langkau navigasi
Pengangkutan
> Maklumat Perjalanan> Sebelum Berlepas ke Seoul> Pengangkutan

Semua yang anda perlu tahu tentang pergi ke Seoul

Kereta api bawah tanah (Subway)
Laluan & Peta Kereta Api Bawah Tanah

Lihat peta interaktif landasan kereta api bawah tanah  (Maklumat yang diberikan, seperti tambang kereta api, masa ke destinasi dan banyak lagi / sesuai diakses melalui komputer sahaja)

※ Klik pada peta di bawah untuk memuat turun dan melihatnya dalam perincian lanjut (25MB).

Subway map


Seoul mempunyai rangkaian pengangkutan awam dan teksi yang luas. Secara konsisten terpilih sebagai salah satu pengangkutan yang terbaik di dunia kerana mesra penggunaan, kebersihan, dan kekerapan perkhidmatannya, sistem kereta bawah tanah Seoul adalah salah satu cara yang paling berkesan bagi perjalanan di sekitar bandar ini. Kereta api beroperasi tanpa henti dari kira-kira 5:30 pagi sehingga tengah malam. Semua landasan kereta api bawah tanah diberi kod warna dan stesen memaparkan papan tanda dalam bahasa Korea, Inggeris dan Cina. Untuk menaiki kereta api bawah tanah, anda mesti menggunakan pas tunggal atau pelbagai. Pas perjalanan tunggal boleh dibeli di stesen kereta api bawah tanah dan memerlukan tambang yang tepat ke destinasi anda dan ditambah dengan 500 won sebagai deposit yang boleh dipulangkan semula. Pas pelbagai perjalanan dipanggil Tmoney boleh dibeli di kebanyakan kedai serbaneka. Pemindahan di antara laluan kereta api bawah tanah adalah percuma dan pengguna Tmoney juga boleh berpindah secara percuma di antara bas dan landasan kereta api bawah tanah. Pengguna telefon pintar dan tablet boleh memuat turun pelbagai aplikasi yang memberikan maklumat laluan, masa dan pemindahan dalam bahasa Inggeris, termasuk info Seoul Subway, Metroid Korea Subway Info, dan Subway Navigation daripada Kakao.


Jadual menunjukkan tambang asas subway bagi tmoney dan tiket mengikut kategori
Penumpang Tmoney (KRW) Tiket (KRW)
Biasa (19 tahun & ke atas) 1,250 1,350
Remaja (13-18 tahun) 720 1,350
Kanak-kanak (6-12 tahun) 450 450

※ Landasan Kereta Api Lapangan Terbang (The Airport Railroad Line) dan Landasan Sinbundang (Sinbundang Line) mengecaj tambang yang lebih tinggi
※ 10 - 50 km: KRW 100/5 km
※ Selepas 50 km: KRW 100/8 km
※ Pengguna kad Tmoney menerima potongan diskaun tambang sebanyak KRW 100 bagi orang dewasa untuk setiap perjalanan.

Menaiki Kereta Api Bawah Tanah

1. Stesen kereta api bawah tanah ditandakan dengan jelas menggunakan tulisan tanda berkod warna dalam bahasa Korea dan Inggeris, dan setiap pintu keluar dinomborkan.

2. Anda boleh membeli tiket perjalanan sehala di mesin tiket layan diri yang terletak di dalam stesen. Deposit sebanyak KRW 500 diperlukan, anda boleh mendapatkan kembali di destinasi anda apabila memulangkan kad tersebut. (Langkau langkah ini jika anda sudah membeli kad transit Tmoney).

Pilih menu English
Pilih menu bahasa Inggeris
Pilih Single Journey Ticket
Pilih “Tiket Perjalanan Sehala”
Pilih destinasi anda
Pilih destinasi anda
Pilih jumlah penumpang dan masukkan wang
Pilih jumlah penumpang & masukkan wang

3. Ketika memasuki pintu keluar, letakkan kad anda di atas pengimbas Tmoney.

4. Pemindahan landasan (transfer) boleh dilakukan dalam stesen. Ikut papan tanda (berwarna dan dikodkan) ke landasan yang anda ingini.

5. Selepas anda tiba ke destinasi, letakkan kad anda di atas pengimbas Tmoney di pintu keluar. Jika anda menggunakan tiket perjalanan tunggal. Tuntut deposit anda sebanyak KRW 500 dengan memulangkan kad ke mana-mana mesin “Deposit Refund Device".

6. Jika anda mempunyai baki yang mencukupi pada kad Tmoney atau tiket perjalanan sehala, anda boleh menambah wang dengan menggunakan mesin pelarasan tambang yang terletak berhampiran dengan pintu keluar.

Deposit Refund Device
Teksi

Teksi di Seoul adalah cara pengangkutan yang sesuai bagi mereka yang perlu bergerak dengan pantas. Teksi senang untuk didapati terutama di Seoul dan sekitar destinasi pelancongan utama. Semua teksi menggunakan meter, dengan sedikit perbezaan pada kadar asas untuk teksi biasa, antarabangsa, deluxe dan jumbo. Kebanyakan teksi menerima wang tunai, kad kredit dan Tmoney untuk pembayaran. Kadar tambang bergantung kepada kelas teksi, jauhnya perjalanan dan waktu operasi. Ketika menahan teksi anda juga boleh memastikan jika teksi tersebut kosong atau pun mempunyai penumpang dengan melihat tanda di bahagian atas teksi. Teksi yang mempunyai lampu bertanda “빈차” boleh ditahan kerana ianya kosong dan tidak mempunyai penumpang.

Regular Taxi
Teksi Biasa

Teksi Biasa adalah yang paling murah dan teksi yang senang didapati di Seoul serta mudah untuk menahan teksi di kebanyakan tempat. Rata-rata teksi ini berwarna oren, tetapi juga ada dalam warna seperti warna putih, kelabu dan lain.

Deluxe Taxi
Teksi Deluxe

Teksi Deluxe mempunyai kadar asas, jarak dan kadar jam lebih tinggi daripada teksi biasa, tetapi teksi ini tidak mempunyai surcaj untuk penggunaan pada waktu larut malam. Kenderaan biasanya lebih besar, dan mewah dengan perkhidmatan yang sangat selamat. Teksi Deluxe berwarna hitam dengan belang emas dan biasanya boleh didapati di hotel dan lokasi pelancong utama.

Jumbo Taxi
Teksi Jumbo

Teksi Jumbo boleh memuatkan sehingga 8 orang penumpang dan kosnya sama dengan teksi deluxe.

※ Amaran

Sila berhati-hati dengan perbezaan teksi Jumbo, yang sah untuk mengangkut penumpang, manakala, “call van” yang bertujuan untuk mengangkut penumpang bersama muatan dan kargo barangan dan mengecaj tambang yang lebih tinggi. Kedua-duanya nampak serupa, tetapi 'call van' mempunyai perkataan 'VAN' atau 'CALL VAN' yang ditulis pada bahagian luarnya dan tidak menggunakan meter teksi. Semua teksi Jumbo mempunyai tulisan “JUMBO” pada kenderaan.

International Taxi
Teksi Antarabangsa

Dicipta khusus untuk pelancong asing, pemandu teksi mahir dalam bahasa Inggeris, Cina atau Jepun. Bahasa pertuturan pemandu boleh dikenal pasti di bahagian sisi kenderaan. Teksi Antarabangsa boleh ditempah lebih awal atau menahan teksi di jalan raya. Teksi Antarabangsa berwarna hitam atau oren dengan perkataan “International” ditulis pada pintunya. Tambangnya mahal sedikit daripada teksi biasa dan boleh ditempah untuk blok 3 jam atau lebih bagi kadar rata dan juga menawarkan perkhidmatan bagi lapangan terbang.

 

Untuk tempahan:  www.intltaxi.co.kr

Tambang
Jadual Tambang bagi teksi Biasa, Deluxe dan Jumbo
Tambang Biasa (KRW) Deluxe/Jumbo (KRW)
Tambang asas 3,800/2 km 6,500/3 km
Caj jarak 100/132 m 200/151 m
Caj melahu 100/31 s 200/36 s
Caj tambahan lewat malam 20% ditambahkan dari pukul 00:00 - 04:00 Tiada

※ Caj teksi Antarabangsa adalah tambang rata (KRW 65,000 - 90,000) dari Lapangan Terbang Incheon ke destinasi di sekitar Seoul.



Tip! Prepay Abroad, Perkhidmatan Teksi Antarabangsa Seoul untuk Pelancong Asing
 

Bagi mengelakkan pelancong asing dari menjadi mangsa penipuan tambang teksi, bandar Seoul kini menawarkan perkhidmatan prabayar (hanya tersedia untuk mereka yang melancong dari Hong Kong). Dapatkan baucar sebelum melancong ke Seoul dan nikmati ketenangan bagi perjalanan dari lapangan terbang ke Seoul. Lokasi Hanatour di Hong Kong (+85-2-2735-5501) kini menawarkan baucar untuk perjalanan teksi antara Lapangan terbang Incheon dan Seoul.

Cara untuk Membeli
- Buat tempahan teksi dan beli baucar mengikut waktu operasi Hanatour di Hong Kong.
- Di Lapangan terbang Incheon, pergi ke “Taxi Information Desk in the Arrivals Hall (1F) “ dan tunjukkan baucar anda.
- Naik teksi pra tempahan ke destinasi anda.

Tambang

Seoul International Taxi Service for Foreign Tourists for each zone
Zon Kereta Saiz Sederhana (KRW) Deluxe atau Jumbo (KRW)
Zon A
Gangseo
65,000 95,000
Zon B
Eunpyeong, Mapo,
Seodaemun, Yangcheon,
Yeongdeungpo, Guro
70,000 100,000
Zon C
Jongno, Yongsan, Dongjak,
Gwanak, Geumchon
80,000 110,000
Zon D
Gangbuk, Seongbuk,
Dongdaemun, Seongdong,
Gangnam, Seocho
85,000 120,000
Zon E
Dobong, Nowon, Jungnang,
Gwangjin, Songpa, Gangdong
90,000 130,000
* Tempahan & Pertanyaan: Hanatour Airport Team (+82-32-502-2972)
Bas

Sistem bas Seoul adalah bentuk pengangkutan yang dibangunkan dengan baik, murah dan mudah. Semua bas dikodkan mengikut warna: bas berwarna biru menghubungkan daerah yang berbeza di sepanjang laluan utama bandar, bas berwarna hijau menghubungkan stesen kereta api bawah tanah dan bas laluan utama berwarna biru dengan kawasan perumahan, bas maeul (tempatan) berwarna hijau yang lebih kecil berjalan pada laluan yang lebih dekat dengan daerah atau kejiranan tunggal, bas berwarna kuning mengikut laluan kitaran dalam pusat bandar dan bas berwarna merah menghubungkan bandar dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan papan tanda dan maklumat berbahasa Inggeris, bas Seoul lebih sukar untuk digunakan bagi pelancong yang pertama kali tiba ke Korea. Hentian utama biasanya diumumkan dalam bahasa Inggeris dan Korea. Pengguna telefon pintar dan tablet boleh memuat turun aplikasi untuk mencari pandu arah sistem bas dalam bahasa Inggeris atau Korea, seperti “Seoul Bus”.

Tambang
Jadual Tambang bagi setiap kategori bas, biru, hijau, maeul, kuning dan merah
Bas Dewasa (KRW) Remaja (13-18)
(KRW)
Kanak-kanak (6-12)
(KRW)
Biru, Hijau 1,300 1,000 450
Maeul (lokal) 1,200 800 350
Kuning 700 450 200
Merah 2,400 1,800 1,200

※ Pengguna kad Tmoney menerima diskaun sebanyak KRW 100.

※ Sehingga empat pemindahan antara bas mahupun subway adalah percuma untuk pengguna kad Tmoney. Untuk pemindahan, pastikan anda mengimbas kad Tmoney di pembaca yang terletak di pintu hadapan atau belakang bas ketika keluar. Pemindahan mesti berlaku dalam masa 30 minit (1 jam untuk perjalanan antara 21:00 dan 07:00 pada hari esoknya) dan 10 km dari hentian terakhir.

Pas Perjalanan
TMoney

Gambar kad T-Money'
 

Kad TMoney ialah kad transit standard yang boleh digunakan pada mana-mana bas awam, kereta api bawah tanah, teksi dan juga kebanyakan kedai serbaneka. Selepas mengecaj kad anda dengan jumlah yang diingini, dana ditolak ketika kad digunakan. Kad TMoney menawarkan diskaun tambang sebanyak KRW 100 untuk bas dan kereta api bawah tanah, dan diskaun pemindahan antara bas dan kereta api bawah tanah. Untuk menerima diskaun pemindahan, imbas kad anda ketika naik dan turun dari bas. (Nota: Anda mesti mengimbas kad ketika turun dari bas di pemindahan terakhir anda.) Diskaun pemindahan hanya sah selama 30 minit antara pemindahan.



Maklumat Tambahan

Kad TMoney juga boleh digunakan untuk membeli item di pasar tradisional Seoul.
* Kad TMoney boleh digunakan sehingga tahun 2018 di pasar tradisional seperti Sinwon Market, Gildong Market, Jeongneung Market, Namseong Market, Jangwi Market, Dongbu Market, Namguro Market, Yeongcheon Market, Macheon Market, Seongnae Market, Ttukdo Market, Donam Market, dan Huam Market.

* Terdapat diskaun sebanyak KRW 1,000 pada pembelian dengan nilai sekurang-kurangnya KRW 10,000 untuk pelawat yang membuat pembelian di pasar tradisional dalam masa 1 jam selepas menggunakan kad TMoney di pengangkutan awam.

Di mana untuk membeli

Kad TMoney boleh dibeli dan di caj di kebanyakan kedai serbaneka, stesen kereta api bawah tanah dan pusat maklumat pelancongan. Kad boleh dibeli dengan harga KRW 3,000 dan di caj dengan sebarang amaun. Kad Tmoney tidak mempunyai tarikh luput dan sebarang baki yang tidak digunakan akan kekal pada kad anda sehingga baki itu digunakan. Jika anda ingin menerima bayaran balik untuk baki yang kurang daripada KRW 20,000 di kedai serbaneka, dengan sedikit yuran. Untuk baki yang melebihi KRW20,000, bayaran balik mesti dibuat di ibu pejabat TMoney (1F, Bandar TMoney, Bangunan Menara Bandar Seoul, Namdaemun-ro 5-ga, Jung-gu, Seoul). Harga kad tidak boleh dikembalikan.

TMoney Mpass

TMoney Mpass ialah kad transit yang direka khusus untuk pelawat antarabangsa yang memerlukan penggunaan pengangkutan awam beberapa kali dalam sehari. Kad boleh digunakan sehingga 20 kali untuk kebanyakan kereta api bawah tanah dan bas awam. Sama seperti kad TMoney, Mpass juga boleh dicaj dengan dana tambahan untuk digunakan di kedai serbaneka, teksi dan banyak lagi.

Di mana untuk Membeli

Mpass TMoney boleh dibeli di pusat maklumat pelancong yang terletak di hadapan pintu 5 dan 10 di tingkat 1 Lapangan terbang Antarabangsa Incheon, Meja Maklumat ( B1 Lapangan terbang Antarabangsa Incheon) Kereta api Lapangan terbang (AREX), Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong dan Bandar Tmoney Stesen Seoul. Mpass bagus untuk sebulan dari tarikh pembelian dan hanya akan diaktifkan ketika membeli. Kad akan tamat tempoh pada tengah malam hari yang terakhir


Jadual senarai harga T-money Mpass, panduan harga mengikut jenis kad
Jenis Kad Pas 1 Hari Pas 2 Hari Pas 3 Hari Pas 5 Hari Pas 7 Hari
Harga (KRW) 15,000 23,000 30,500 47,500 64,500
Harga Selepas Pukul 17:00
(KRW)
12,000 20,000 27,500 44,500 61,500

 ※ Harga diskaun sah selepas jam 17:00

Lokasi Bayaran Balik

1) Pusat Maklumat Pelancong Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (Terminal 1)

2) Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong

3) Seoul Station Tmoney Town

※ Bayaran balik tidak boleh didapatkan di Airport Railroad (AREX) Information Desk. (Pas tersedia hanya untuk pembelian)

Panduan Parkir Bas Lawatan

Untuk menampung bilangan bas pelancongan yang semakin meningkat, bandar Seoul sedang berusaha secara berterusan untuk memberikan ruang parkir di tengah-tengah Seoul. Berikut adalah senarai lokasi di mana bas lawatan boleh diletakkan di Seoul. Senarai ini telah dibahagikan kepada lot garaj parkir/parkir bersambung, kemudahan parkir di luar jalan, ruang parkir jalan (bas lawatan sahaja), parkir jalan dengan masa yang terhad dan parkir sementara.

Lot Parkir Garaj & Parkir Bersambung
Panduan tempat letak kereta bas pelancongan bandar Seoul (lokasi tempat letak kenderaan, alamat, bayaran penggunaan, nota)
No. Lokasi Alamat Kadar Parking
(KRW)
Nota
1

Gyeongbokgung
Palace
1-91, Sejong-ro,
Jongno-gu
2 jam pertama: 5,000
(800 setiap 10 min. bagi jam seterusnya)

 

2

Donghwa Duty Free Shop

Gwanghwamun
Building,
211, Sejong-ro,

Jongno-gu

2,000 setiap 30 min.
& 4,000 per jam

 
3

National Museum
of Contemporary
Art

165 Sogyeok-dong, Jongno-gu Jam pertama: 2,000
(500 setiap 15 min.
seterusnya)

 
4

Lotte Department
Store
1, Sogong-dong,
Jung-gu
30 mins pertama: 3,000
(1,000 setiap 10 min.
seterusnya)

 
5

JW Mariott
Dongdaemun
289-3, Jongno 6ga, Jongno-gu 30 min. pertama: 3,000
(1,000 setiap 15 min.
seterusnya)

15 bas

saiz besar,

15 bas

saiz sederhana

6

Jau Center 201-6, Jangchung-
dong 2ga, Jung-gu
1,000 setiap 10 min.

 
7

Hyatt Hotel 747-7 Hannam-
dong, Yongsan-gu
6,000 setiap 30 min.

 
8

War Memorial of
Korea
8, Yongsan-dong
1ga, Yongsan-gu
Percuma jika kurang
2 jam / 3,000 bagi
2 jam. 
(1,000 setiap 30 min.
seterusnya)

 
9

National Museum
of Korea
168-6, Yongsan-
dong 6ga,
Yongsan-gu
Percuma jika kurang
1 jam / 2,000 bagi
1 jam
(500 setiap 30 min.
seterusnya)

 

10

Seodaemun
Independence Park
101, Hyunjeo-dong, Seodaemun-gu 450 setiap 5 min.

 
Kemudahan Tempat Letak Bas di Perkarangan Jalan
Jadual maklumat tempat letak kenderaan di tepi jalan untuk bas pelancongan bandar Seoul (lokasi tempat letak kenderaan, alamat, bayaran penggunaan, nota)
No. Lokasi Alamat Kadar Parking
(KRW)
Nota
1

Seoul Station

Seobu

122-15, Bongnae-
dong, Jung-gu
30 min. pertama: 2,000
(500 setiap 10 min. seterusnya)

16 seater dan keatas
2

Jeokseondong

Parking Facility

150, Jeokseondong,
Jongno-gu
Jam pertama: 6,000
(500 setiap 5 min. seterusnya)

 
3

Namsan

Hanok Village

Vicinity of

83-1, Pildong 2ga,
Jung-gu

Jam pertama: 3,000
(500 setiap 5 min. seterusnya)

1 bas saiz besar,

3 bas saiz sederhana

4 Hannam-dong

658-46, Hannam-
dong,

Yongsan-gu

250 setiap 5 min.

 
5

Sinchon Station

(Gyeongui Line)

121-9, Daehyun-
dong,

Seodaemun-gu

350 setiap 5 min.

 
6

Mapo Flood

Reservoir

Vicinity of

36-1, Mapo-dong,
Mapo-gu

250 setiap 5 min.

24 jam
Ruangan Parking di Sisi Jalan (* Untuk bas Tour sahaja)
Ruangan Parking di Sisi Jalan (* Untuk bas Tour sahaja) - No., Name, Location, Parking Rates(KRW), Note
No. Name Location Parking Rates
(KRW)
Note
1

Dongsulla-gil Vicinity of
112-10, Inui-dong,
Jongno-gu 
Free

16 seater and over

2

Tapgol Park Vicinity of
38-1, Jongno 2ga,
Jongno-gu 
Free

36 seater and over

3

Sopa-ro Namsan
Park
Vicinity of
205-107, Namchang-dong,
Jung-gu
Free

16 seater and over

4

Sopa-ro, in front of TBS Vicinity of
4-7, Yejang-dong,
Jung-gu
Free

16 seater and over

5

Sopa-ro Cable Cars Vicinity of
1-15 San,
Hoehyeon-dong
1ga, Jung-gu
Free

36 seater and over

6

Sowol-ro Namsan Park Vicinity of 
463, Namdaemun-
ro 5(o)-ga, Jung-gu
Free

16 seater and over

7

Entrance to
Namdaemun
Vicinity of
282-10, Namchang-
dong, Jung-gu
Free

16 seater and over

8

Entrance to
Namdaemun
Market
Vicinity of
51-4, Namchang-
dong, Jung-gu
Free

16 seater and over

9

Joongang Ilbo Vicinity of
84-2, Sunhwa-dong,
Jung-gu
Free

16 seater and over

10

DDP (east side) Vicinity of
1-1, Euljiro 7-ga,
Jung-gu
Free

36 seater and over

11

DDP (North side) 222-3, Sindang-
dong, Jung-gu
Free

36 seater and over

12

Jangchungdan-ro Vicinity of
San9-19, Hannam-dong,
Yongsan-gu
Free

16 seater and over

13

Blue House Vicinity of
1-7, Sejong-ro,
Jongno-gu
Free

Regulated

by security services

Tempat Letak Jalan dengan Had Masa (*Dilarang meletak kenderaan di luar waktu dinyatakan)
Maklumat tempat letak kereta bas pelancongan bandar di Seoul (per jam) (nama tempat letak kereta, lokasi, bayaran penggunaan, komen)
No. Lokasi Alamat Kadar Parking
(KRW)
Nota
1

Itaewon-ro Intersection in front of Cheil
Worldwide & the
intersection by
Leeum Museum,
Yongsan-gu
Percuma

07:00 - 21:00

2

Changuimun-ro 15-57, Cheongun-
dong, Jongno-gu
(General area)
Percuma

10:00 - 19:00

(36 seater and over)

3

Changgyeonggung-ro 1 2-86, Waryong-
dong,
Jongno-gu
(General area)
Percuma

09:00 - 19:00

(36 seater and over)

4

Saemunan-ro 2-gil 106-9 Sinmun-ro
2ga, Jongno-gu
(General area)
Percuma

09:00 - 21:00

(36 seater and over)

5

In front of the DDP

U:US building

204-92, Sindang-
dong, Jung-gu
(the general area)
Percuma

10:00 - 17:00

(36 seater and over)

6

Sajik-ro 20, Naeja-dong,
Jongno-gu
(General area)
Percuma

 

10:00 - 16:00

(36 seater and over)

 

131, Naeja-dong,
Jongno-gu
(General area)
Percuma

240, Sajik-dong,
Jongno-gu
(General area)
Percuma

10:00 - 19:00

(36 seater and over)

7

Seongsan-ro 117-1, Seongsan-
dong, Mapo-gu
Free

09:00 - 20:00

8

Moraenae-ro Across the street
from Songlim
Restaurant and
Mun Yeong-hwan
OBGYN,
Seodaemun-gu
Percuma

09:00 - 20:00

Across the street
from Yang Peng
Restaurant and
Gonjiam
Restaurant,
Seodaemun-gu
Percuma

9

Susaek-ro 26, Susaek-ro,
Seodaemun-gu
(the general area)
Percuma

07:00 - 17:00

Parking Sementara
Jadual lokasi parking sementara
No. Lokasi Alamat Kadar Parking
(KRW)
Nota
1

Entrance to
Itaewon
57-6 Itaewon-dong,
Yongsan-gu
Free

5-min parking

Untuk parking sisi jalan dengan had masa, bas lawatan yang diletakkan melebihi had masa yang dibenarkan akan didenda.


Lokasi lot parkir, serta jumlah ruang yang tersedia boleh disahkan melalui aplikasi “Maklumat Parkir Seoul.”
(Muat turun aplikasi → Buka aplikasi → Cari "tema" → Bas lawatan → Peta → NAVI)