Mari melancong ke Seoul dan rasakan kemeriahannya. Destinasi-destinasi berikut telah dipilih dengan teliti oleh peminat-peminat Seoul supaya anda dapat merasakan keindahan sebenar bandar ini. Seoul memikat pengunjung dengan pelbagai tarikannya, daripada berjalan-jalan romantis, permainan yang mengujakan, pemandangan yang menakjubkan, ke restoran yang menyajikan pelbagai masakan tradisional Korea.
Tidak kira sama ada anda sedang mencari sesuatu aktiviti, cuma hendak bersantai, atau ingin menikmati makanan tradisional Korea, anda akan dapat merasai pesona sebenar Seoul dengan melawat pelbagai tarikan yang diperkenalkan di sini.
LOVE
01 Menara N Seoul
Menara N Seoul yang terkenal sebagai simbol kasih sayang dan percintaan, menjanjikan pemandangan Seoul yang menakjubkan dan menjadi antara tarikan popular para pasangan . Apabila anda naik ke balai cerap di tingkat 5, bandar Seoul yang indah terbentang dapat dilihat, justeru mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama orang tersayang.
Khususnya, 'Love Lock', simbol janji cinta pasangan kekasih, adalah salah satu pengalaman yang mesti dirasai di Menara N Seoul. Pengalaman mengikrarkan cinta abadi dengan menggantung kunci mangga di pagar manara tersebut memberi peluang untuk mencipta kenangan istimewa bukan sahaja dengan kekasih anda tetapi juga dengan rakan-rakan atau ahli keluarga anda.
Apabila matahari terbenam, Menara N Seoul diterangi lampu berwarna-warni, mewujudkan suasana romantis dan latar belakang yang menakjubkan.
Pengunjung juga boleh memilih untuk menikmati hidangan di N'Grill French Restaurant, yang menawarkan pemandangan panoramik 360 darjah pusat bandar Seoul, atau meluangkan masa untuk meraikan cinta dalam suasana damai Taman Namsan.02 Sungai HanSungai Han, yang mengalir menembusi pusat bandar Seoul, telah menjadi tempat popular yang tenang dan romantis. Hangang Park yang berdekatan pula merupakan tempat yang dipenuhi taman yang indah dan denai berjalan kaki yang cantik, sesuai untuk berjalan-jalan santai atau berkelah.Jika anda ingin merasakan pengalaman yang lebih istimewa, anda disyorkan menaiki pelayaran sungai supaya anda dapat meilhat cahaya dari lampu-lampu bandar memantul di permukaan sungai setelah matahari terbenam. Menikmati ketenangan di tepi sungai sambil mengagumi latar langit Seoul yang menakjubkan, pasti mewujudkan suasana yang Istimewa, langsung membentuk perasaan cinta dengan semulajadi. * E-Land Cruise Yeouido Dock
290 Yeouidong-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul (Yeouido-dong, Nodeullaru Park)
Selasa dan Ahad 11:30pagi - 10malam, Isnin 3petang - 10malam
Turun di ‘Yeouinaru Station’ Pintu Keluar 3, ‘Line 5’ ( Jarak berjalan kaki: 615meter)
* E-Land Cruise Jamsil Dock
2 Baekjegobun-ro, Songpa-gu, Seoul
Setiap hari Sabtu dan Ahad dari 2petang ke 9malam
Turun di ‘Jamsil Saenae Station’ Pintu Keluar 7 ‘Line 4’ (Jarak berjalan kaki :792meter)
INSPIRE
03 Restoran Mapo JinmiTerletak di lorong Gongdeok-dong yang jauh dari kesesakan Seoul, Restoran Jinmi, adalah permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan sebaik sahaja anda kesana. Tempat yang dipilih oleh ‘Michelin Guide’ ini, terkenal dengan hidangan ganjang gaejang (ketam perap kicap) istimewa yang disukai oleh penduduk tempatan dan juga pelancong. Dimasak menggunakan ketam biru segar dari Laut Barat yang diperap dengan halia Seosan selama 3 hari, membuatkan hidangan ini mempunyai rasa ‘umami’ yang kaya, menambahkan lagi keistimewaannya.Selain itu, pelbagai lauk-pauk yang dihidangkan bersama ganjang gaejang, pasti memukau deria rasa anda. Lauk-pauk sampingan seperti telur kukus gebu, sup ketam hangat, sos tiram pedas dan rumpai laut yang berperisa sangat sesuai dimakan bersama sos ganjang gaejang. Biarpun tanpa hiasan tambahan atau presentasi berlebihan, anda pasti dapat merasai intipati gastronomi Korea, dengan hanya merasai hidangan ganjang gaejang itu sendiri.04 Restoran Neungdong Minari Jika anda ingin tahu rasa pasli air yang menjadi terkenal kerana filem yang memenangi ‘Golden Globe’ bertajuk Minari, dan juga telah dipilih dalam ‘Michelin Guide 2025’ anda boleh merasainya di Restoran Neungdong Minari. Restoran ini, mengendalikan tiga cawangan di Seoul dan menyajikan hidangan lazat yang menampilkan daging lembu Korea segar dan porsi pasli air yang banyak.Menu utama di sini ialah Minari Geomtang (Sup pasli air). Pasli air yang menyegarkan dan rangup ditambah dalam sup tulang lembu yang pekat dan telah direbus selama beberapa jam, menambahkan lagi tahap kekuatan rasa berbanding Geomtang tradisional di Korea. Sup ini bukan sahaja kaya dengan rasa, malah berkhasiat, memberi tenaga, serta mempunyai daya tarikan yang cukup unik, membuatkan anda ingin makan bertambah. Di samping itu, pelbagai menu lain disediakan, termasuk Yukhoe Bibimbap dan Geopchang Jeongol yang pedas dan kaya dengan rasa keenakan daging. Harmoni rasa daging lembu Korea segar digandakan apabila dinikmati bersama Minari Geomtang.
Menjanjikan suasana selesa dengan gabungan dalaman berwarna kayu hangat dan tingkap dari lantai ke siling yang membenarkan cahaya semula jadi memancar kedalam, keunikan Restoran Minari Neungdong ini telah tular setelah disiarkan dalam pelbagai program TV. Oleh itu, pelanggan yang datang mungkin perlu menunggu dengan lama sebelum dilayani. Namun, perkhidmatan yang mesra pelanggan dan hidangan yang menyelerakan pasti membuktikan bahawa penantian anda berbaloi.
FUN
05 Lotte World
Lotte World adalah tarikan yang sangat disyorkan untuk mereka yang mencari keseronokan mutlak di Seoul. Sebaik sahaja anda melangkah ke tempat ini, anda boleh merasai suasana riuh-rendah seolah-olah anda berada di festival yang meriah dalam cuaca yang baik.
Daripada permainan yang mengujakan kepada pelbagai kemudahan untuk bersantai, Lotte World menawarkan pelbagai keseronokan untuk semua lapisan pengunjung.
Di ‘Magic Island’, yang terletak di luar, anda boleh menikmati pemandangan indah Tasik Seokchon sambil menaiki ‘Roller Coaster’ dan ‘Gyro Drop’.
Terdapat juga ruang dalaman di mana anda boleh menikmatinya tanpa mengira cuaca, jadi anda tidak perlu risau tentang hujan atau cuaca sejuk. Ia menawarkan pelbagai hiburan di dalam satu bangunan, termasuk gelanggang luncur ais dan taman riang-ria yang kelihatan seperti sesuatu daripada kisah dongeng. Apabila anda melihat keluarga, rakan dan kekasih ketawa dan bergembira bersama di Lotte World, anda secara semula jadi akan merasakan betapa kuatnya daya tarikan tempat ini. Jangan lupa gandakan keseronokan dengan makan snek bertema!06 SEOULDALJika anda inginkan pengalaman mendebarkan dan istimewa yang akan membuatkan Seoul tidak dapat dilupakan, SEOULDAL adalah aktiviti yang mesti dicuba.
Belon udara panas berbentuk bulan yang terletak di Yeouido Park memberikan pemandangan panorama indah Sungai Han dan latar langit Seoul.
Khususnya, melihat Seoul dari udara sambil merasakan angin bertiup lembut memberikan anda pengalaman istimewa seolah-olah bandar itu hidup dan bernafas.
Sama ada anda bersama rakan, keluarga atau kekasih, anda boleh menikmati suasana yang penuh dengan keseronokan dan keterujaan apabila anda menaiki Seoul Dal. Perjalanan Seoul Dal selama 15 minit, yang boleh memuatkan sehingga 30 orang, sesuai untuk para penumpang mengambil gambar dan video yang cantik. Para penumpang dinasihatkan untuk berpegang pada pagar ketika belon udara panas sedang berlepas dan mendarat.
Anda boleh menikmati pemandangan bandar terbuka pada waktu siang dan cahaya berkelip-kelip serta suasana romantis pada waktu malam, menjadikan nya antara pengalaman istimewa serta kenangan yang tidak dapat dilupakan di Seoul.68 Yeouigongwon-ro, Yeongdeungpo District, Seoul
Ditutup pada hari Isnin, Buka pada Hari Selasa - Sabtu 12tengahari – 10malam
(Penerbangan pertama: 12:30tengahari/Penerbangan terakhir: 9:30malam)
National Assembly Station – Line 9 Pintu Keluar 4 (Jarak berjalan kaki: 600m)