Published Date : 14.10.2021 / Edited Date : 06.09.2023
Musim panas adalah masa yang paling tepat untuk menikmati keindahan alam yang menghijau! Meluangkan masa lapang di kawasan pegunungan dan lautan pastinya akan memberikan anda rasa kegembiraan, namun bersiar-siar di hutan yang menghijau sambil menghargai kekayaan alam semua jadi juga merupakan salah satu cara yang baik untuk menghabiskan cuti musim panas. Berikut adalah senarai destinasi musim panas terbaik yang terdapat di sekeliling bandar untuk anda merehatkan badan dan menenangkan fikiran sambil dikelilingi oleh alam semula jadi yang indah.
Rancangan Perjalanan
Pureun Arboretum – Hangdong Railroad – Seoul Botanic Park – Gangseo Marsh Ecological Park
Arboretum Cantik yang Pertama di Seoul
Pureun Arboretum
Terletak di Guro District di selatan Seoul, Pureun Arboretum merupakan sebuah taman botani pertama yang indah dan cantik yang terletak di bandar Seoul, mempunyai lebih daripada 1,700 spesies pokok, tumbuh-tumbuhan, serta bunga di kawasan berkeluasan 103.354 m², iaitu lapan kali ganda lebih besar daripada Seoul Plaza. Mengelilingi arboretum ini, terdapat Hangdong Reservoir dan taman tema kecil seperti Grass Square, Herb Garden, Urban Garden, dan Rock garden, serta sebuah perpustakaan dan pusat latihan. Dalam erti kata lain, keseluruhan kawasan Hangdong telah digunakan sepenuhnya sebagai tempat pelancongan dan tempat untuk mempelajari ilmu ekologi dan alam semula jadi. Dilengkapi dengan pelbagai kandungan pendidikan, Pureun Arboretum adalah destinasi yang amat sesuai bagi anda dan seisi keluarga untuk meluangkan cuti musim panas dengan aktiviti yang sihat.
Pureun Arboretum
Alamat 2117, Seohaean-ro, Guro-gu, Seoul
Waktu Operasi Setiap Hari 05:00 – 22:00 KST
Telefon +82-2-2686-3200
Petunjuk Arah
Subway Lines 1 & 7, Onsu Station, Exits 3 & 7 (Naiki bas Hangdong-bound [Guro 07] → Turun di Pureun Arboretum)
Subway Line 7, Cheonwang Station / Subway Lines 1 & 7, Onsu Station (10 minit berjalan kaki)
Bersiar-siar menyelusuri laluan nostalgik
Hangdong Railroad
Tiada apa yang lebih menenangkan daripada bersiar-siar di landasan kereta api yang dapat menimbulkan perasaan nostalgik dan romantik. Hanya terletak beberapa minit dari pusat bandar yang sibuk, Hangdang Railroad diapit dengan pohon-pohon rimbun menghijau yang begitu indah, melapangkan dada mereka yang berkunjung ke sini. Di kawasan ini, anda boleh menemukan tanda “Hangdong Railroad Station”, sebuah platform sementara tiruan yang disediakan sebagai tempat bergambar dengan berlatarbelakangkan arboretum yang indah. Marilah berkunjung ke Hangdong Railroad dan mencipta kenangan indah bersama alam semula jadi!
Hangdong Railroad
Alamat 1189, Ori-ro, Guro-gu, Seoul
Petunjuk Arah Subway Line 7, Cheonwang Station, Exit 3 (6 minit berjalan kaki)
Pusat Ekologi di tengah-tengah bandar Seoul
Seoul Botanic Park
Sebagai taman botani Korea yang pertama di bandar Seoul, Seoul Botanic Park menggabungkan sebuah taman dan arboretum di mana para pengunjung boleh belajar mengenai pelbagai jenis spesies tumbuh-tumbuhan serta bandar Seoul yang bakal menjadi sebagai sebuah bandar hijau dan lestari pada masa hadapan. Taman ini terbahagi kepada beberapa zon seperti Forest Field, Botanic Garden, Lake Garden, Wetland dan sebuah sekolah berkebun bagi kanak-kanak, dan setiap satu daripadanya mempunyai pelbagai jenis tumbuhan yang berbeza. Terletak di tengah-tengah bandar Seoul, Seoul Botanic Park adalah satu destinasi yang ideal untuk dikunjungi bersama seisi keluarga, rakan-rakan, dan pasangan sambil mempelajari kepentingan ekologi serta menikmati kesegaran alam semula jadi. Pada musim panas, taman ini beroperasi sebagai taman permainan air bagi kanak-kanak. Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkualiti anda bersama alam semula jadi di Seoul Botanic Park pada musim panas ini!
Seoul Botanic Park
Alamat 161, Magokdong-ro, Gangseo-gu, Seoul
Waktu Operasi Mac - Okt 09:30 - 18:00 KST / Nov - Feb 09:30 – 17:00 KST (Taman utama ditutup pada setiap hari Isnin)
Telefon +82-2-2104-9716
Petunjuk Arah
Subway Line 5, Magok Station, Exit 2 (10 minit berjalan kaki)
Subway Line 9, Yangcheon Hyanghyo Station, Exit 8 (5 minit berjalan kaki)
Lokasi di mana manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan hidup bersama
Gangseo Marsh Ecological Park
Secara rasminya dijadikan sebagai salah satu daripada 30 destinasi pelancongan ekologi oleh Seoul Metropolitan Government, Gangseo Marsh Ecological Park mempunyai pemandangan tanah paya semula jadi yang sangat memukau dengan hutan pokok buluh serta aspen. Menjelang musim panas dan musim luruh, taman ini seringkali menjadi tempat persinggahan burung-burung migrasi. Tempat ini juga telah menyediakan pelbagai jenis kursus pendidikan ekologi. Kunjungilah Gangseo Marsh Ecological Park pada musim ini untuk melihat variasi haiwan liar yang menarik sambil berjalan-jalan di sekitar taman. Pemandangan Banghwa Bridge amat menakjubkan dari sudut pandang dan laluan untuk memerhati burung migrasi terutamanya setelah matahari terbenam. Marilah berkunjung ke taman yang mengagumkan ini kerana disinilah anda dapat merasai keindahan alam semula jadi Seoul, di mana haiwan, manusia, dan tumbuh-tumbuhan hidup bersama.
Gangseo Marsh Ecological Park
Alamat 2-15 Banghwa-dong, Gangseo-gu, Seoul
Waktu Operasi Dibuka setiap hari dari terbit matahari hingga matahari terbenam
Telefon +82-2-3780-0621
Petunjuk Arah Subway Line 5, Banghwa Station, Exit 2
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)