Published Date : 08.12.2020 / Edited Date : 15.06.2023
Raja Hallyu (Gelombang Korea) dan pelakon Korea dengan pengikut terbanyak di media sosial, Lee Min-ho, kini kembali. The King: Eternal Monarch adalah drama pertama yang dipilihnya setelah menamatkan tugas ketenteraannya. Drama ini membuktikan pengaruh globalnya dengan berada di senarai 10 teratas Netflix dari "ranking dunia", yang diperoleh dari 190 negara di mana Netflix disiarkan. Mari kita ketahui lokasi penggambaran The King: Eternal Monarch — drama percintaan fantasi yang berulang-alik antara dua dimensi dalam dunia yang selari.
Tour Course
Gwanghwamun Square – Art Garden, Sejong Center for the Performing Arts – Bukchon Jin Gomtang – Bank of Korea Money Museum
Pusat Dimensi Di mana Masa Lalu dan Kini Bergabung
Gwanghwamun Square
Dalam Episod 1, Maharaja Lee Gon (Lee Min-ho) dari Empayar Korea mengembara menempuhi dimensi dan bertemu dengan Jung Tae-eul (Kim Go-eun), seorang detektif Korea. Dua protagonist ini ditakdirkan bertemu di Gwanghwamun Square, yang telah menjadi pusat ibu kota, Seoul, selama 600 tahun. Lampu-lampu misteri yang terbentang di sepanjang Sejong-ro berhadapan Gyeongbokgung Palace adalah latar tempat kejadian di mana kedua-dua protagonis bertemu dan merenung ke dalam mata masing-masing yang memberi impak kepada penonton. Gwanghwamun Square juga rumah kepada patung-patung gangsa Admiral Yi Sun-sin dan Raja Sejong yang Agung sebagai tambahan kepada ruang budaya bawah tanah, Haechi Plaza. Pemandangan kaki langit yang dilihat dari Istana Gyeongbokgung, Gunung Bugaksan, dan bangunan pencakar langit melambangkan gambaran dinamik Seoul di mana masa lalu dan masa kini wujud seiring.
Petunjuk: Stesen Gwanghwamun #533 (Subway Line 5, Exit 9)
Ruang Istirehat bagi Pekerja Pejabat dan Pelancong
Art Garden, Sejong Center for the Performing Arts
Dalam episod 4, tempat ini adalah di mana Jung Tae-eul dan Kang Shin-jae bertemu dengan pencuri dompet. Sebagai taman mini yang terletak di belakang Pusat Seni Persembahan Sejong (Sejong Center for the Performing Arts), pelbagai ukiran telah diletakkan di bekas tempat letak kereta untuk mewujudkan taman seni. Pelbagai jenis bunga dan pokok ditanam bagi menawarkan perubahan musim dan ketenangan alam semulajadi walaupun di bandar. Bangku dan kawasan rehat ini popular di kalangan pekerja pejabat dan pelancong berdekatan sebagai tempat berehat dan perjumpaan. Tempat dengan ukiran berbentuk S yang dilihat dalam drama ini adalah kafetaria di mana pengunjung boleh bersembang sambil minum teh atau minuman lain. Terdapat juga banyak restoran yang berbeza berdekatan taman, menjadikannya tempat yang sesuai untuk dijadikan ‘food tour’.
Petunjuk: Stesen Gwanghwamun #533 (Subway Line 5, Exit 1 & 8) dihadapan pintu keluar
Tempat yang Dikunjungi oleh Lee Min-ho dalam Drama
Bukchon Jin Gomtang
Ini adalah restoran Korea tempat Lee Gon makan bersama Jung Tae-eul dan Kang Shin-jae (Kim Kyung-nam) dalam Episod 3. Sama seperti raja dalam drama itu mengunjungi restoran ini, Presiden Moon Jae-in juga mengunjungi restoran ini Mei lalu bersama penasihatnya. Rasa sup yang direbus selama berjam-jam di atas api yang panas menghasilkan sup yang jernih dan sedap. Daging di dalam gomtang (sup tulang) mempunyai rasa kenyal dari kepala lembu. Restoran ini khusus dalam hidangan gomtang (sup tulang), sup sendi lutut lembu, dan hirisan daging lembu rebus, juga menawarkan ikan kering panggang (pollack) dan lempeng makanan laut dan bawang hijau. Bukchon Jin Gomtang terkenal di kalangan pekerja pejabat yang bekerja di sekitar restoran. Restoran ini terletak di pintu masuk Taman Samcheong, sesuai untuk dijadikan tempat makan bagi pelancong yang mengunjungi Bukchon Hanok Village.
※ Notis: Restoran ini bukan restoran mesra Muslim yang disahkan. Mungkin mengandungi daging atau sumber yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Please take note that this is not a Muslim Certified restaurant. May contains meat or foods that is not haram to be consumed by Muslim.
Bukchon Jin Gomtang
Alamat: 137-2, Bukchon-ro, Jongno-gu, Seoul
Waktu operasi: 10:00 a.m.-8:00 p.m. every day
Tel.: +82-2-735-3533
Petunjuk: Ambil bas nombor #2 dari Exit 2 Stesen Anguk #328 (Subway Line 3) turun dari bas di stesen ‘Board of Audit and Inspection’ dan jalan selama 5 minit.
Bank Pusat Empayar Korea
Bank of Korea Money Museum
Dalam Episod 2, Lee Gon berkeliaran di dunia aneh sejajar Korea Selatan, menjumpai poster untuk pameran dengan potret seorang raja, dan jatuh jauh ke dalam pemikirannya. Bangunan di mana poster itu digantung adalah Muzium Wang Bank Korea. Muzium ini adalah bangunan batu dengan gaya renaissance yang menampilkan gaya seni bina pada awal abad ke-20. Asalnya digunakan sebagai ibu pejabat dari Bank of Korea, bank pusat Korea, bangunan itu dibuka semula sebagai Muzium Wang pada tahun 2001 untuk meraikan ulang tahun ke-50 Bank of Korea. Muzium ini mempamerkan 20,000 mata wang Korea dan negara asing yang dimiliki Bank of Korea, serta jongkong emas standard antarabangsa. Muzium ini juga menunjukkan langkah-langkah menjana wang dan penjelasan mengenai wang dan ekonomi melalui panel grafik. Bank ini dibuka untuk orang asing dan juga penduduk tempatan. Muzium ini kini dikendalikan melalui sistem tempahan akibat situasi "COVID-19". Muzium Wang juga terletak berhampiran Myeong-dong, Pasar Namdaemun, Eulji-ro, dan tarikan-tarikan utama lain di Seoul.
Bank of Korea Money Museum
Alamat: 39, Namdaemun-ro, Jung-gu, Seoul
Waktu operasi: 10:00 a.m.-5:00 p.m. every day (closed Mondays)
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)