Published Date : 03.12.2020 / Edited Date : 15.06.2023
Kumpulan trio SSAK3 telah menggegarkan musim panas 2020 dengan kemunculan mereka. Penghibur dan pengacara popular Korea Yoo Jae-suk yang telah berjaya membawa semua sub-karakter (Yoo San-seul dan Yoorpheus) beliau, Rain yang membawa sindrom keduanya “1 Day, 1 Gang”, superstar Lee Hyo-ri yang mencipta trend dengan hanya kehadiran beliau; ketiga-tiga selebriti ini menjadi kumpulan trio berkumpulan SSAK3 melalui program realiti dari MBC 'Hangout with Yoo'. Setiap kali program ini disiarkan, mereka menjadi bualan ramai online dan offline. Sekali gus menjadikan tempat-tempat yang mereka kunjungi sebagai hot spot terbaharu dikalangan warga Seoul.
Tour Couse
Party Place Blue Stone – BAESAN – Public Place – Nodeulseom Island Nodeul Bookstore&Music Lounge RYU
Rooftop Party di Garosugil
Party Place Blue Stone
Sebelum SSAK3 ditubuhkan, Yoo Jae-suk bertemu dengan Kwang-hee di Party Place Blue Stone untuk mencari ahli kumpulannya. Tempat ini ialah ruang “private rooftop party” di Garosu-gil. Ruangan ini dikelilingi sepenuhnya dengan tingkap kaca termasuk dinding dan siling. Pengunjung boleh berpesta sambil menikmati pemandangan bandar yang indah. Selain pesta, tempat ini digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mesyuarat, pesta ulang tahun pertama, dan juga 'fan meeting'. Son Heung-min, pemain bola sepak yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs, juga telah mengadakan perjumpaan bersama peminat di sini.
Party Place Blue Stone
Alamat: 58, Nonhyeon-ro 151-gil, Gangnam-gu, Seoul
Waktu Operasi: 09:00 - 02:00 (Pertanyaan sehingga jam 21:00)
Petunjuk: Stesen Sinsa (Subway Line 3, Exit 8) 6 minit dari pintu keluar
Dari Gudang Beras kepada Kafe Bertemakan Seni
BAESAN
Beberapa penyanyi termasuk Zico dan Simon Dominic berkumpul di BAESAN untuk memberi sokongan kepada kumpulan K-pop legenda (Rain dan Hyo-ri). Apabila anda memasuki BAESAN, sebuah kereta merah jambu lama 마무 menarik perhatian anda. Dalam rancangan itu, Lee Hyo-ri dan Simon Dominic menyanyikan lagu "Tell Me" dari Jinusean bersama-sama di hadapan kereta lama ini. Sebelum BAESAN muncul di rancangan TV, ia sudah terkenal kerana reka bentuk dalamannya yang sensasi dengan koleksi barangan yang unik. Malah meja dan kerusi digunakan semua karya-karya seni yang dicipta oleh artis dan pereka seni. BAESAN juga mengubah karya seni dan hiasan setiap beberapa bulan untuk memperkenalkan variasi karya dan memberikan pengalaman baru dan menarik kepada pelanggan. Kadang kala persembahan juga diadakan di pentas besarnya. BAESAN menyajikan pelbagai makanan ringan dan minuman, termasuk kopi, roti, makanan ringan dan lain-lain.
Petunjuk: Stesen Seongsu #211 (Subway Line 2, Exit 3) jalan 2 minit dari pintu keluar
Nikmati kopi seperti di rumah anda sendiri
Public Place
Yoo Jae-suk, Lee Hyo-ri dan Rain mengadakan pertemuan untuk membuat keputusan konsep kumpulan mereka di kafe rooftop ini di Daehak-ro. Rumah telah diubahsuai ke menjadi tempat isitirehat, menawarkan halaman besar yang dapat dilihat melalui tingkap kaca yang boleh menenangkan minda anda. Di ruangan dalam, jarak antara meja agak luas untuk keselamatan dan kemudahan pelanggan. Banyak tanaman dihiaskan di bahagian dalam kafe menghasilkan suasana yang terang dan nyaman, selaras dan harmoni dengan kehijauan di taman. Anda boleh membeli bunga, kopi atau minuman di sini. Halaman juga boleh disewa untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan.
Public Place
Alamat: 12, Changgyeonggung-ro 33-gil, Jongno-gu, Seoul
Petunjuk: Stesen Hyehwa #420 (Subway Line 4 & 5, Exit 4) jalan 5 minit dari pintu keluar
Menikmati Budaya di Han River
Nodeulseom Island Nodeul Bookstore&Music Lounge RYU
Kerjasama lokasi Nodeulseom Island
Di Nodeul Bookstore, ahli SSAK3 (Lee Hyo-ri / Linda G, Rain / Bi-ryong, Yoo Jae-suk / Yoo-dragon) memutuskan nama kumpulan mereka melalui siaran langsung di YouTube. Nodeul Bookstore terletak di Pulau Nodeulseom, yang kini dikenali sebagai kompleks budaya. Kedai Buku Nodeul menganjurkan pelbagai pameran pelbagai konsep seperti penulis, berdasarkan tema, dan mengikut genre, bekerjasama dengan penerbit bebas dan kedai-kedai buku tempatan. Bukan sahaja menjual buku, tetapi Nodeul Bookstore juga menyediakan pelbagai program berkaitan buku. Kedai buku, kafe buku, ruang pameran, dan ruang budaya semuanya digabungkan menjadi satu ruang. Sehubungan dengan wabak COVID-19, hanya beberapa ruangan di Nodeul Bookstore dibuka untuk pelanggan yang membuat tempahan terlebih dahulu. Music Lounge RYU, tempat Lee Hyo-ri menyanyikan lagu "Downtown Baby" terletak di hadapan Nodeul Bookstore. Seiring dengan namanya, pelawat dapat merehatkan diri sambil mendengar muzik di sini. Sesiapa sahaja boleh mengunjungi ruang tamu ini apabila tidak ada acara atau program yang sedang berjalan.
Nodeul Bookstore&Music Lounge RYU
Alamat: 445, Yangnyeong-ro, Yongsan-gu, Seoul
Waktu Operasi: 11:00 - 22:00 (Tutup pada hari Isnin)
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)