com/lu42.official/
-
Myeongdong Theater
Myeongdong Theater merupakan salah satu tempat dimana sejarah seni kebudayaan boleh dirasakan. Myeongdong Theater pada awalnya merupakan pawagam yang telah dibuka pada Oktober 1936 dan mampu menempatkan 1,100 orang. Selepas Korea mencapai kemerdekaan, teater ini digunakan sebagai teater kemudian diisytiharkan semula sebagai teater yang berfokuskan seni teater selepas diubah suai pada tahun 2009. Tambahan lagi, tempat ini juga dipilih sebagai salah satu lokasi Seoul Future Heritage dan dikenali atas nilainya sebagai pusat bagi seni dan budaya moden di Korea.
Informasi
-
Alamat: 35, Myeongdong-gil, Jung-gu, Seoul
-
Waktu operasi: Hari Minggu 13:00 ~ 20:00 / Hujung Minggu serta Cuti Umum 10:00~17:00 (waktu rehat 12:00~13:00)
-
Telefon: +82-1644-2003
-
Informasi Pengangkutam Awam: Subway Line 4, Myeongdong Station, Exit 6 (4 minit jika berjalan kaki)
-
-
-
-
- YouTube: www.youtube.com/channel/UC-2Nn7WrZJkx1m-g_Y0Gf2Q?view_as=subscriber
-
Star Avenue
Star Avenue merupakan satu tempat dimana anda boleh menjalankan aktiviti yang berkait dengan hallyu. Dalam kawasan yang berbentuk terowong di Star Avenue ini, terdapat zon ‘High Five’ yang dipenuhi dengan cap tangan artis-artis terkenal Korea! Jika anda meletakkan telapak tangan anda di cap tangan ini, anda boleh berjumpa artis kegemaran anda melalui skrin LED. Anda juga boleh bergambar dengan artis idaman anda secara maya di “Star Mirror Zone” yang baru-baru sahaja dibuka. Ayuh kita membeli-belah sambil berseronok di kedua-dua zon hallyu ini!
Informasi
-
Alamat: Tingkat 1, Lotte Department Store Myeongdong, 30, Eulji-ro, Jung-gu, Seoul
-
Waktu operasi: 08:30 - 21:30
-
Telefon: +82-1688-3000 (Lotte Duty Free Store Cawangan Utama Myeongdong)
-
Informasi Pengangkutam Awam: Subway Line 2 Euljiro 1(II)-Ga Station Exit 7 atau 8 (1 minit jika berjalan)
-
- Instagram: www.instagram.com/lottedutyfree/
-
Myeongdong Tourist Information Center
Jika anda memerlukan bantuan untuk menyusun rancangan pelancongan anda di Myeongdong, anda harus berkunjung disini! Myeongdong Tourist Information Center menyediakan maklumat pelancongan am bagi lokasi pelancongan di Seoul, serta menyediakan bantuan informasi mengenai tempat penginapan dan tempahan persembahan. Tambahan lagi, pelbagai perkhidmatan seperti mengecas fon, mengambil gambar untuk dibuat cenderamata, dan lain-lain juga disediakan. Jadi tempat ini dikenali sebagai lokasi yang harus dikunjungi jika anda berada di kawasan Myeongdong.
Informasi
-
Alamat: Tingkat 1, Hana Financial Group Myeongdong HQ Annex, 66, Eulji-ro, Jung-gu, Seoul
-
Waktu operasi: 09:00 ~ 18:00 (Ditutup pada setiap hari Ahad dan Cuti Umum)
-
Telefon: +82-2-778-0333
-
Informasi Pengangkutam Awam: Subway Line 2 Euljiro 1(II)-Ga Station Exit 5 (5 minit jika berjalan)
-
- Facebook: www.facebook.com/MyeongdongTouristInformationCenter
-
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.