Published Date : 04.08.2021 / Edited Date : 16.06.2023
Sekarang merupakan peluang keemasan anda untuk berjumpa dengan pelakon filem kegemaran anda menerusi skrin gergasi di sekitar bandar Seoul! The Korean Film Council telah mengadakan pameran secara besar-besaran di sekitar Seoul dengan memaparkan lebih daripada 200 bintang filem Korea tidak kira yang baru memasuki industri perfileman Korea mahupun pelakon veteran sedia ada. Dengan menggunakan tajuk ‘Korean Actors 200’, pameran ini merangkumi foto pelakon-pelakon yang terpilih berdasarkan beberapa kriteria seperti penerimaan anugerah dari negara asing, sumbangan kepada industri perfileman Korea, dan lain-lain.
1. Cari Pelakon Kegemaran Anda dari Jarak Jauh | Signature Dosan
Papan skrin elektronik ini barangkali cukup besar untuk dilihat walaupun bagi pengunjung yang melihatnya sambil menaiki train berkelajuan tinggi KTX! Ayuh berkunjung dan berjumpa dengan bintang-bintang Korea yang terpilih bagi pameran Korean Actors 200 ini yang terpapar di papan skrin elektronik di Masters Building yang terletak di persimpangan Dosan Park, Gangnam. Cuba anda cari pelakon kegemaran anda di skrin-skrin tersebut di Gangnam yang bertempat di tengah bandar Seoul!
Cadangan Lokasi Pelancongan Berdekatan: Dosan Park
Berlokasi di persimpangan di mana Apgujeong Rodeo Street dan Apgujeong Cafe Street berjumpa, Dosan Park mempunyai laluan pejalan kaki yang permai khas buat mereka yang ingin berehat sebentar daripada kesibukan hari. Taman ini dipenuhi dengan pelbagai kemudahan bagi aktiviti kebudayaan yang telah menarik perhatian “MZ Generation,” di mana frasa ini merupakan frasa kolektif yang merujuk kepada generasi milenial dan juga generasi Z. Dengan kewujudan House Dosan, sebuah kedai yang menjadi hub bagi jenama yang baru sahaja dilancarkan, serta pelbagai kedai kafe yang penuh autentik, kawasan ini boleh dikatakan sebagai kawasan ideal bagi golongan Generasi MZ!
2. Teroka dan Cari Foto-foto Tersembunyi | COEX & COEX Mall
Pameran The Korean Actors 200 juga dipamerkan di COEX, pusat utama bagi majoriti pameran yang diadakan di Seoul. Perhatikan dan cuba cari pelakon Korea kegemaran anda di COEX yang luas serta sentiasa dipenuhi pengunjung ini. Di tingkat bawah tanah COEX Mall, terdapat berbagai-bagai restoran dan kedai berjenama untuk dikunjungi. Kami yakin anda akan rambang mata untuk memilih kedai mana untuk dikunjungi dahulu! Dengan bilangan tarikan serta kedai yang tempat ini tawarkan, anda pasti akan berpuas hati membeli-belah tidak kira pada musim panas yang terik mahupun musim sejuk.
Cadangan Lokasi Pelancongan Berdekatan: Starfield Library
Bertempat di COEX Mall, Starfield Library diwujudkan berpaksikan empat tema utama yang unik iaitu Ruang, Buku, ‘Healing’, serta Program. Perpustakaan ini dipenuhi dengan lebih daripada 70,000 buah buku, merangkumi tajuk daripada bidang kemanusiaan, sejarah, ekonomi, seni, dan banyak lagi! Starfield Library dapat dilihat dalam sebilangan K-drama, sebagai contoh ‘Record of Youth’ yang dibintangi Hye Kyo Song dan Park Bo Gum. Selain itu, tempat ini juga mempunyai reputasi sebagai salah satu tempat pelancongan yang unik dan menjadi tarikan utama di Seoul.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)