Daun lima warna mula berguguran satu persatu ditiup hembusan bayu angin musim luruh. Jika anda sedang mencari tempat untuk menghabiskan hari-hari terakhir musim luruh secara romantik sambil menghayati perjalanan sambil mendengar gemersik dedaunan dipijak seiring langkah kaki, jom ke Daehakro. Daehakro merupakan kawasan yang terbentang dari persimpangan Ihwa-dong di Jongno-gu ke gelung Hyehwa-dong, ia merupakan jalan yang menggambarkan kebudayaan dan seni yang mewakili bandar Seoul. Kami memperkenalkan tempat terkenal di Daehakro, di mana anda boleh menikmati pelbagai pengalaman menarik bermula daripada dewan persembahan yang penuh dengan perkara menarik untuk dilihat, taman yang diwarnai dengan pemandangan daun musim luruh, kampung mural dengan tarikan tersembunyi di setiap lorong, sehingga matahari terbenam yang indah tersedia di nikmati oleh pengunjung yang datang.
taman yang penuh dengan pesona cinta dan keghairahan
Taman Marronnier
Taman ini mendapat namanya daripada pokok marronier yang berdekatan. Taman ini dibangunkan selepas Universiti Kebangsaan Seoul berpindah ke kampus Gwanak-gu. Kemungkinan yang tidak dapat dinafikan adalah wujudnya pokok marronier yang melambangkan 'percintaan dan semangat' dalam Daehakro yang penuh dengan tenaga dan semangat muda.
Pada musim luruh, di sebalik tempat indah dengan pemandangan daun-daun yang berguguran yang kelihatan seperti permaidani emas, terdapat koleksi pelbagai kemudahan budaya dan seni seperti kemudahan persembahan dan teater Arko Arts Theatre, Pusat Seni ARKO, dan rumah artis yang merupakan hasil kerja arkitek Kim Swoo-geun serta deretan bangunan-bangunan yang mewakili Daehakro. Sementara itu, anda boleh menikmati pentas, drama dan persembahan secara langsung yang dibawakan khas oleh penyanyi dan kumpulan muzik di tempat kebudayaan luar.
Dikatakan bahawa daun pokok marronier kononnya tumbuh bertentangan antara satu sama lain. Mari nikmati pesona cinta musim luruh sambil bertemu orang tersayang di Taman Marronier.
untuk dinikmati mengikut citarasa anda
Teater Daehakro
Perasaan menghayati setiap pergerakan dan rentak hembusan nafas pelakon berbakat yang beraksi dengan penuh penghayatan di atas pentas. Aura penghayatan tersebut hampir-hampir boleh disentuh jika menghulurkan tangan, Teater tersebut adalah salah satu tarikan istimewa yang hanya ada pada teater itu.
Adalah tidak berlebihan apabila dikatakan bahawa Daehakro adalah kiblat seni persembahan Korea. Fakta bahawa ramai pelakon terkenal (di Korea) berasal dari latar belakang teater adalah perkara umum. Baru-baru ini, pelakon Park Bo-gum yang sangat popular dalam drama dan filem TV menarik perhatian ramai dengan muncul dalam sebuah drama. Memandangkan terdapat banyak dewan persembahan dan kumpulan teater di Daehakro, persembahan pelbagai genre juga telah diadakan. Daripada kisah percintaan dan komedi kepada misteri, thriller dan seram, anda boleh memilih dan menikmati persembahan yang menepati citarasa anda. Sila ambil perhatian bahawa perayaan dan acara yang berkaitan dengan teater sering diadakan di Daehakro.
di mana anda boleh menjadi watak utama dalam sesebuah lukisan.
Ihwa Mural Village
Ihwa-dong merupakan tempat yang terletak di antara Hyehwa-dong dan Dongdaemun. Ia merupakan tempat yang menawan dengan lorong-lorong yang comel. Kampung Ihwa juga merupakan tempat di mana rumah satu tingkat memenuhi lorong dan deretan tangga. Kawasan tersebut dibangunkan dan dilahirkan semula sebagai 'Ihwa Mural Village' melalui 'Public Art Project'. Iwha Mural Village penuh dengan tempat menarik untuk bergambar, termasuk kafe mural yang memberikan ilusi terperangkap di dalam dunia mural. Bermula dengan mural sayap malaikat yang akan menjadikan anda bidadari, dan mural jalanan dengan pemandangan laut yang indah akan mengingatkan kita kepada bandar-bandar yang mempunyai pantai selain Seoul.
Bukan itu sahaja, 'Snail Road' di kampung ini turut menjadi lokasi penggambaran adegan temu janji makan malam watak utama dalam drama Netflix 'Doona!' yang baru ditayangkan. Selain itu, terdapat juga kedai buku kecil, kafe, bengkel seni dan guest house tersedia untuk kunjungan pelanggan yang datang. Oleh itu tidak terjadi masalah mencari tempat bersiar-siar memandangkan terdapat banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di sini. Jadi luangkan masa anda dan nikmati keindahan tempat ini.
Temu janji dengan pemandangan malam yang indah berakhir dengan kegembiraan di
Taman Naksan
Kemuncak daripada temu janji musim gugur adalah menyaksikan panorama matahari terbenam. Pemandangan kota Seoul digabungkan dengan gradasi merah matahari terbenam di ufuk barat yang dapat dilihat di kawasan anak tangga menuju ke Taman Naksan menyemarakan lagi suasana romantik sepanjang perjalanan ini.
Taman Naksan merupakan tempat di mana dedaunan berguguran serta berwarna-warni di sepanjang Kubu Hanyang menambah keindahan suasana musim luruh. Tempat ini adalah sangat sesuai untuk menikmati pemandangan panorama Seoul pada waktu siang, dan pada waktu malam. Anda boleh menikmati panorama malam Seoul yang indah dengan diterangi pencahayaan lembut seperti lampu pin di atas tiang di sepanjang benteng. Cahaya redup lembut tersebut menambahkan suasana romantik menerangi sepasang kekasih yang menikmati Taman Naksan.
Mari kita akhiri kebahagiaan yang sempurna dengan bersiar-siar pada petang musim luruh di Taman Naksan, tempat yang tepat untuk mengakhiri tarikh tersebut.