Setiap tahun pada awal tahun baru, orang ramai membuat azam baru dan membuat perancangan untuk tahun baru. Mengimbau kembali melihat pahit manis kenangan sepanjang tahun lalu dan membuka lembaran tahun baru ini dengan azam baru dengan harapan hari yang lebih cerah dan lebih menggembirakan. Bermula dengan komitmen kecil sehingga matlamat besar, seperti belajar untuk memperoleh kemahiran baharu, memulakan bersenam untuk kesihatan anda, dan membuat perancangan untuk mendapatkan pengalaman baharu. Memulakan setiap projek 'kehidupan baharu' walaupun berbeza ukuran dan keinginan berbeza jenis.
'Gassaeng' ialah perkataan yang baru dicipta yang menggabungkan perkataan 'God' dan 'life' dan merujuk kepada kehidupan yang lebih tekun dan produktif atau kehidupan bekerja biasa yang memberikan semangat ingin mencapai sesuatu yang lebih baik. Pandemik Covid-19 telah merubah suasana tumpuan diri yang ingin menumpukan lebih banyak tumpuan kepada diri sendiri dalam kalangan golongan generasi MZ. Kebiasaan terbaru mereka adalah berkongsi 'projek kehidupan baharu' mereka di media sosial telah menjadi popular dan trend baharu.
Bagi mereka yang merancang kehidupan baharu pada tahun 2023, Seoul memperkenalkan kelas sehari di mana anda boleh belajar melukis ukiran tangan tembikar, mempelajari bakering, menguasai tarian K-pop dan banyak lagi. Kelas-kelas yang ditawarkan mungkin merupakan peluang untuk menemui bakat terpendam anda. Pengalaman kelas menarik tersebut boleh ditempah melalui portal kandungan perjalanan pengalaman rasmi Seoul, 'One More Trip', jadi mari kita mencubanya. 'Kehidupan baru' anda bermula hari ini.
Menikmati empat musim Seoul ke dalam seberkas mangkuk. Kraf Tangan Tembikar ukiran lukis tangan
Kami membuat banyak azam untuk tahun baharu, tetapi sukar untuk mencapainya. Mari mencuba lukisan tangan ketika keinginan anda membara untuk menyelesaikan keinginan anda untuk kehidupan baru atau apabila anda tidak tahu di mana untuk bermula. Tembikar lukisan tangan yang turut disertakan dengan lukisan imej pada tembikar. Yang pastinya boleh dicuba dengan mudah walaupun oleh pemula. Bahkan memberikan anda ketenangan minda semasa melakukannya.
Studio ‘Greeda Null’ ialah studio tembikar yang terletak di Bukchon Hanok Village, Seoul, yang menawarkan kelas sehari untuk mengukir bunga dan tumbuhan yang menyerupai keindahan empat musim Seoul diaplikasikan keatas sebuah mangkuk. Luangkan masa untuk menjernihkan minda anda dengan teh wangi dalam suasana hanok yang tenang. Kelas dijalankan di bawah bimbingan terperinci daripada pakar tembikar. Kursus tersebut dengan mengilhamkan bunga dan tumbuhan yang anda ingin lukis pada tembikar dan lakaran reka bentuk tersendiri yang anda bayangkan pada pinggan, pasu, mangkuk, dsb. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sentuhan cat seramik yang seterusnya akan dimasukan ke dalam tanur dan akhirnya dihaluskannya apabila selesai. Anda boleh mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri semasa melukis pada tembikar. Selain itu, pengalaman membuat mangkuk khas yang hanya wujud di dunia dengan melukis di atasnya memberikan rasa pencapaian yang berbeza.
Kelas di Greeda Null diadakan melalui tempahan dan kelas juga disediakan dalam bahasa asing seperti Bahasa Inggeris dan Jepun. Di samping itu, kelas berkumpulan sehingga 12 orang juga boleh dilakukan, jadi disyorkan untuk meluangkan masa khas untuk menyertai perhimpunan kumpulan untuk meraikan Tahun Baru. Bukchon, di mana studio tembikar terletak, mempunyai banyak perkara menarik untuk dilihat, termasuk istana dan galeri seni. Mari buat mangkuk yang mengambarkan alam semula jadi Seoul dan nikmati perjalanan ke Jongno yang penuh dengan perkara menarik untuk dilihat dan dilakukan.
Information.
Alamat : 13-4 Bukchon-ro, 6-gil, Gahoe-dong, Jongno-gu, Seoul
Instagram : @greedanull_studio
Bahasa yang tersedia : Korea, Inggeris, Jepun
Mempelajari keindahan tradisi. Miniatur meja makan kecil tradisional Korea
Barangan berharga dan penuh bersejarah dari Muzium Negara Korea menjadi salah satu tarikan yang sangat terkenal kebelakangan ini. Muzium Negara Korea terletak di Yongsan, Seoul, dan merupakan tempat di mana sejarah dan budaya Korea masa lalu, kini dan masa depan akan disimpan dengan rapi. Selain itu, salah satu tarikan yang jelas pada Muzium ini juga diketahui bahawa patung miniatur Buddha yang dipersembahkan sebagai barangan berharga oleh Muzium Negara Korea juga dimiliki oleh ahli BTS RM yang berkemahiran tinggi dalam seni. Khususnya, tarikan utama meja makan kecil tradisional Korea miniatur adalah produk yang pernah mengetuai populariti barangan sedemikian yang sukar untuk dibeli tanpa membuat tempahan terlebih dahulu.
Meja makan kecil tradisional Korea atau yang dipanggil Jagaesoban ialah meja makan kecil Korea yang dibuat dengan teknik hiasan yang diperbuat daripada cangkerang yang diolah dengan potongan cebisan-cebisan yang kecil kemudian dibentuk pelbagai bentuk dan dihias pada Jagaesoban yang digunakan untuk meletakkan mangkuk makanan. Memperkenalkan tempat di mana anda boleh membuat meja kecil tradisional Korea miniatur anda sendiri. Tempat ini akan memperkenalkan kepada anda tradisi dan keindahan Korea yang unik dipelihara dengan baik.
Otsekbitkal ialah pusat kerajinan tangan perkakas lakuer hiasan kerang yang terletak di tingkat dua Kedai Kraf Yongsan di Yongsan, Seoul. Anda boleh membuat pelbagai produk dengan varnis kulit kerang hiasan seperti cermin tangan, rantai kunci, aksesori dan miniatur meja makan kecil tradisional Korea. Pada permulaan pembuatan anda akan mempelajari rahsia membuat perhiasan kerrang dan reka bentuk meja makan tradisional Korea yang anda ingini. Setelah itu, anda akan mempelajari teknik untuk menambah kilauan pada meja makan kecil tradisional Korea mini dengan teknik kemasan untuk melengkapkannya. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dan yang lebih menariknya kelas ini tersedia dalam bahasa Inggeris dan Cina. Oleh itu, orang asing juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokan ini.
Di Pusat Kraftangan Yongsan Otsekbitkal, anda boleh menemui pelbagai produk kraftangan tradisional Korea. Terdapat juga pelbagai pameran Khas umum dan istimewa berkaitan kraftangan. Oleh itu, jangan tunggu lagi,mari kita meluangkan masa melihat barang lakuer mutiara dan melihat kraf tradisional Korea.
Information.
Alamat : #203, tingkat 2, 274, Itaewon-ro, Yongsan-gu, Seoul
Bahasa yang tersedia : Korea, Inggeris, Cina
Sentuhan pertama membakar kek untuk anda. One Day Egg Tart
Egg tart ialah pencuci mulut yang berasal dari Portugal yang merupakan pai bulat kecil yang diisi dengan krim kastard yang diperbuat dengan mencampurkan kuning telur dan krim putar. Egg Tart, yang cantik dengan tompok-tompok coklat kecil di atas inti kuning hangat, adalah pencuci mulut pembuka selera yang pasti akan memikat deria rasa dan bau anda dengan rasa pai yang enak untuk dipadankan dengan tekstur krim lembut. Bagaimana pula dengan cabaran menghasilkan pencuci mulut dengan air tangan anda sendiri yang kebiasanya anda hanya boleh membeli dan memakannya pada tahun 2023? Jika anda berasa takut kerana ini kali pertama anda memasak, maka pergi ke sini dan pelajarilah sesuatu yang berharga.
Now Cooking Studio ialah studio memasak di mana sesiapa sahaja boleh mempelajari dan menikmati aktiviti baking yang mudah dan ringkas. Jika anda mendaftar, doh tart akan disediakan lebih awal agar anda boleh membuat egg tart tanpa sebarang masalah. Selain itu, kotak hadiah disediakan untuk dihadiahkan kepada anda malahan resipi egg tart yang dipelajari pada hari tersebut juga akan turut disediakan. Selain egg tart, Now Cooking Studio juga menawarkan pelbagai jenis kelas baking One-day Class seperti kek krim segar, kek beras, dan kek keju. Terdapat juga kelas hari kanak-kanak yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Pada ketika itu, ahli keluarga, rakan dan orang tersayang boleh mencuba menghasilkan air tangan mereka dengan membuat kek bersama-sama.
Tempahan untuk kelas sehari tersedia melalui One More Trip. Jika anda berjaya dalam cabaran egg tart, anda mungkin ingin mencuba mencabar diri anda mempelajari jenis-jenis kek yang lain. Siapa Tahu pada tahun 2023 hobi baru anda adalah bakering.
Information.
Alamat : 59 Ihwayeodae-gil, Seodaemun-gu, Seoul
Instagram : @nowcooking.studio
Bahasa yang tersedia : Korea
Shall we dance? Kelas K-pop dance
Pada tahun baru, tempat yang paling menjadi tumpuan adalah pusat kecergasan seperti gim. Hal ini kerana, perkara yang paling mencabar untuk dilakukan apabila membuat keputusan untuk menjalani kehidupan baru di setiap tahun baru ialah senaman dan diet. Namun, salah satu perkara yang mustahil yang dilakukan juga adalah senaman dan diet. Memandangkan bagi membangkitkan kegembiraan semasa bersenam dan berdiet bukanlah mudah, apa kata mencuba perkara baru seperti tarian K-pop yang menyeronokkan. Jika hal tersebut menyeronokan pastinya berkesan untuk melakukan senaman dan juga membantu dalam menjalani diet? Belajar menari dengan idola K-pop yang menarik akan menghapuskan kenangan membosankan tentang sukan itu dan menjadi salah satu sumber tenaga baharu anda. Adakah anda masih ingat Street Woman Fighter dan Street Man Fighter yang melanda Korea tahun lepas? Memperkenalkan Vroad Dance Academy, di mana anda boleh turut merasai tenaga dan semangat mereka.
Vroad Dance Academy ialah akademi tarian berskala besar dengan kira-kira 396M2. Anda boleh belajar tarian idola popular terus daripada kereografi tari K-pop terkenal yang aktif. Akademi ini juga mempunyai tenaga pengajar dengan pengalaman pentas yang luas dalam TV dan konsert. Bukan itu sahaja, kelas juga disediakan untuk penari pemula dan separa profesional.
Jika anda ingin memulakan 2023 dengan perkara yang hebat, anda sangat disarankan untuk pergi ke Vroad Dance Academy dan pelajari tarian K-pop. Bersama-sama dengan kemahiran menari, anda akan mempunyai stamina yang semakin membaik. Kelas akan tersedia dalam bahasa Inggeris dan tempahan boleh dibuat pada One More Trip. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh mengambil kelas satu hari serta menyertai kelas selepas membuat tempahan untuk perundingan lawatan. Mari pergi ke akademi tarian di mana anda boleh Menyelam sambil minum air sekaligus iaitu mendapatkan senaman, diet dan keseronokan!
Information.
Alamat : 59 World Cup-ro, Mapo-gu, Seoul
Homepage : http://www.vroaddance.com/
Bahasa yang tersedia : Korea, Inggeris
gambar ihsan: One More Trip