BTS, yang membuat kemunculan seperti 'dinamit' dan memberikan hari-hari penuh dengan keceriaan seperti 'hari musim bunga', sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-10 sejak debut mereka. Bandar Seoul memilih 13 tempat dengan kenangan istimewa bersama BTS yang pastinya antara pelbagai tarikan lainnya dan mengeluarkan 'Map of the SEOUL'. Bermula dari tempat-tempat yang sering dilawati BTS semasa zaman ketika mereka masih menjalani pelatihan hingga ke tempat-tempat yang masih terdapat jejak kesan kandungan 'Run Bangtan' yang dihasilkan sendiri.
Seoul in Purple
2023.06.12 - 06.24 - 1. 서울 숭례문 Sungnyemun Gate / 2021 글로벌 시티즌 라이브 촬영지 The location of 2021 Global Citizen Live / Permission to Dance / Pintasan kod QR / Permission to Dance / https://youtu.be/DYvrG_X5l8k
- 2. 하이브 HYBE / HYBE 사옥 HYBE / We are Bulletproof: the Eternal / Pintasan kod QR / We are Bulletproof: the Eternal / https://youtu.be/7UWBYJjuIL0
- 3. 경복궁 근정전 Geunjeongjeon Hall in Gyeongbokgung Palace / 2020 지미팰런쇼 촬영지 The location of the 2020 Jimmy Fallan Show / IDOL / Pintasan kod QR / IDOL / https://youtu.be/MXFkjMNXfpY
- 4. 여의도 한강공원 Yeouido Hangang Park / 2023 BTS 10th FESTA The location of the '2023 BTS 10th FESTA' / 소우주(Mikrokosmos) / Pintasan kod QR / 소우주(Mikrokosmos) / https://youtu.be/Iq6RdCTLBd8
- 5. 을지로 Euljiro / 2021 시즌그리팅 촬영지 The location of the 2021 Season's Greetings / Dynamite / Pintasan kod QR / Dynamite / https://youtu.be/gdZLi9oWNZg
- 6. 국립중앙박물관 National Museum of Korea / 2021 BTS 서울관광 홍보영상 촬영지 The location of '2021 SEOUL X BTS Promotion Video' / 작은것들을 위한 시(Boy With Luv) / Pintasan kod QR / 작은것들을 위한 시(Boy With Luv) / https://youtu.be/ErTgtL1Tjns
- 7. 서울종합운동장 Seoul Sports Complex / BTS 콘서트 장소 BTS concert venue in Seoul / EPILOGUE: Young Forever / Pintasan kod QR / EPILOGUE: Young Forever / https://youtu.be/LbvE0FV_70U
BTS 데뷔 10주년을 맞아 서울시가 보랏빛으로 물듭니다.14일간의 보랏빛 서울을 만끽해 보세요! / Seoul lights 7 landmarks up in purple to celebrate BTS 10th Anniversary. Enjoy Seoul in purple only for 14 days!
7개 랜드마크: 1 세빛섬, 2 N서울타워, 3 서울시청, 4 월드컵대교, 5 영동대교, 6 양화대교, 7 반포대교 / 7 Landmarks: 1 some sevit, 2 N Seoul Tower, 3 Seoul City Hall, 4 World Cup-daegyo, 5 Yeongdong-daegyo, 6 Yanghwa-daegyo, 7 Banpo-daegyo
Jika anda mempunyai peta BTS Seoul Tour, sesiapa sahaja boleh mengikuti jejak 10 tahun BTS dengan mudah. Pada 17 Jun, FESTA, aktiviti utama untuk sambutan ulang tahun ke-10 BTS, akan diadakan di Hangang Park di Yeouido. Lebih tepatnya iaitu di gerai Seoul in Purple, di mana Kerajaan Metropolitan Seoul mengambil bahagian secara langsung untuk meraikan ulang tahun ke-10 BTS. Dalam program ini, akan menawarkan pelbagai barangan, termasuk peta pelancongan Seoul BTS serta kad tarikan Seoul edisi terhad. Jom temui 6 tarikan terawal dahulu dengan VisitSeoul dari 13 tempat yang tidak dapat dilupakan dalam 'Seoul Bangtan Tour'. Saya harap anda boleh mengalami bukan sahaja kegembiraan menemui jejak BTS, tetapi juga pesona berwarna-warni Seoul yang tidak pernah anda ketahui sebelum ini.
BTS menunjukkan banyak penampilan persembahan pentas di atas panggung yang sangat cantik. Di antara semua penampilan persembahan pentas yang dilakukan, persembahan pentas yang membuka pembukaan 'Global Citizen Live Seoul' yang diadakan di bandar-bandar utama seluruh dunia pada tahun 2021 mungkin adalah yang pertama yang terlintas di dalam fikiran.
Tempat pertama yang diperkenalkan pada 'Seoul Bangtan Tour' ialah ' Sungnyemun Gate ' yang juga merupakan latar belakang pentas. Ia adalah Harta Karun Negara Korea No. 1 dan merupakan bangunan kayu tertua yang masih wujud di Seoul. BTS dengan bangga berdiri tegak di Sungnyemun Gate dan mempamerkan persembahan yang hebat. Sungnyemun Gate terletak di antara Stesen Seoul, hab pengangkutan, dan Myeong-dong yang juga merupakan destinasi pelancongan yang terkenal, yang menjadikan tempat tersebut mudah untuk diakses secara geografi. Oleh itu, jika anda mendapat peluang melawati tempat tersebut, saya mengesyorkan anda untuk menjelajah dan mengambil gambar dengan latar belakang klasik dan cantik Pintu Sungnyemun.
-
○ Alamat: 40 Sejong-daero, Jung-gu, Seoul
-
○ Waktu Beroperasi: 09:00 ~ 18:00 (Ditutup setiap Isnin)
Tidak jauh dari Sungnyemun, anda boleh melihat ' Gyeongbokgung ' iaitu sebuah bangunan yang mewakili Korea dan digunakan sebagai istana pada zaman Dinasti Joseon purba. Tempat ini merupakan tempat BTS membuat kemunculan BTS bagi program 'Jimmy Fallon Show' NBC America pada tahun 2020 dan menghangatkan pentas dengan mempersembahkan lagu mereka <IDOL>. Pada ketika itu, BTS seperti kebiasaanya telah menunjukkan penampilan luar biasa di hadapan Dewan Geunjeongjeon di Istana Gyeongbokgung dengan memakai kostum Hanbok versi moden.
Imej BTS memakai kostum pentas ala Korea di tempat yang paling mewakili Korea telah disiarkan di seluruh dunia bahkan ramai warga asing sangat kagumi keindahan Korea yang ditonjolkan ketika itu. Hanya dengan persembahan tersebut BTS telah berjaya membuatkan Geunjeongjeon di Istana Gyeongbokgung mendapatkan perhatian hangat sama seperti penampilan BTS. Tambahan lagi, Bangunan itu bukanlah bangunan semata-mata tetapi juga merupakan warisan budaya yang melambangkan Korea. Dari Gwanghwamun, melepasi Geunjeongjeon, sehinggalah ke Sinmumun anda pastinya boleh bersiar-siar sambil melihat persekitaran selama lebih kurang sejam. Diantara kesemua aktiviti tersebut jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan, seperti aksi BTS yang bergambar di hadapan Geunjeongjeon.
-
○ Alamat: 161 Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul
-
○ Waktu Beroperasi: 09:00 ~ 18:30 (Jun-Ogos, ditutup setiap Selasa)
Tempat seterusnya yang disyorkan untuk anda adalah 'Taman Yeouido Hangang'. Taman Yeouido Hangang merupakan tempat berehat yang menyegarkan yang menjadi tempat pilihan masyarakat di Seoul berehat di pusat bandar. Tempat tersebut merupakan tempat yang dipenuhi dengan perkara untuk dihayati dan dinikmati melalui acara dan pertunjukan seperti Festival Bunga Musim Bunga dan Pesta Bunga Api Antarabangsa.
FESTA ke-10 BTS 2023 akan berwarna ungu dan akan memberikan perkara baharu untuk dihayati dan dinikmati. Datanglah melawat gerai Seoul in Purple di Yeouido Hangang Park bersama keluarga, rakan, kekasih dan ARMY sambil menikmati pelbagai program yang disediakan oleh pihak bandar Seoul. Kad tarikan Seoul yang ditulis dengan lirik lagu BTS yang dikaitkan dengan setiap lokasi 'Seoul Bangtan Tour' namun hanya tersedia dalam bilangan yang terhad. Yang pastinya, anda boleh melawat tempat tersebut dan mengambil gambar dengan kad tersebut. Selain itu, jika anda memuat naik foto yang diambil di FESTA ke media sosial dengan hashtag yang dinyatakan, akan ada acara yang menawarkan pelbagai barangan dan hadiah BTS. Oleh itu, jangan tunggu lagi pastikan anda melawati Yeouido Hangang Park pada 17 Jun untuk menciptakan lebih banyak keseronokan dan anda pasti akan menyadari mendapati lebih banyak keseronokan yang tidak dijangka.
-
○ Alamat: 330 Yeouidong-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
-
○ Waktu Beroperasi: Dibuka setiap hari 24 jam
Kali ini tempat yang disyorkan adalah tempat yang pastinya lebih istimewa sedikit, walaupun ia bukan tempat di mana pentas BTS ditetapkan. Mari pergi ke 'Euljiro' yang menyediakan persekitaran dengan suasana retro dan paparan istemewa papan tandanya yang mengingatkan kawasan kejiranan lama antara bangunan pejabat.
Euljiro merupakan tempat yang menjadi pilihan untuk dijadikan latar untuk Ucapan Musim 2021 yang dipersembahkan dengan memakai seluar berkaki lebar, baju retro dan cermin mata bersaiz besar, berbanding kostum pentas yang mewah dan elegan. Sambutan musim 2021 yang mendapat perhatian ramai peminat kerana imej akrab dan mesra yang sukar ditemui bagi BTS sedia ada. Euljiro yang menjadi tempat utama sebagai latar belakang adalah tempat yang menarik perhatian ramai malah telah mendapat jolokan 'Hipjiro' kerana keharmonian budaya retro dan moden apabila saat kemuncaknya Newtro mengambil tempat terulungnya. Apa kata anda melawat Euljiro, pusat retro Seoul sambil singgah ke kedai lama serta bersejarah ataupun berjalan-jalan di sekitar lokasi rakaman BTS bagi Season Greetings 2021?
Bukan mempersembahkan tarian mahupun lagu yang indah, adakah anda masih ingat penyampaian ikhlas dari BTS melalui kata-kata? Pada tahun 2020, YouTube menganjurkan majlis graduasi maya, 'Dear Class of 2020', untuk graduan yang tidak dapat mengadakan majlis graduasi luar talian kerana COVID-19. BTS telah mengambil bahagian dengan menyertai acara tersebut dan mengucapkan tahniah kepada para graduan tahun ini.
Tempat penggambaran ucapan tahniah ini ialah Muzium Negara Korea . BTS menceritakan kisah-kisah yang mengharukan di lobi di tingkat satu muzium, dan mengadakan persembahan termasuk <Boys With Luv> di halaman terbuka terbuka. Muzium Negara Korea ini ialah tempat di mana sejarah dan budaya Korea hidup dan bernafas. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan tempat di mana anda boleh membayangkan masa kini dan masa depan melalui masa lalu. Melalui halaman terbuka tempat BTS membuat persembahan dan lobi tingkat satu tempat ucapan tahniah disampaikan, anda boleh melihat 6 dewan pameran tetap yang dipersembahkan mengikut era dan tema, serta bilik pameran khas yang memaparkan pelbagai kandungan. Muzium Negara Korea menyediakan kandungan realistik menggunakan teknologi terkini, termasuk program ulasan pameran yang membantu pelawat memahami setiap ceruk yang berada di muzium tersebut. Jika anda melawat tempat ini, bukan hanya jejak BTS tetapi anda dinasihatkan untuk melihat masa lalu dan masa depan Korea dengan pelbagai cara.
-
○ Alamat: 137 Seobinggo-ro, Yongsan-gu, Seoul
-
○ Waktu Beroperasi: Setiap hari 10:00~18:00 (Rabu, Sabtu 10:00~21:00)
-
○ Homepage: Buka
Apakah sebab kita terlalu teruja tentang BTS? Ia akan menjadi persembahan yang dicipta oleh nafas dan semangat mereka. Darah, peluh dan air mata itu boleh ditemukan di sini di Kompleks Sukan Seoul. Kompleks Sukan Seoul yang terletak di Jamsil, adalah tempat yang boleh memuatkan sehingga 100,000 orang pada satu-satu masa dan merupakan tempat untuk konsert berskala besar, permainan sukan dan acara berskala besar.
Ia adalah ruang di mana ramai pemuzik terkenal dalam dan luar negara membuat persembahan. BTS juga tidak ketinggalan menjadi salah satu kumpulan yang mengadakan banyak persembahan dan konsert di sini serta berkongsi keseronokan dan berkomunikasi dengan ramai peminat. Jika anda ingin mengimbau kembali kenangan yang dipenuhi ombak ungu, kami mengesyorkan anda melawat Kompleks Sukan Seoul.