Itaewon merupakan sebuah tempat yang dipenuhi suasana eksotik dan trending sebagai 'negara asing di Seoul'. Bukan itu sahaja, di Itaewon juga terdapat banyak 'Kedai Lama' yang masih bertahan mengekalkan tradisi mereka selama lebih daripada 30 tahun. Tempat tersebut adalah kedai unik yang menarik pelancong luar, termasuk pelanggan setia mereka masyarakat tentera Amerika syarikat di korea, sebagai pelanggan tetap sambil mengekalkan tradisi dan keunikan Korea yang asli. Tempat ini merupakan tempat yang sangat tepat jika anda ingin merasai pesona Itaewon dengan cara yang berbeza. Mempersembahkan kedai lama di Itaewon yang menggambarkan erti kata sebenar 'traditional trend', budaya generasi MZ yang menganggap tradisional sebagai yang paling moden.
'Kedai Lama' ialah perkataan asal Korea tulen yang bermaksud 'kedai lama yang ingin bertahan lebih lama', berbeza dengan maksud yang dibawa oleh perkataan "Kedai Lama" yang berasal daripada aksara Cina. Nama itu sendiri telah dipilih dan diberikan oleh rakyat hasil sentuhan bersama-sama dengan kerajaan Metropolitan Seoul.
Itaewon Books,
kedai buku terpakai asing tertua di Seoul sejak 1973
Itaewon Books adalah kedai buku khusus mengumpul buku terpakai asing yang telah beroperasi sejak 1973 dan telah wujud selama hampir 50 tahun. Mengalu-alukan pelanggan dengan perkataan 'We Buy, Sell, and Trade All Kinds of Books' ditulis di kanopi pintu masuk kedai memberikan perasaan hangat kepada pelanggan yang datang. Dengan keluasan kedai kira-kira 56m2 yang dapat memuatkan kira-kira 100,000 buku di dalam satu kedai.
Pada awal penubuhan, kedai Buku Itaewon diasaskan oleh Ki-Woong Choi pada tahun 1960-an apabila beliau mula menjual buku dan majalah yang dibuang oleh pangkalan tentera Amerika Syarikat. Pada mulanya, beliau hanya mengumpul dan menjual buku yang diperolehi dari pangkalan tentera Amerika Syarikat di seluruh Myeong-dong dan Jongno dan akhirnya membuka kedai buku terpakai di Itaewon pada tahun 1973 sehingga hari ini.
Apabila anda menjejaki kaki ke dalam kedai, anda akan melihat banyak buku berbaris di rak yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang berbeza. Semua rak buku yang terdapat di dalam kedai tersebut dibuat dalam pelbagai saiz, seolah-olah disesuaikan dengan saiz buku oleh Choi Ki-woong, pengasas Itaewon Books. Bukan itu sahaja, Rak buku di semua dinding, serta rak buku gelongsor adalah buatan tangan oleh pemilik kedai itu sendiri.
Orang asing yang tinggal di Korea menjadikan tempat tersebut sebagai destinasi utama untuk mencari buku. Manakala mereka yang sedang belajar bahasa juga akan berkunjung ke sini untuk membeli buku. Selain itu, tempat tersebut juga menjadi salah satu tempat tarikan utama orang ramai yang mencari buku antik sebagai rujukan untuk hiasan dalaman deko bilik. Tempat ini mempunyai tarikan sendiri dan mempunyai suasana yang unik di mana cerita dan rentetan masa orang dari seluruh dunia menyatu yang menyebabkan orang ramai tidak berhenti berdatangan.
○Alamat: Tingkat 1, 208 Noksapyeong-daero, Yongsan-gu, Seoul
○Waktu Perniagaan: Setiap hari 11:00~19:30 KST
○Instagram: @itaewon_books
Hanshin Onggi,
kedai tembikar tradisional yang telah mengekalkan Kampung Haebangchon selama setengah abad sejak 1967
Hanshin Onggi terletak di tingkat 1 bangunan merah di sepanjang dinding pangkalan tentera Amerika di pintu masuk ke Haebangchon. Di sebelah kedai terdapat deretan tempayan besar yang bersandar di dinding. Shin Yeon-geun, CEO Hanshin Onggi yang berusia 88 tahun, baru sahaja mempamerkan barangannya peribadinya membuatkan tempat ini dilahirkan semula sebagai tarikan zon swafoto untuk dilihat orang ramai.
Jika anda berjalan di sepanjang deretan tempayan yang menghala ke kedai, di sinilah CEO Shin Yeon-geun telah menjual tembikar dan tempayan kepada askar AS di Korea sejak beliau muda dan walaupun pada orong itu beliau hanya bercakap dalam orong Inggeris yang sangat asas. Sehingga kini dia masih pandai berurusan dengan warga asing yang orong ke kedainya untuk membeli tembikar. Tembikar yang dijual tersebut diperkenalkan sebagai “Tembikar Korea” kepada pelancong asing dan sering diterbangkan dari Icheon, Gyeonggi-do, beberapa tembikar lain juga dibeli daripada tukang tembikar untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Pada Zaman Dahulu, apabila tentera Amerika kehabisan peti simpanan untuk digunakan dan dihantar, mereka akan membeli tembikar dan tempayan daripada Hanshin Onggi untuk meletakkan barang-barang mereka. Sehingga kini, orang dari pangkalan tentera AS yang berpindah ke Pyeongtaek masih melawat dan mencari Tembikar dan tempayan buatan Hanshin Onggi. Pelbagai jenis dan saiz tembikar besar dan kecil dipamerkan untuk dijual. Terdapat juga tembikar yang cukup kecil untuk memuatkan beberapa syiling, pinggan dan mangkuk yang boleh digunakan di restoran Korea mewah.
○Alamat: 7 Sinheung-ro, Yongsan-gu, Seoul
○Waktu Perniagaan: Setiap hari 11:00~18:00 KST
Daeseongpyogusa,
Wakil pyogusa Itaewon sejak 1971, sejenis muzium lukisan rakyat kecil
Daeseongpyogusa ialah kedai lama yang telah berada di Itaewon selama orong 60 tahun dan telah diusahakan dan diwarisi selama dua generasi. Pemilik yang mengambil alih kedai ayahnya dan mengusahakan kedai ini orong ini ialah anaknya yang orong Lee Sang-eun. Malah pada tahun 1980, kedai itu sangat terkenal sehingga mempunyai ramai pelanggan sehinggakan orang ramai sanggup beratur di hadapan kedai bagi membeli di kedai tersebut. Pernah suatu orong kedai ini mempunyai lebih kurang 10 orang pekerja dan sebuah kilang berkeluasan lebih kurang 231m2. Pelanggan utama pada orong itu adalah tentera Amerika yang tinggal di Korea dan pegawai-pegawai dari kedutaan. Malah pada tahun 1990-an, kedai itu mengecapi zaman keemasannya dan kejayaan yang cukup hebat sehingga ia mampu mengeksport hasil kerjanya ke Amerika syarikat dan mendapatkan keuntungan dalam mata wang Dolar Amerika.
Pada orong ini, keluasan orong kedai sudah berkurangan tetapi orang ramai masih mengunjungi kedai ini. Hal Ini kerana, kedai ini dipenuhi dengan lukisan tradisional berharga yang dikumpul sejak lama dahulu oleh Lee Myeong-un, pengasas Daeseongpyogusa. Lukisan rakyat, lukisan angin, potret dan skrol gantung lain yang sukar ditemui turut digantung di seluruh kedai. Terdapat beberapa karya yang berusia lebih 100 tahun bahkan terdapat juga lukisan yang dianggap berharga oleh bapa CEO Lee Sang-eun sehingga karya itu tidak dijual kepada sesiapa pun.
Terdapat ramai pelanggan dalam negara terutamanya pelukis dan terdapat juga ramai pelanggan asing yang turut mencari dan membeli bingkai foto tradisional atau skrol gantung sebagai cenderahati. Daeseongpyogusa bukan sahaja mempunyai karya lukisan mahal. Terdapat juga karya-karya yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu bermula sekitar 20,000 won. Jika anda ingin memiliki karya yang mengandungi semangat “trend tradisional”, sila lawati Daeseongpyogusa.
○Alamat: Tingkat 1, 216 Itaewon-ro, Yongsan-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: 10:00~18:00 KST, Ditutup pada hari Ahad
Pasar raya Super Hapdeok
yang mesra di orong-lorong Itaewon sejak 1971
Pasar Raya Hapdeok boleh ditemui dengan membawa kaki anda berjalan di lorong yang menawan antara Stesen Itaewon dan Stesen Hangangjin. Dinamakan 'Hapdeok Supermarket' kerana ia merupakan pasar raya yang dibuka sejak berpindah dari Hapdeok, Chungcheongnam-do. Hyo-Tae Kim dan Myo-Soon Jang adalah pasangan yang telah membuka kedai tersebut setiap hari di tempat yang sama selama lebih 50 tahun lamanya.
Apabila mereka berdua mula berhijrah datang ke Hannam-dong, kebanyakannya kawasan perumahan di tempat tersebut adalah rumah beratap jerami dengan jalan raya tidak berturap dengan baik. Kejiranan ini dilahirkan semula sebagai pusat pelbagai budaya dan menjadi sibuk dengan orang ramai. Pemilik pasar raya Hyo-tae Kim dan Myo-soon Jang menyaksikan semua perubahan ini daripada Pasar Raya Hapdeok.
Makanan ringan dan barangan keperluan harian yang disimpan di pasar raya ini tersusun rapi dan menarik perhatian orang ramai untuk datang. Dari sudut pandang Pengunjung muda pula mereka terpukau dengan pemandangan retro kedai dan mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di hadapan kedai. Apabila anda memerlukan sesuatu semasa bersiar-siar di lorong-lorong Itaewon, atau apabila anda ingin melihat pemandangan retro tersembunyi yang sebenar, mari ke Pasar Raya Hapdeok.
○Alamat: 20 Itaewon-ro 42-gil, Yongsan-gu, Seoul
○Waktu bekerja: 10:00~22:00 KST, setiap hari