Published Date : 09.12.2021 / Edited Date : 04.09.2023
Bandar Seoul sentiasa sibuk dengan penduduk yang sedang menempuh kekangan kehidupan seharian. Kitaran hidup yang dipenuhi dengan kesibukan ini mampu membuatkan seseorang itu tidak sabar untuk berhenti sebentar seperti menekan butang ‘jeda’ pada kehidupan seharian mereka. Hari ini, ayuh kita meneroka beberapa pilihan taman di seluruh bandar Seoul pasti memberikan anda suasana tenang dan sunyi yang telah lama anda cari, walaupun hanya untuk sebentar.
The SEOULive Vol. 29 - Taman-taman di Seoul
#5
Seonyudo Neighborhood Park
Berkhidmat sebagai taman eko semula jadi pertama di Korea, Seonyudo Park telah memperoleh pelbagai kecemerlangan tersendiri. Taman ini, sebenarnya, berasal dari kilang purifikasi air, yang beroperasi hingga tahun 2000, yang telah membantu membekalkan sumber air paip di bandar ini. Kemudiannya, kilang tersebut telah diubah suai menjadi rupa bentuk seperti sekarang. Taman ini dikelilingi oleh perairan Hangang River yang mengalir dan berpotensi menarik orang ramai kerana lokasinya, namun taman ini tetap menjadi tempat percutian yang sangat damai, jauh daripada kesesakan orang ramai. Jangan lupa untuk berhenti dan ambil foto yang cantik di pelbagai jenis struktur-struktur peninggalan fasiliti ini yang berlatarkan pokok-pokok di kawasan ini!
Informasi
Alamat 343, Seonyu-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
#4
Noeul Park
Diisytiharkan sebagai sebahagian daripada ‘World Cup Park’ yang terletak di bawah tema yang unik, Noeul Park secara misterinya masih kurang mendapat tarikan pelancong. Istilah ‘Noeul’, yang bermaksud "langit saat matahari terbenam," merupakan lokasi yang sempurna untuk menikmati matahari terbenam serta merupakan tempat yang sangat popular untuk berkhemah bertapakkan rumput hijau yang tumbuh subur. Berbeza dengan Haneul Park yang menjadi lokasi waktu senja yang romantis bagi pasangan, Noeul Park menawarkan suasana berorientasikan keluarga. Kunjungi lokasi ini bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menikmati ladang berumput yang luas di mana anak-anak kecil berpeluang untuk bersiar sepuas hati mereka sambil melihat arca yang terdapat di sini.
Parkir dilarang pada waktu malam (Berbeza mengikut bulan)
Informasi
Alamat 108-2, Haneulgongwon-ro, Mapo-gu, Seoul
#3
Cheongdam Neighborhood Park
Cheongdam Neighborhood Park adalah taman yang terletak di kawasan Gangnam, Seoul. Taman ini berfungsi sebagai lokasi bagi pohon-pohon dari pelbagai jenis pokok berbuah hingga pokok pinus, pokok maple, dan sejenisnya yang hidup subur. Laluan pejalan kaki di taman ini tidak sekata dan sempit, namun, taman ini tidak terlalu curam dan menawarkan banyak kawasan berteduh, justeru itu membuatkan ramai pengunjung berminat untuk melintasi laluan ini pada masa lapang. Ramai penduduk tempatan, lebih-lebih lagi buat pekerja di pejabat berdekatan, sering berkunjung ke taman ini kerana lokasi yang mempunyai pelbagai kemudahan awam merangkumi gelanggang bola keranjang dan badminton, tempat memandu, mata air mineral, taman kanak-kanak, dan banyak lagi! Taman ini menjalankan peranannya yang penting sebagai penjeda dari kehidupan di kota yang sibuk, bukan sahaja untuk penduduk setempat, malah juga penduduk di seluruh kawasan metropolitan tersebut.
Informasi
Alamat 19, Hakdong-ro 95-gil, Gangnam-gu, Seoul
#2
Onsu City Nature Park
Onsu City Nature Park asalnya merupakan taman yang memelihara sebahagian besar persekitaran semula jadinya yang cantik. Ia juga menawarkan pelbagai jenis subset taman yang indah yang merangkumi Jatjeol park, Teotgol Cultural Park, dan banyak lagi! Taman bunga azalea diraja menjadi pintu masuk taman tersebut manakala lereng yang meluas melewati panduan peta Guro Ollegil membawa anda ke kawasan istirahat yang terletak di pinggir hutan yang dilapisi daun pohon yang indah. Jika anda memerlukan jalan keluar ke tempat yang tenang dengan pemandangan alam semula jadi yang indah? Inilah tempat yang anda perlu lawati!
Informasi
Alamat 103, Gocheok-ro 21-gil, Guro-gu, Seoul
#1
Gil-dong Ecological Park
Dicipta bertujuan menyediakan habitat untuk hidupan liar serta mempromosikan kepelbagaian spesies, Gil-dong Ecological Park adalah taman eko yang terdiri dari kawasan tadahan air, kawasan gunung dan hutan, serta kawasan tanah lembap. Selari dengan tujuannya untuk melestarikan ekosistem hidupan liar yang di kawasan ini, jumlah pengunjung harian terhad berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan ekosistem yang terpelihara dengan baik serta dapat memelihara pelbagai jenis flora dan fauna. Anda boleh menikmati astaka, kawasan pemerhatian tumbuhan dan haiwan dengan selesa, serta dek tanah lembap yang diletak secara semula jadi di sekitar dan di lorong-lorong hutan tersebut. Taman ini adalah kawasan utama buat hidupan liar dan suara alam yang tenang membuatkan anda rasa lebih selesa. Marilah kita lawati hutan ini!
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)