langkau navigasi
Mata Wang
> Maklumat Perjalanan> Sebelum Berlepas ke Seoul> Mata Wang

Semua tentang Wang di Korea

Mata Wang

Mata wang Korea ialah won. Wang kertas datang dalam denominasi bil KRW 1,000; 5,000; 10,000; dan 50,000. Duit syiling datang dalam KRW 1, 5, 10, 100 dan 500 (duit syiling KRW 1 dan 5 tidak diedarkan dengan meluas).

Wang Kertas Korea

1,000 won (cheon won)

1,000 won Hadapan

Hadapan

1,000 won Belakang

Belakang

5,000 won (oh cheon won)

5,000 won Hadapan

Hadapan

5,000 won Belakang

Belakang

10,000 won (man won)

10,000 won Hadapan

Hadapan

10,000 won Belakang

Belakang

50,000 won (oh man won)

50,000 won Hadapan

Hadapan

50,000 won Belakang

Belakang

1 won (il won)

1 won Hadapan

Hadapan

1 won Belakang

Belakang

10 won (sip won)

10 won Belakang

Hadapan

10 won Belakang

Belakang

※ Duit syiling ini jarang digunakan.

50 won (oh sib won)

50 won Hadapan

Hadapan

50 won Belakang

Belakang

100 won (baek won)

100 won Belakang

Hadapan

100 won Belakang

Belakang

500 won (oh baek won)

500 won Hadapan

Hadapan

500 won Belakang

Belakang

Bank

Biasanya bank menawarkan kadar pertukaran terbaik kepada pelancong. Waktu perbankan berbeza-beza, tetapi kebanyakan waktu perbankan bermula dari jam 09:00 hingga 16:00. ATM kebiasaannya beroperasi sehingga jam 23:00, tetapi banyak yang dibuka 24 Jam sehari. ATM juga boleh didapati di kedai serbaguna, namun mempunyai caj yuran transaksi yang lebih tinggi. ATM menerima kad antarabangsa yang biasa dan ditandakan dengan tanda “Global” atau logo bank antarabangsa daripada kad yang mereka terima. Kebanyakan ATM menawarkan perkhidmatan bahasa asing, termasuk bahasa Inggeris, Cina dan Jepun.

Pertukaran Mata Wang

Kebanyakan bank menawarkan perkhidmatan pertukaran mata wang. Kaunter pertukaran mata wang yang diperakui kerajaan juga menawarkan pertukaran di luar waktu biasa perbankan dan biasanya terletak di kawasan yang kerap dilawati oleh pengunjung antarabangsa. Perkhidmatan yang diperakui mempunyai papan tanda atau logo “Certified” bersama simbol mata wang. Pelawat ptidak digalakkan pertukaran wang di kaunter yang tidak diperakui.

Bebas Cukai Global (Global Tax Free)

Di Korea, 10 peratus VAT ditambah pada harga kebanyakan pembelian. Manakala, di kedai yang memaparkan tanda “Tax Free”, pelancong asing layak untuk mendapat kembalian cukai bagi pembelian lebih daripada KRW30,000. Untuk menerima bayaran balik anda, pengunjung harus melakukan perkara berikut:


1. Pembelian barang dagangan dengan jumlah yang melebihi KRW 30,000 di kedai yang memaparkan tanda “Tax Free”.
2. Tunjukkan pasport anda dan dapatkan pengesahan kembalian cukai semasa membuat pembayaran.
3. Tunjukkan pasport anda, resit bayaran balik, resit pembelian dan barangan yang belum dibuka di kastam lapangan terbang sebelum berlepas.
4. Terima bayaran balik melalui wang tunai, cek atau kad kredit anda di kaunter bayaran balik yang terletak berhampiran dengan pintu berlepas.

Memberikan Tip

Korea tidak mengamalkan budaya penerimaan tip dan kakitangan sektor perkhidmatan kebiasaannya tidak mengharapkan tip. Walau bagaimanapun, kebanyakan hotel utama dan restoran berskala besar menambah caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus (sebagai tambahan kepada VAT 10 peratus) pada resit. Pemandu teksi tidak mengharapkan tip, tetapi pelanggan tidak dihalang untuk memberikannya jika rasa perlu. Ia terpulang kepada individu.