Korea Selatan merupakan sebuah negara yang mempunyai empat musim di mana kini merupakan musim luruh. Musim luruh di Seoul amat meriah dengan warna dedaunan yang berubah mengikut musim menjadi semakin bersinar di bawah langit biru musim luruh yang cerah. Ini akan membuatkan anda merasa semakin rindu pada musim luruh sebelum diselubungi oleh cuaca musim sejuk pada akhir tahun. Anda mungkin tidak mempunya sesiapa untuk menemani anda, namun, apa yang perlu anda lakukan hanyalah bangun dari katil dan keluar untuk menikmati masa berkualiti sendirian bersama daun-daun musim luruh yang berwarna-warni sebelum meninggalkan tahun 2020. Siapa tahu, mungkin keluar melancong bersendirian merupakan sesuatu yang anda perlukan. Ingatlah, suasana meriah musim luruh Seoul menanti anda!
Namsan Southern Walking Path di Namsan Trail
(Laluan pejalan kaki yang menampilkan dedaun musim luruh yang cantik)
Dengan warna daun perlahan-lahan bertukar dari awal Oktober, dan dedaunan ini bertukar sepenuhnya pada hujung Oktober ataupun awal November, menandakan bahawa kemuncak musim luruh sudah tiba. Berbanding di kawasan pusat bandar, musim luruh kelihatan lebih lambat tiba di pusat landskap Seoul iaitu Namsan Mountain. Namun apabila musim luruh tiba, laluan mendaki di lereng pegunungan ini menjadi sangat popular kerana ia kelihatan amat cantik dan memukau. Tambahan pula, kerana pemandangannya yang begitu indah, empat kursus perjalanan bertemakan ‘Autumn Trails’ telah disediakan. Salah satu daripada empat kursus perjalanan ini yang lebih popular adalah kursus perjalanan 1.3 km, dikenali sebagai Namsan South Ringway yang bermula dari National Theater Intersection sehingga ke Namsan 3(sam)-ho Tunnel. Jika anda melalui laluan pejalan kaki yang dipenuhi dengan daun-daun keguguran di atas tanah, anda akan dapat melihat pemandangan daun gugur semula jadi yang sangat luar biasa. Kesemua dedaunan yang berwarna-warni ini datangnya dari populasi pokok mapel yang besar di kawasan tersebut. Lereng gunung ini dihiasi dengan warna merah dan kuning, seperti ‘love locks’ ataupun kunci cinta yang ditinggalkan oleh pasangan kekasih sebagai tanda cinta mereka di Namsan Mountain.
#NamsanSeoulTower #AutumnTrails #NamsanSouthRingway
Informasi
- Alamat Yejang-dong, Jung-gu, Seoul (Di antara National Theater Intersection & Namsan 3(sam)-ho Tunnel near Namsan Park)
Yangjae Citizen's Forest
Sekitar waktu ini pada setiap tahun, suasana Citizen’s Forest yang terletak di sebelah Yangjaecheon Stream dengan jelas mengumumkan kedatangan musim luruh dengan pemandangannya yang sangat cantik dan menawan. Terdapat sebuah jambatan yang membolehkan para pengunjung menyaksikan pemandangan Yangjaecheon Stream . Jangan lepaskan peluang anda untuk mengambil gambar-gambar menarik di sini! Jangan lupa juga untuk mengambil gambar sebelum menyeberangi jambatan tersebut dan bersiar di laluan pejalan kaki musim luruh yang cantik dan berwarna-warni. Jika anda berhenti seketika untuk mengamati daun-daun yang berguguran di atas tanah, anda pasti dapat menemui dedaun pokok satah yang besar. Anda mungkin tidak akan dapat mengenal pasti daun satah dari jarak jauh, yang membezakan daun ini daripada yang lain adalah dari saiznya yang besar. Selain daripada melihat daun-daun ini, anda pasti dapat menghabiskan masa bersendiri dengan berkualiti hanya dengan berhenti seketika dan menikmati serta menghargai keindahan musim luruh. Di samping itu, anda juga mungkin ingin memberi penghormatan kepada pokok-pokok di sekitar kawasan ini kerana sentiasa menjalankan tugas mereka dengan baik sepanjang tahun. Bahkan, anda juga patut memberi penghargaan kepada diri sendiri kerana telah berusaha sebaik mungkin dalam tahun yang sibuk dan mencabar ini!
#Yangjaecheon #PlaneTrees
Informasi
- Alamat 99, Maeheon-ro, Seocho-gu, Seoul
- Telefon +82-575-3895
Seocho Culture & Arts Park
Terletak berdekatan dengan Yangjae Citizen’s Forest, Seocho Culture & Arts Park sering dikunjungi dengan orang ramai yang menginginkan pemandangan pokok metasequoia yang menjulang tinggi, membentuk kanopi semula jadi. Apabila musim luruh bermula, dedaunan ini akan bertukar warna menjadi kuning dan oren. Jika anda berhenti di tengah-tengah laluan pokok metasequoia dan melihat ke atas, kelihatan banyak dedaun yang seolah-olah menggantikan langit biru dan mungkin kelihatan seperti suasana langit sewaktu matahari terbenam. Untuk menikmati pemandangan sebegini, anda tidak perlu lagi pergi ke Damyang, sebuah kawasan luar bandar yang terletak di hujung selatan semenanjung yang sangat popular dengan pokok metasequioas. Jadi, ambillah peluang dan kesempatan untuk berkunjung ke Yangjae Citizen’s Forest dan berhenti seketika di Seocho Culture & Arts Park untuk menghayati keindahan musim luruh.
#MetasequoiaTrees #SculpturePark
Informasi
- Alamat 40, Baumoe-ro 12-gil, Seocho-gu, Seoul (Seocho Culture & Arts Park)
- Telefon +82-2155-6860
Ginkgo Tree Forest & Salgoji-gil [Seongdong-gu]
Cheonggyecheon Stream mengalir dari kawasan Jongno sehingga ke Salgoji-gil, sebuah laluan yang sangat popular sebagai salah satu tempat ‘hotpot’ terbaik di Seoul, dihiasi dengan rumput-rumput perak yang beralun lembut ditiup angin musim luruh. Jika anda menelusuri laluan sungai ini, anda akan tiba di jambatan terpanjang Dinasti Joseon iaitu Salgoji Bridge. Jika melihat Salgoji-gil daripada jambatan ini, ianya diliputi dengan warna kuning, tetapi sukar untuk kita ketahui bila sebenarnya daun-daun hijau pada musim panas itu bertukar warna. Jika anda datang pada masa yang tepat, anda dapat melihat dan menikmati daun-daun ginkgo berguguran dari pokok. Berehatlah seketika di jalan ini ketika daun-daun ini berguguran dan ia akan menjadi satu suasana yang sangat cantik dan menarik bagi gambar-gambar musim luruh. Selain itu, anda juga mungkin boleh mendapat nasib baik dengan menangkap daun yang gugur di udara dan membuat hajat bagi tahun baru!
#Salgojigil #GinkgoTrees #HanyangUniversity
Informasi
- Alamat [Bermula dari] 523-5, Majang-dong, Seongdong-gu, Seoul
West Seoul Lake Park
Terletak di tengah-tengah tasik yang terbentang luas, West Seoul Lake Park mempunyai sejumlah pokok gelendong berwarna merah yang tersusun di tepi tasik dan kelihatan sangat artistik serta estetik, mengingatkan kepada Monet . Anda pasti akan terkejut apabila melihat keindahan langit musim luruh yang luar biasa yang terbias ke atas permukaan tasik . Di permukaan tasik, anda dapat melihat pokok gondok air, alang-alang, dan pelbagai lagi tumbuhan lain yang hidup di sini. Jika anda berhenti seketika dan mengamati pokok-pokok ini, anda juga mungkin dapat melihat refleksi kapal terbang yang melewati tasik ini. Kapal terbang juga sering terbang pada ketinggian yang rendah memandangkan taman tasik ini terletak di bawah lalu lintas udara. Satu perkara menarik di sini adalah bunyi kapal terbang yang melebihi 81 desibel akan mengaktifkan “sound fountain”, lalu mengubah bunyi kapal terbang menjadi bunyi yang lebih indah. Kunjungilah West Seoul Lake Park bersama kamera anda dan saksikan sendiri betapa indah dan cantiknya pemandangan musim luruh di sini.
#LakePark #NaturalEcologicalPark #AutumnEats
Informasi
- Alamat 26, Nambusunhwan-ro 64-gil, Yangcheon-gu, Seoul (Sinwol Baseball Park)
- Laman Web Rasmi http://parks.seoul.go.kr/lakepark
- Telefon +82-2604-3004
Stonewall Path di hadapan Jongmyo, Seosulla-gil
Setelah tumbuh dengan mekar dan subur ketika musim bunga , pokok-pokok di Seosulla-gil akan perlahan-lahan menyiapkan diri bagi ketibaan musim sejuk. Daun-daun musim luruh dengan natural kelihatan serasi bersama laluan berbatu Jongmyo, menambahkan lagi dinamik yang luar biasa pada tempat yang indah ini. Walaupun ianya terletak berdekatan dengan Insadong dan Ikseong-dong, tidak ramai orang yang mengetahui tempat ini. Ironinya, jika anda berjalan-jalan di mana-mana laluan yang menarik di kawasan Jongno, pada akhirnya anda pasti akan sampai ke Seosulla-gil. Pada mulanya tempat ini amat dikenali dengan bunga-bunga yang mekar pada musim bunga. Kawasan ini sering dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga dari pokok ceri , forsythia, magnolia, dan banyak lagi! Tetapi, apabila tibanya pada musim luruh, pokok magnolia yang merupakan pokok bunga pertama yang mekar pada musim bunga, akan mula layu, mewakili beberapa warna terbaik musim luruh. Singgahlah sebentar di sini untuk mengabadikan pemandangan musim luruh yang cantik di dalam memori. Anda juga boleh menjadikan ini sebagai peluang untuk merehatkan diri buat seketika.
#Seosullagil #StonewallPath #Jongmyo
Informasi
- Alamat [Bermula dari] 45-4, Jongno 3(sam)-ga, Jongno-gu, Seoul
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.