Terdapat banyak cara untuk berseronok di Sungai Han. Antara cara terbaik adalah anda boleh berjemur di bawah sinar matahari sambil duduk di kawasan berumput Taman Hangang, menonton pertunjukan air pancut yang hebat, atau menikmati matahari terbenam di kafe yang kelihatan seperti pulau terapung di atas sungai. Anda juga boleh meluangkan masa berjoging di sepanjang Sungai Han atau mengayuh basikal menikmati aliran Sungai Han yang mengalir lesu. Jika ya, adakah tempat lain di mana anda boleh merasai sendiri arus Sungai Han?
"Tarikan terbesar aktiviti rekreasi air di Sungai Han ialah anda boleh menikmatinya di pusat bandar.
Anda boleh melihat Lotte Tower dan Namsan Tower pada waktu matahari terbenam dan keseronokan melakukan rekreasi air sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan malam Seoul adalah yang terbaik!"
Instruktur Selancar Yoo Jun
Sejak kebelakangan ini, anda boleh melihat pemandangan orang ramai menikmati sukan air di Sungai Han. Antaranya adalah sukan Papan luncur, kayak, luncur angin dan papan dayung. Jika anda pernah rasa cemburu dengan orang yang menikmati angin sejuk, jom cuba peluang ini. Tidak dinafikan cara ini amat berkesan untuk menikmati papan dayung walaupun kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan sukan air ini.
Paddleboarding juga dipanggil SUP - Stand Up Paddle board, ialah sukan air yang menggabungkan luncur air dan berkayak. Aktiviti Papan dayung adalah aktiviti dimana tempat anda berdiri di atas papan dan dayung adalah kuncinya, kerana papan dayung lebih besar dan lebih lebar daripada papan luncur. Oleh itu, semua peringkat umur lelaki dan wanita boleh belajar dan menikmatinya dengan mudah. Taman Ttukseom Hangang yang boleh dikatakan sebagai tempat yang terkenal dengan sukan air Hangang mempunyai arus air yang agak perlahan dan air yang jernih, sangat sesuai untuk memberikan cabaran kepada pemula. Selain mendayung, anda juga boleh menikmati pelbagai aktiviti lain seperti luncur angin, luncur air dan menaiki bot.
"Jika anda ingin melihat matahari terbenam yang tidak dapat dilupakan di bandar
Bagaimana jika anda menikmati rekreasi air di Sungai Han?"
"Jika dilihat dari jauh, kelihatan seperti hanya profesional sahaja yang boleh melakukannya, jadi ramai yang tidak dapat mencubanya dengan mudah.
Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh melakukan rekreasi air di Sungai Hangang, jadi saya rasa anda harus mencubanya sekurang-kurangnya sekali.
Anda akan merasakan keseronokan baharu dalam dunia baharu!"
Sungai Han yang pernah anda lihat dari mana-mana platform sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza apabila anda menikmatinya secara langsung. Duduk di atas papan dayung dan menghirup minuman segar atau menikmati makanan ringan juga akan menjadi pengalaman yang menyeronokan. Menikmati papan kayuh terutamanya pada waktu matahari terbenam, membuatkan anda berasa seolah-olah berada di resort yang indah. Di pusat bandar Seoul yang meriah, mari mencuba aktiviti menarik bersama-sama, menikmati angin sejuk di Sungai Han yang menyegarkan sambil menyeberangi Sungai Han dengan papan dayung.
- Alamat Sekitar 94 Jayang-dong, Gwangjin-gu, Seoul
- Masa beroperasi Berbeza mengikut syarikat