Quarry Viewing Gallery ialah balai cerap yang dibina di atas kuari di Changsin-dong, di mana anda boleh melihat sekilas bandar dan pemandangan menyegarkan kawasan semula jadi.
Semasa zaman penjajahan Jepun, kuari yang terletak di Naksan, Changsin-dong telah digunakan sebagai tempat membekalkan batu untuk bahagian luar bangunan besar seperti pejabat Jeneral Kerajaan Korea, Stesen Seoul lama, dan bangunan Bank of Korea. . Namun begitu, selepas Perang Korea, penggunaan lombong telah dihentikan. Penutupan tersebut telah menyebabkan kawasan balai cerap lombong menjadi tempat tujuan kepada pendatang dan pelarian berkumpul untuk membentuk sebuah kampung.
Dari balai cerap, anda boleh melihat latar langit Seoul dengan jelas kerana hamparan langit berbintang tidak berhalangan untuk menjadi halwa mata anda. Tingkat dua ialah kedai kopi (Cafe Camel) dan tingkat tiga ialah balai cerap luar. Oleh itu, anda boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dan pusat bandar Seoul dari tempat tertinggi di kawasan tersebut. Tempat ini sangat terkenal dengan pemandangan malam yang indah terutama pada waktu matahari terbenam. Anda boleh menikmati pemandangan malam yang terbaik sambil menikmati secawan kopi mampu milik, Puff nasi manis dan Lassi. Kadang-kadang terdapat juga cerita sejarah dan budaya, pameran dan konsert gitar akustik kecil.