Festival musim sejuk berskala besar sudah mula diadakan di seluruh Seoul menjelang sambutan krismas dan sambutan Tahun Baru. Acara 'Seoul Winter Festa 2023' yang akan memberikan kebahagiaan di akhir tahun ini telah ditetapkan bermula 15 Desember 2023 hingga 21 Januari 2024. Sebanyak 10 festival yang akan diadakan, termasuklah pelbagai perkara menarik untuk dilihat dan dinikmati dengan menggunakan warna-warni gemerlapan dan pencahayaan memukau, seperti media fasad dan Projection Mapping yang akan diadakan di 7 lokasi perwakilan di Seoul, seperti DDP, Bosingak, Sejong-daero, Gwanghwamun Square, Yeolrin Songhyeon Park, Cheonggyecheon, dan Seoul Plaza. Selain itu, terdapat juga acara count down yang menarik seperti di Times Square New York dan Gedung Opera Sydney. Jadi mari kita saksikan 'Seoul Winter 2023' bersama Visit Seoul, yang akan mewarnai musim sejuk dengan kehangatan cahaya pelbagai warna memukau sama ada bagi warga Korea maupun pelancong daripada seluruh dunia
merupakan ruangan pameran festival cahaya yang diciptakan oleh sains, teknologi, dan seni
Gwanghwamun Square
Gwanghwamun Square adalah tempat di mana sejarah Korea sentiasa hidup dan menjadi kawasan untuk bersiar-siar bagi warga Seoul. Kawasan tersebut akan diubah menjadi ruang pameran untuk festival musim sejuk yang penuh warna pada musim sejuk kali ini. Selama acara 'Seoul Winter 2023', 'Gwanghwamun Square Market' juga diwartakan akan dibuka. Gwanghwamun akan menjadi tuan rumah 'Seoul Light', yang telah memperkenalkan dirinya sebagai pameran media seni yang menjadi mercu tanda Seoul. 'Seoul Light Lantern Festival' iaitu festival cahaya perwakilan Seoul juga akan merayakan hari jadinya yang ke-15 tahun ini, menjadikan 'Seoul Lantern Festival' merupakan acara yang wajib dihadiri pada akhir tahun ini.
Pertama, pertunjukan seni media 'Seoul Light' akan diadakan melalui media fasad besar yang terbentang dari Gwanghwamun Woldae hingga Gwanghwamun Square yang telah dipertontonkan untuk pertama kalinya dalam 100 tahun. Persembahan media tersebut tidak hanya akan memberikan keseronokan visual tetapi juga emosi penuh bersejarah.
Karya media seni oleh seniman terkenal dari Korea dan seluruh dunia turut ditampilkan di Taman Gwanghwamun. Sementara itu, 'Gwanghwamun Square Market' juga merancang untuk menampilkan dan menjual berbagai jenis alat peragaan, kraf tangan, dan pelbagai jenis makanan dengan tema perkampungan krismas.
Malam Seoul yang gemerlapan dengan cahaya,
Seoul Lantern Festival
'Seoul Lantern Festival' merupakan sebuah festival indah yang mewujudkan harmoni antara tradisi Korea dan alaf moden yang dimurnikan melalui cahaya. Ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar bagi turut merayakan ulang tahun kewujudannya yang ke-15 tahun ini. 'Seoul Lantern Festival' yang telah mewartakan dirinya sebagai festival cahaya yang mewakili Seoul akan diadakan di sekitar Gwanghwamun Square, Cheonggyecheon, serta Seoul Plaza dengan tema “White Night in Seoul.”
'Bulan Ruang dan Waktu' , yang membolehkan projection mapping dalam bentuk lingkaran 360 darjah, 'Naga Putih' , yang dipaparkan di bagian sekitar 300 meter dari Jembatan Mojeon ke Gwanggyo di Cheonggyecheon, dan 'Objek Koma' dibuat daripada 'Sky Coral' yang dipilih sebagai warna Seoul pada tahun 2024. Terdapat deretan patung indah, hiasan berwarna-warni untuk dijadikan pemandangan mengagungkan, dan berbagai spot bergambar. Oleh itu, jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman penuh keajaiban tersebut.
Di pintu masuk Gwanghwamun Square, iaitu tempat diadakan 'Seoul Lantern Festival' terdapat sebuah 'Gerbang Selamat Datang' dengan ucapan menyambut pengunjung dalam berbagai bahasa, termasuk Korea, Inggris, dan Cina, ini akan memberikan sedikit kesenangan bagi pelancong yang berkunjung ke tempat tersebut.
iaitu tempat hutan cahaya misteri terbentang
Yeolrin Songhyeon
Seoul Light Festival yang akan diadakan di Seoul selama sebulan kali ini akan dijalankan dengan lokasi khusus. Tarikan utama pada kali ini adalah Yeolrin Songhyeon iaitu tempat yang kembali dibuka untuk orang awam setelah 110 tahun lamanya. 'Songhyeon-dong Light Festival' akan diadakan selama sambutan 'Seoul Winta 2023' di Yeolrin Songhyeon, yang telah diwujudkan kembali sebagai hutan yang disinari kelipan warna warni cahaya.
Terdapat enam program dengan tema 'Bersiar-siar menyelusuri taman cahaya ajaib dan merasai pengalaman penuh keajaiban.', 'Shadow Forest' merupakan tempat yang akan memberikan perasaan penuh dengan keterujaan berada di dalam hutan melalui cahaya penuh kehangatan dan bayangan yang bergerak yang mengujakan. 'Light Walk' merupakan sebuah pengalaman menyenangkan yang unik di mana patung awan bergerak dan memberi respon ketika anda berdiri di bawah awan berwarna pelangi. Cahaya dan suara alam terasa di tengah kota sambil menikmati 'Sound of Light'. 'Hill of Light' pula merupakan ruangan misteri dan penuh dengan mimpi yang berisi cahaya bintang terhampar di langit malam. 'Road of Light' merupakan pencahayaan dengan pemandangan indah yang dipasang di sepanjang perjalanan ketika melihat pameran. Manakala, Yeolrin Songhyeon Green Plaza pula merupakan tempat hutan penuh dengan gemerlipan cahaya terbentang. Setiap tempat di sini menawarkan perbagai perkara menarik untuk dilihat dan dinikmati. Dengan memaparkan tema dan gabungan yang unik, termasuk tempat bergambar yang menarik minat pengunjung iaitu 'Jungang Garden'.
Selain itu, Anda juga boleh menemukan pelbagai pilihan makanan ringan dan snek serta kedai cenderamata di mana Anda boleh menikmati himpunan aktiviti dan K-snack.
Kanvas lukisan cahaya baru
DDP
Tempat lain yang akan menghiasi gemerlapan cahaya di 'Seoul Winta 2023' dengan indah adalah DDP. Ini adalah salah satu tarikan yang sangat terkenal di kalangan orang Korea dan orang asing sehingga tidak perlu dijelaskan lebih lanjut. Pesta cahaya yang indah diadakan dengan menggunakan dinding luar DDP sebagai kanvas.
Persembahan yang akan diadakan sebagai salah satu 'Seoulite' ini merupakan reaksi secara langsung dan menabjubkan dari 'Digital Atlantis' iaitu sebuah utopia baru yang menemukan keteraturan dalam alam dan teknologi. Selain itu, dalam rangka merayakan perayaan Krismas, Anda juga dapat menyaksikan acara bertajuk 'Cookies for Christmas' yang menampilkan karakter dari game mobile populer 'Cookie Run Kingdom'.
DDP juga akan menampilkan acara Count Down untuk mengakhiri pengujung tahun dengan penuh semangat. Pada tanggal 31 Desember, pelbagai pameran dan pertunjukan akan diadakan, termasuklah pertunjukan Bunga api 5.000 dan Count Down, serta pertunjukan DJ, media fasad count down khusus, pertunjukan interaksi suara, dan 'Dinding Harapan' yang memaparkan kumpulan harapan untuk 2024. Selain itu, Pasar krismas yang penuh dengan hiburan seperti produk desain dan pertunjukan busking akan diadakan di ruang indoor DDP sepanjang 'Seoul Winta 2023'.
Akhir sekali, mari menyambut tahun baru dengan menyertai acara count down 'Upacara Membunyikan Lonceng Malam Tahun Baru & Matahari Tengah Malam' yang akan mencerahkan akhir tahun 2023 ini. Acara ini merupakan festival global yang dapat dinikmati sebagai kenangan yang membahagiakan oleh masyarakat maupun pelancong dalam dan luar negeri.
Maklumat lebih lengkap mengenai 'Seoul Winter Festa 2023' boleh diperolehi di laman rasmi.