Cheon Patjuk di Sindang-dong merupakan restoran yang terlibat secara khusus dalam bidang makanan tradisional Korea iaitu bubur kacang merah dan kalguksu kacang merah. Kebanggaan pemiliknya terhadap makanannya dapat dilihat dengan hidangan yang ditawarkan iaitu hanya terdapat dua menu sahaja iaitu bubur kacang merah dan kalguksu kacang merah. Kerana ia direbus dan dimasak secara perlahan secara berterusan membolehkan hidangan sempurna apabila dipesan. Hasilnya anda boleh menikmati rasa kacang merah yang pekat dan kenyal. Ramai pelanggan tetap berterusan kembali lagi dan lagi kerana mereka tidak dapat melupakan rasanya yang penuh dengan aroma dan kaya dengan kepekatan bahan yang digunakan. Jika citarasa anda perlu disesuaikan, anda bolehlah melaraskan secukup rasa dengan menambah gula dan garam di atas meja. Tempat ini digemari oleh semua peringkat umur kerana pemiliknya yang mesra dan makanan yang lazat, termasuklah lauk pauk. Semangkuk bubur kacang merah hangat sangat lazat pada hari musim sejuk, jadi kami mengesyorkan anda melawat tempat ini pada musim sejuk.