Published Date : 10.11.2021 / Edited Date : 04.09.2023
Mencari rumah hanok tradisional bukanlah semudah yang disangkakan apa lagi di kawasan metropolitan Seoul yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Kebanyakan pelancong ingin merasakan suasana antik dan keindahan hanok maka mereka sering kunjungi istana diraja kuno Korea serta Bukchon Hanok Village. Namun, kafe bertema hanok merupakan sebuah trend yang hangat di Korea pada masa kini! Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat mencuci mata melihat rumah tradisional Korea, namun mereka juga dapat menikmati hidangan yang enak. Kami memperkenalkan kafe hanok yang tersembunyi di Seoul di mana pengunjung boleh berehat sambil menikmati suasana yang senyap dan aman.
Ikseon-dong, Perkampungan Hanok Tertua di Seoul
Seoul Coffee Cawangan Ikseon
Ikseon-dong merupakan satu kawasan di Seoul yang menggambarkan masa lalu dan masa kini. Ikseon-dong menarik minat penduduk setempat dan pelancong sepanjang tahun. Memandangkan ia menjadi popular terutamanya dalam kalangan golongan muda, semakin ramai pelancong asing yang mengunjungi tempat ini. Seoul Coffee ditubuhkan pada tahun 80-an untuk meluahkan rasa rindu dan keinginan terhadap Seoul. Selain itu, kafe francais ini memfokuskan untuk menyampaikan nilai-nilai baru yang Telefonah dilupakan. Kafe ini menggamit memori Korea pada zaman dahulu dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa nilai nostalgia ini jauh lebih cantik dari zaman moden yang canggih. Kafe ini terserlah dengan reka bentuk dalaman gaya hanok dan menyediakan pelbagai jenis menu Korea. Oleh itu, kafe yang cantik ini sentiasa sibuk dengan pengunjung yang ingin merasai pengalaman berada di Seoul dahulu dan sekarang.
Seoul Coffee
Alamat 33-3, Supyo-ro 28-gil, Jongno-gu, Seoul
Telefon +82-507-1404-4890
Waktu Operasi Setiap Hari 11:00 - 22:00 KST
Nikmati suasana Korea asli yang cantik
Cha Masineun Tteul
"Cha Masineun Tteul" adalah kedai teh tradisional yang merupakan kafe yang ideal dan sangat popular untuk menikmati pelbagai jenis teh tradisional Korea. Bersesuaian dengan konsep kedai teh lama, kafe ini menawarkan meja kayu rendah di lantai untuk menikmati suasana hanok yang asli. Anda risau kerana anda tidak biasa dengan teh tradisional? Terdapat beberapa cadangan yang ada disediakan bagi anda yang pertama kali ingin mencuba teh tradisional. Bukan sahaja teh tradisional, hidangan pencuci mulut ala Korea seperti danpatjuk (bubur kacang merah manis), kek beras Sirutteok, dan banyak lagi hidangan sampingan lazat ada di menu. Anda boleh menikmati pemandangan taman yang diatur dengan indah melalui tingkap dari ruang dalaman. Ini membolehkan anda berehat sebentar dengan secawan teh tradisional.
Cha Masineun Tteul
Alamat 26, Bukchon-ro 11-na-gil, Jongno-gu, Seoul
Telefon +82-2-722-7006
Waktu Operasi Setiap Hari 12:00 - 21:00 KST *Ditutup pada hari Isnin*
Suasana malam yang indah
E.Chae Café
Ini adalah tempat di mana anda boleh merasakan keharmonian di antara hanok dan kopi di tengah-tengah Bukchon Hanok Village. E.Chae Café yang popular dan luas ini menawarkan tempat duduk di dalam dan luar. Duduk di luar pada waktu petang yang sejuk akan membuat anda merasa tenang dengan cahaya matahari yang panas. Duduk di tepi tingkap dan melihat ke luar; anda akan jatuh cinta dengan pemandangan Hanok Village yang paling cantik di bandar ini. Kafe ini menyajikan bukan sahaja kopi tetapi juga wain sebagai menu utama. Bagi pelanggan yang mencari wain, kafe ini memanjangkan waktu operasi hingga 10 malam. Oleh itu, jika anda ingin menikmati bukan sahaja suasana hangat di siang hari, tetapi juga suasana hanok yang bergaya pada waktu malam, E.Chae Café adalah pilihan yang tepat.
E.Chae Café
Alamat 20-21, Bukchon-ro, Jongno-gu, Seoul
Telefon +82-507-1330-0033
Waktu Operasi Setiap Hari 11:00 - 20:00 KST (Sila berhubung melalui telefon mengenai waktu perkhidmatan wain)
Hanok moden dengan sejarah 100 tahun yang popular
J. Hidden House
Sebuah hanok tradisional dengan sejarah lebih 100 tahun telah diubah suai menjadi kafe yang kini dikenali sebagai J. Hidden House. Walaupun ia merupakan bangunan lama, kafe Hanok ini telah dibaik pulih dengan teliti melalui hasil kerja tangan. Oleh itu, ciri-ciri tradisional hanok dikekalkan, manakala ruang dalam kafe dilengkapi dengan reka bentuk moden. Kafe ini terletak berhampiran Dongdaemun, satu kawasan membeli-belah dan pelancongan yang popular dan wajib dikunjungi di Seoul. Justeru, kafe ini dijangka untuk menjadi tempat berehat baru dan unik bagi pelancong asing. Sangat mudah untuk mengunjungi kafe ini memandangkan ia hanya mengambil seminit untuk berjalan kaki dari pintu keluar no. 10 Dongdaemun Station line No. 4. Dinding-dinding kafe merupakan tingkap kaca yang membolehkan pengunjung untuk melihat terus taman yang cantik dan indah dari dalam kafe. Seni reka yang kemas dan teliti juga menjadikan setiap sudut kafe ini sesuai sebagai tempat bergambar. Kunjungilah J. Hidden House bersama keluarga dan kawan untuk mendapatkan gambar yang cantik!
J. Hidden House
Alamat 269-4 Jongno, Jongno-gu, Seoul
Telefon +82-2-744-1915
Waktu Operasi
Setiap Hari 12:00 - 18:00 KST
* Lawati laman Instagram @j.hiddenhouse untuk mengetahui hari kedai ditutup
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)