Published Date : 30.07.2021 / Edited Date : 19.06.2023
“Penthouse” merupakan k-drama yang mempunyai bilangan tontonan tertinggi di VIU, iaitu sebuah platfom OTT dalam talian nombor 1 di Indonesia. Daripada musim pertama sehingga musim ketiga, drama ini telah menjadi tumpuan dan kegemaran penonton di Indonesia. Drama yang membawa unsur kehidupan mewah golongan sosialis serta konflik gelap, telah menarik perhatian para penonton untuk menonton drama tersebut. Walaupun drama ini hanyalah fiksyen dan rekaan semata, terdapat juga lokasi penggambaran di sekitar Seoul dimana anda boleh mengalami suasana ‘Penthouse’ yang akan membuat anda terpegun. Ayuh kita kenali lokasi-lokasi ‘Penthouse’ yang popular di Seoul!
Fairmont Ambassador Hotel
Pertamanya, mari kita kenali Emper(Penthouse) yang telah digunakan dalam drama ‘Penthouse’ ini. Emper Fairmont Ambassador Seoul yang telah digunakan oleh Logan Lee, yang merupakan watak seorang konglomerat(orang kaya-kaya) dari Amerika Syarikat. Beliau telah datang ke Korea untuk membalas dendam terhadap pembunuh yang telah membunuh adik perempuannya. Waktu ini telah menetap di emper sebuah hotel mewah sambil merancang pelan membalas dendamnya dengan penuh teratur. Hotel mewah yang diduduki beliau adalah Fairmont Ambassador Seoul Hotel di bilik Presidential Suite. Hotel ini merupakan hotel mewah bertaraf lima bintang yang bertempat di salah satu mercu tanda Yeouido iaitu Park One Building. Hotel ini menjadi bualan dan tarikan ramai kerana ia bersambung dengan Pusat Membeli-belah Hyundai Seoul yang mempunyai reka bentuk moden. Bilik yang didiami oleh watak Logan Lee bertempat di tingkat 28 yang merupakan tingkat tertinggi di bangunan itu dimana ia mempunyai lif khas untuk pelanggan di bilik itu sahaja. Kos penginapan bagi emper ini mencecah KRW 15,000,000, atau lebih kurang RM52,000 satu malam.
Informasi
Alamat: 108, Yeouido-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul
Waktu Operasi: 15:00 (daftar masuk) / 12:00 (daftar keluar)
Telefon: +82-2-3395-6000
Informasi Pengangkutan Awam *Tren: Yeouido Station Exit 4 (10 minit berjalan kaki), Yeouinaru Station Exit 1 (10 minit berjalan kaki) *Teksi: Dari Seoul Station ke Hotel (15 minit)
Seterusnya, bagi watak-watak pelajar di dalam drama ‘Penthouse’ ini, Seokyeong University telah menjadi pilihan untuk melakukan penggambaran adegan di sekolah. Selain tempat kediaman mewah Hera Palace, Cheonga Art High School juga merupakan lokasi yang amat penting apabila kita berbicara mengenai drama yang tersohor ini. Kawasan ini merupakan lokasi penggambaran utama bagi kebanyakkan adegan-adegan yang melibatkan watak remaja. Lokasi Cheonga Art High School sebenarnya merupakan universiti yang terletak di Seongbuk-gu, Seoul yang diberi nama Seokyoung University. Pada mulanya sekitar tahun 1947, universiti ini telah dibuka hanya bagi pelajar tempatan, namun bermula tahun 1955, universiti ini membuka kemasukan pelajar antarabangsa dan sekaligus diiktiraf sebagai universiti antarabangsa. Tambahan pula, universiti ini diperkenalkan semula sebagai Seokyeong University pada tahun 1992, lokasi dimana watak pelajar di dalam drama ‘Penthouse’ menduduki kelas dan membuat persembahan merupakan ruangan yang digunakan oleh Jabatan Muzik universiti ini. Eunjoo Building merupakan bangunan di dalam drama ini yang menempatkan tangga yang kelihatan berliku dan membungkusi bangunan tersebut. Ayuh kita meneroka bangunan-bangunan di Seokyeong University yang telah dipaparkan dalam drama ‘Penthouse’!
Informasi
Alamat: 124, Seogyeong-ro, Seongbuk-gu, Seoul
Telefon: +82-2-940-7114
Informasi Pengangkutan Awam: *Tren: Solsaem Station Exit 2 (22 minit berjalan kaki) *Bas: Naik bas bernombor 1164 dan turun di stesen Seokyeong University Main Building (6 minit berjalan kaki)
Lokasi pub yang terdapat dalam drama ‘Penthouse’ merupakan restoran yang popular di Seochon yang bernama F Bloom In. Dalam drama ini, watak Cheon Seo-Jin dan Ha Yoon-Cheol telah meluahkan perasaan mereka yang sebenar terhadap satu-sama lain di lokasi ini. Adegan yang lain dimana mereka berdua telah bersama meminum minuman keras telah digambarkan di Restoran F Bloom In, yang merupakan salah sebuah restoran makanan Italia yang terletak di Seochon, Jongno-gu. Walaupun minuman keras seperti wain dihidangkan, namun tempat ini dasarnya lebih kepada sebuah restoran berbanding sebuah pub. Seperti kedai makanan Italia yang lain, tempat ini memfokuskan hidangannya kepada hidangan pasta dan salad. Masa hidangan di restoran ini terbahagi kepada dua iaitu masa sarapan tengah hari serta masa makan malam dimana di antara dua masa ini terdapat masa rehat dan ketika itu hanya minuman sahaja yang disajikan. Bagi mereka yang ingin merasakan sajian italia restoran tersebut, anda dinasihatkan untuk elakkan berkunjung ketika masa rehat.
Informasi
Alamat: 7, Ogin 1-gil, Jongno-gu, Seoul
Waktu Operasi: Setiap Hari, Sarapan Tengah Hari 11 pagi ~ 3 petang / masa rehat 3 ~ 5 petang (minuman sahaja dihidangkan) | makan malam 5 petang ~ 10 malam (ditutup pada setiap hari rabu)
Telefon: +82-2-6326-9239
Informasi Pengangkutan Awam: *Tren: Gyeongbokgung Station (10 minit jika berjalan) *Bas: Naik Town (Green) Bus 09 (마을버스 09) dan turun di Tongin Tradisional Market (3 minit jika berjalan)
Seoul Marina Club & Yacht
Seoul Marina Club & Yatch merupakan lokasi penggambaran ‘Penthouse’ yang berada di tengah bandar Seoul . Di sini, terdapat berbagai program dan majlis yang kerap diadakan. Tempat ini juga merupakan salah sebuah kemudahan kompleks mewah dimana istimewanya kawasan ini, khidmat berbayar membawa pengunjung menikmati pemandangan menaiki kapal layar dan helikopter telah disediakan. Tempat ini juga menjadi tempat Shim Su-Ryeon, iaitu watak utama drama ‘Penthouse’, bersosial dan menikmati hidangan yang mewah di dalam drama ini. Kawasan laluan pejalan kaki di bahagian luar Clubhouse(Rumah Kelab) Seoul Marina juga merupakan salah sebuah lokasi di mana watak Joo Dan-Tae memarahi orang bawahannya dalam drama ini.
Informasi
Alamat: 160, Yeouiseo-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
Telefon: +82-2-3780-8400
Informasi Pengangkutan Awam: *Tren: National Assembly Station Exit 6 (10 minit jika berjalan kaki) *Bas: Naik bas 5615 atau 5618 dan turun di National Assembly Station
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)