Eungbongsan Mountain
Eungbongsan Mountain amat terkenal dengan pemandangannya yang mempesonakan dan juga sebagai salah sebuah kawasan bagi raja-raja era Dinasti Joseon melaksanakan aktiviti berburu. Bentuk gunungnya yang mirip seperti burung helang telah memberikan nama bukit tersebut ‘Eungbongsan’ atau secara literalnya membawa maksud ‘puncak helang’. Juga dikenali sebagai taman awam dikalangan penduduk Seoul, Gunung Eungbongsan adalah kawasan mendaki kegemaran bagi penduduk Seoul. Selain itu, ia juga menjadi kawasan menangkap gambar yang luar biasa dimana lokasi tersebut dapat menangkap pemandangan malam Seoul, yang merangkumi kawasan Namsan Tower Seoul hingga Lotte Tower.
Jarak : 1.2 km
Ketinggian : 81 m
Jangka Masa : Sehingga 30 minit
Tahap Kesukaran :
Laluan Masuk : Gyeongui-Jungang Line, Eunbong Station
TIP! : Tangkap gambar pemandangan malam Seoul yang indah, berlatarkan Seoul Forest dan jambatan yang menakjubkan yang merentasi Hangang River.
Cheonggyesan Mountain
Cheonggyesan Mountain adalah gunung yang terletak di kawasan selatan dari semua gunung yang berada di sekitar Seoul. Air yang sangat jernih mengalir dari gunung tersebut telah memberikan namanya yang unggul. Jejak mendaki yang berliku mengikuti lereng gunung tersebut telah menjadikan ia kawasan yang sesuai untuk para pendaki lasak. Sebilangan besar laluan yang menuju ke puncak gunung ini terdiri dari tangga, dan setelah anda sampai ke puncaknya, para pendaki akan disajikan dengan pemandangan kota yang luar biasa dan pasti dapat menyegarkan jiwa. Trek dakian ini pastinya akan menjadi pilihan hati anda atas dasar perjalanan dakian yang separa mencabar, apatah lagi pemandangan yang indah!
Jarak : 3 km
Ketinggian : 582 m
Jangka Masa : 1.5 – 2 jam
Tahap Kesukaran :
Laluan Masuk : Sinbundang Line, Cheonggyesan Station
TIP! : Dikatakan bahawa jika anda mengelilingi batu ‘Dolmun Bawi’, atau ‘Batu Dolmun’ sebanyak tiga kali dan membuat permintaan, permintaan tersebut akan dikatakan menjadi kenyataan! Oleh itu, jelajah ke lereng gunung, dan jangan lupa untuk mendapatkan gambar di zon foto yang terletak di ‘Mae Bawi’, atau ‘Batu Mae’.
Ansan Jarak-gil
Ansan Jarak-gil adalah salah sebuah laluan pejalan kaki yang diperbuat dari kayu yang dibina tinggi, menawarkan kawasan perjalanan yang menarik untuk para pendaki yang melintasinya. Ketinggian Ansan Mountain yang agak rendah memudahkan sesiapa sahaja melintasi dan ia mempunyai hutan metasequoia yang indah serta pasti membawa suasana damai jauh dari kesibukan kehidupan kota. Jejak ini umpama permata yang tersembunyi di dalam kota, menjadikan hutan ini salah sebuah kawasan pilihan untuk menenangkan mental dan fizikal. Ayuh bersiar ditemani kehijauan hutan yang akan membawa anda jauh dari kota dan kembali ke alam semula jadi yang menawan dan menyegarkan.
Jarak : 7 km
Ketinggian : 295.9 m
Jangka Masa : 1.5 – 2.5 jam
Tahap Kesukaran :
Laluan Masuk : Subway Line 3, Dongnimmun Station
TIP! : Jangan terlepas pemandangan transformasi musim ke musim Ansan Jarak-gil yang menakjubkan!
Seoul City Wall Trail – Trek Baekaksan Mountain
Seoul City Wall atau Hanyangdoseong yang berjarak sejauh 18 km yang mempunyai sejarah lebih dari 600 tahun dimana pada asalnya dibina sebagai kubu atau pelindung semasa Dinasti Joseon untuk melindungi kota dari penjajah asing. Di antara empat gunung yang mengelilingi kota dalam waktu tersebut, Baekaksan Mountain telah berdiri teguh sebagai gunung yang tertinggi dengan estetika yang sering dibandingkan dengan “peony blossom at half bloom” atau "bunga peony kembang separuh mekar." Ini akan memberikan sebuah peluang baik untuk menikmati masa bersendirian sambil menikmati keindahan alam sekitar yang terbentang luas di antara gerbang Changuimun dan Hyehwamun di Hanyangdoseong. Oleh hal yang demikian, sesiapa sahaja yang dapat sampai ke tahap ini akan secara tidak langsung dikenali sebagai pakar Lereng gunung Seoul!
Jarak : 4.7 km
Ketinggian : 342 m
Jangka Masa : Lebih kurang 3 jam
Tahap Kesukaran :
Laluan Masuk : Subway Line 3, Gyeongbukgung Station (Naik bas no. 7022, 7212, atau 1020 → Turun di perhentian Jahamun Gogae)
TIP! : Pastikan anda membawa kad pengenalan atau passport anda serta diingatkan bahawa tiada kemudahan tandas yang tersedia di kawasan mendaki! Terdapat beberapa kawasan mungkin membataskan fotografi!
Dari tahap pertama laluan pendaki Eungbongsan Mountain sehingga ke tahap empat laluan pendaki Baekaksan Mountain, kami mengharapkan agar anda memperoleh peluang untuk menjelajah beberapa keindahan alam yang telah ditawarkan oleh bandar Seoul! Pergilah ke lereng gunung dan berilah penghargaan buat diri anda dengan ketenangan dan keindahan yang telah disediakan oleh alam semula jadi. Terutama pada masa ini, sangatlah pentingnya untuk meluangkan masa bersendiri dan menenangkan minda anda. Gunung ini pastu dapat membantu anda elakkan diri dari kegelisahan dan kebimbangan yang tidak berkesudahan dalam kehidupan sehari-hari. Jumpa di luar sana!