Hembusan bayu angin baru mula bertiup di Yongsan, jalan yang menjadi saksi di mana peredaran masa berlalu di Seoul. Menyaksikan tempat - tempat baru yang muncul membolehkan anda merasai makanan yang unik, menikmati suasana yang penuh kelainan dan tempat yang menjual produk - produk terbaru. Perkara lama dan perkara baharu selaras mewujudkan laluan yang indah, iaitu Yongnidan-gil. Yongnidan-gil ialah tempat popular di Seoul yang serba lengkap dan tidak perlu diubah suai lagi.
Mari kita menikmati masa bersiar-siar pada musim panas di jalan yang penuh dengan tempat menarik dari Stesen Sinyongsan ke Stesen Samgakji iaitu Yongidan-gil, yang terkenal dengan tempat temu janji, foto hebat, tempat bergambar dan kawasan yang menjadi tarikan budaya. Di sini kami telah menyediakan tempat yang penuh dengan tarikan yang menarik, di mana anda boleh menghabiskan hari yang indah di Yongnidan-gil.