tetamu, dan bilik situasi perancangan di Dewan Bandaraya Seoul lama.
Ruang ini adalah ruang pejabat yang digunakan oleh datuk bandar Seoul secara tutun temurun selama lebih daripada 60 tahun dari zaman Pra kemerdekaan sehinggalah Mei 2008. Para Datuk Bandar Seoul sebelum ini mengendalikan perkara penting di pejabat mereka dan mengalu-alukan pihak luar yang melawat Seoul di dewan penyambut tetamu. Bilik Situasi Perancangan ialah pusat kerajaan bandar Seoul yang menempatkan Datuk Bandar, pegawai bandar Seoul, Orang-orang terutama dan rakyat jelata menerima laporan tentang pelbagai agenda, berbincang dan membuat keputusan.
Tempat tersebut asalnya terletak di sebelah timur tingkat 3 bangunan kerajaan lama. Namun kini, ia telah dipindahkan ke bilik urusetia dan dibaikpulih semula. Anda juga boleh melihat muzium pentadbiran dengan cara yang lebih mendalam. Setiap peralatan di dalam ruangan tersebut termasuk meja dan kerusi pejabat yang digunakan pada masa itu serta hadiah yang diterima daripada pihak luar membawa anda turut menghayati saat-saat ketika waktu tersebut berlaku.