Published Date : 27.10.2020 / Edited Date : 14.06.2023
Kingdom' adalah drama bersiri asli Netflix dengan dua musim yang dilancarkan pada tahun 2019 dan 2020. Drama seram zombie ini menangani konspirasi yang mengelilingi keluarga diraja Joseon dan rahsia wabak yang membuatkan orang mati hidup semula. Siri drama ini ditayangkan di banyak negara dan disukai oleh penonton di seluruh dunia. Pelbagai props Korea seperti Gat (topi) dan Homi (cangkul) serta keindahan seni bina istana raja dari Dinasti Joseon terutamanya menarik perhatian penonton. Kami akan memperkenalkan beberapa tarikan pelancongan di Seoul, di mana anda boleh melihat lokasi penggambaran drama 'Kingdom' dan budaya keluarga diraja Dinasti Joseon.
※ Spoiler alert: Sila ambil perhatian bahawa penerangan kami tentang lokasi penggambaran ini mendedahkan beberapa detik penting dan penghujungan drama ini.
※ Tempat-tempat ini boleh mengehadkan atau mengubah waktu operasi, jumlah kemasukan, bagi mencegah penyebaran COVID-19. Pastikan untuk menyemak maklumat yang berkaitan di laman web istana dan muzium terlebih dahulu.
Tour Course
Gyeonghuigung Palace – Jongmyo Shrine – Changdeokgung Palace – Changgyeonggung Palace – National Palace Museum of Korea
Gangnyeongjeon Hall yang memegang segala rahsia diraja
Gyeonghuigung Palace
Gyeonghuigung Palace merupakan istana yang paling kecil di antara lima buah istana di Seoul (Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Deoksugung Palace, Changgyeonggung Palace, Gyeonghuigung Palace). Dalam 'Kingdom' Sungjeongjeon Hall di Gyeonghuigung Palace muncul sebagai “Gangnyeongjeon Hall”, kediaman kepada raja zombi (Yoon Se-woong). Gangnyeongjeon Hall adalah bangunan yang telah digunakan sebagai bilik tidur raja, lokasi sebenar di Istana Gyeongbokgung. Jika anda sampai ke bahagian yang paling dalam di Gyeonghuigung Palace melalui Sungjeongjeon Hall, terdapat batu yang berupa aneh. Batu ini dipanggil “Seoam” dan legenda memberitahu bahawa batu ini menyimpan tenaga raja. Dalam drama ini,Crown Prince Lee Chang (Ju Ji-hoon) terkenang tentang Lord Ahn Hyeon (Heo Joon-ho), yang menjumpai putera bersembunyi di bawah batu besar ketika baginda masih kecil dan memeluknya.
Gyeonghuigung Palace
Alamat: 55, Saemunan-ro, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: Selasa ~ Ahad 09:00 - 18:00, ditutup pada hari Isnin, masuk percuma
Tel.: +82-2-724-0274
Petunjuk: Stesen Seodaemun (Subway line 5, Exit 4), Stesen Gwanghwamun (Subway Line 5, Exit 7) 7 minit dari pintu keluar
Harapan yang tinggi untuk siri “Kingdom” baharu
Jongmyo Shrine
Dalam siri musim kedua, Seo-bi (Bae Doo-na) berjaya menyelamatkan bayi permaisuri apabila sekumpulan zombi menyerang istana. Selepas 7 tahun, bayi itu membesar menjadi seorang raja muda Joseon. Dalam babak ini, sebuah bangunan megah yang dilapisi dengan lantai batu yang luas dan tiang-tiang merah yang panjang amat mengagumkan boleh dilihat. Tempat ini dipanggil “Jeongjeon Hall” daripada 'Jongmyo Shrine”. Tempat ini menajdi tempat suci termaktubnya sejarah raja dan permaisuri Dinasit Joseon sejak 600 tahun yang lalu. Sebagai pengiktirafan keindahan seni bina dan nilai sejarahnya, ia telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1995.
Jongmyo Shrine
Alamat: 157, Jong-ro, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: 09:00 - 17:00, musim panas (Jun hingga Ogos) 09:00 - 17:00, musim sejuk (November hingga Januari) 09:00 - 16:30, ditutup pada hari Selasa
DPetunjuk: Subway Line 1, Line 3 (Stesen Jongno 3-ga, Exit 11) 3 minit dari pintu keluar
Secret Garden yang memiliki keindahan alam semula jadi
Changdeokgung Palace
Jika Istana Changdeokgung merupakan istana pertama Joseon, Istana Changdeokgung akan menjadi istana yang kedua. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa raja Joseon tinggal paling lama di Istana Changdeokgung. Istana Changdeokgung mempunyai bangunan dan taman yang direka bentuk mengikut alam semula jadi dan topografi asal, mencipta harmoni yang sempurna dengan hutan di sekelilingnya. Secret Garden Changdeokgung digunakan sebagai tempat rehat bagi keluarga diraja. Pelbagai bunga, pokok, kolam dan astaka yang dibuat untuk pemandangan menakjubkan yang serupa dengan lukisan timur. Taman ini muncul beberapa kali dalam “Kingdom”. Kolam di mana banyak mayat disembunyikan dipanggil Gwallamji Pond. Landskap kolam yang mistik, menakjubkan memberikan impresi yang kuat kepada penonton dalam kombinasi keadaan yang tragik. Secret Garden Changdeokgung merupakan kawasan terhad, memerlukan bayaran tambahan untuk masuk. Waktu operasi dan bilangna jumlah kemasukan pelawat juga amat terhad. Semak peraturan dan syarat lawatan di laman web sebelum melawat kerana pemandu pelancong dalam bahasa yang berlainan (Korea, Inggeris, Cina dan Jepun) ditawarkan pada masa yang berbeza.
※ Perkhidmatan pemandu pelancong untuk Changdeokgung Palace telah dihentikan sementara waktu bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Changdeokgung Palace
Alamat: 99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: (Istana) Selasa ~ Ahad 09:00 - 18:00, (Secret Garden) Selasa ~ Ahad 10:00 - 17:30, (Kaunter Tiket) 09:00 - 16:00, ditutup pada hari Isnin
Petunjuk: Stesen Anguk (Subway Line 3, Exit 3) 6 minit dari pintu keluar
Pemandangan indah di waktu malam
Changgyeonggung Palace
Dalam drama ini, Crown Prince Lee Chang (Ju Ji-hoon) muncul buat pertama kalinya ketika berlutut di Gyotaejeon Hall, kediaman Queen Consort Cho (Kim Hye-jun). Babak ini telah difilemkan di Tongmyeongjeon Hall, Changgyeonggung Palace. Tongmyeongjeon pernah menjadi bilik tidur permaisuri. Istana ini terkenal dengan pemandangan yang lebih cantik di waktu malam berbanding waktu siang. Apabila tibanya waktu malam, istana purba ini memiliki suasana romantis yang diciptakan oleh perlengkapan pencahayaan yang menerangi bangunan dan pohon istana termasuk cahaya yang keluar melalui bar tingkap berbentuk bunga, memberikan Grand Greenhouse penampilan yang luar biasa. Istana Changgyeonggung juga memberikan perkhidmatan pemandu pelancong dalam bahasa Korea, Inggeris, Jepun dan Cina. Memandangkan bahasa yang berbeza tersedia pada masa yang berbeza, anda dinasihatkan menyemak jadual pemandu pelancong di laman web terlebih dahulu.
Changgyeonggung Palace
Alamat: 185, Changgyeonggung-ro, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: Selasa ~ Ahad 09:00 - 21:00, ditutup pada hari Isnin, kemasukan ditutup pada 20:00
Petunjuk: Stesen Hyehwa (Subway Line 4 , Exit 4) 12 minit dari pintu keluar
Segalanya tentang Dinasti Joseon
National Palace Museum Korea
National Palace Museum Korea merupakan muzium yang mengkhususkan kepada Dinasti Joseon yang mempamerkan dan mengekalkan budaya serta peninggalan Joseon. Dari pengasas Joseon ke Empayar Korea pelawat boleh melihat sejarah dinasti itu dan gaya hidup keluarga diraja. Khususnya, muzium ini mempunyai banyak koleksi yang memikat mata peminat drama, termasuk “Gollyongpo (Red Dragon Robe)” yang bersulam dengan naga emas dan “Eobo (Royal Seal)” yang membawa simbol kekuasaan diraja. National Palace Museum Korea terletak di sebelah barat Gyeongbokgung Palace, dan pelawat boleh masuk secara percuma. Kami mencadangkan anda untuk singgah di muzium ini jika anda melawat Gyeongbokgung Palace.
National Palace Museum of Korea
Alamat: 12, Hyoja-ro, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: 10:00 - 18:00 setiap hari (ditutup pada Cuti Tahun Baru, Tahun Baharu Lunar dan Chuseok)
Tel.: +82-2-3701-7500
Petunjuk: Stesen Gyeongbokgung (Subway Line 3, Exit 4) 4 minit dari pintu keluar
※ Sila ambil perhatian bahawa maklumat di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)