Apabila cinta bermula segalanya indah dan romatik tetapi segala yang bergemerlapan perlahan-lahan hilang cahayanya apabila cinta itu hilang. Cinta bukan hanya tentang menjadi lebih matang dan bahagia. Sel-sel Yumi yang tumbuh bersama dalam kisah cinta berubah kepada Yumi dengan air mata dan ketawa.
Restoran Gyeongju ialah restoran dengan rasa hanok yang nyaman di antara lorong-lorong kecil Sangsu-dong di belakang jalan Hong-dae yang sibuk. Restoran ini merupakan tempat Yumi dan Woong makan ketika mereka sedang berperang dengan perasaan antara satu sama lain menyembunyikan perasaan mereka untuk berpisah. Dalam drama tersebut, restoran ini menggambarkan tempat makan yang kelihatan kurang selesa tetapi sebenarnya Restoran Gyeongju adalah tempat dengan pesona dalaman Hanok Seokkarae dengan warna kayu yang memberikan memancarkan perasaan kehangatan. Turut kelihatan dari tingkap luar adalah taman kecil yang selesa dan dinding merah yang mewujudkan rasa manis.
Menu di Restoran Gyeongju termasuklah set daging yang mengandungi saengmoksal, samgyeopsal, daging lembu yang dihidangkan di satu meja, moksal dan nasi yang dimasak dengan rempah kari, miso sup, hidangan moksal yang dihidangkan dengan lauk yang kemas, kari Moksal yang dimakan bersama nasi ke ia seperti sup, kemudian juga terdapat salad pasta dan makanan lain. Ciri khas restoran ini adalah anda boleh menikmati daging yang segar dan bebas dari kerumitan membakar daging dan bau daging kerana menu daging di sini semuanya siap sedia telah panggang.
Restoran Gyeongju terkenal di kalangan peminat drama kerana ia pernah dipaparkan dalam beberapa program seperti dokumentari Blackpink 'Light Up The Sky', drama 'Nevertheless', dan 'Hospital Playlist'. Anda lebih disarankan untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke restoran Gyeongju kerana perjalanan menuju ke tempat tersebut memakan masa 5 minit berjalan kaki dari Stesen Sangsu di laluan Kereta Api Bawah Tanah 6. Bagaimana pula dengan menikmati hidangan lazat bersama orang istimewa di Restoran Gyeongju yang mengekalkan suasana unik tersendiri dan berselindung dari kemegahan khas Hong-dae?
- Alamat 49-7 Wausan-ro 13-gil, Mapo-gu, Seoul
- Waktu beroperasi 11:30 ~ 23:00 (masa rehat 15:30 ~ 17:30)
- Telefon +82-2-322-1674
- Instagram @gyeongju_bistro
Cinta silam terkubur di sini, 'Yeonnamjang'
Pertemuan yang menggantikan kawan, tempat membenihkan kisah cinta sejati dalam cerita drama 'Bussiness Proposal'. Walaupun perhubungan yang bermula dengan pembohongan tetapi seiring masa berlalu, latar dalam drama membibitkan kisah indah seperti percintaan antara mereka yang benar-benar menyayangi antara satu sama lain. Tempat ini adalah restoran yang diusahakan oleh Min-woo, yang merupakan kisah cinta tak terbalas selama 7 tahun watak utama Ha-ri bernama 'Yeonnamjang'.
Di antara Yeonnam-dong dan Yeonhui-dong terdapat sebuah bangunan bata merah gaya retro berdiri megah. Apabila anda memasuki bangunan di belakang papan tanda yang tertera hanya sebaris kata 'Yeonnamjang', anda akan melihat bilik yang berbeza dari apa yang anda lihat daripada luaran tempat tersebut. Pintu masuk besar berbentuk arka menghala ke Restoran dan Kafe, lantai berjubin yang menarik perhatian, tingkap tinggi yang besar dan lebar sehingga ke tingkat 2, dan chandelier mewah menjadikannya seperti ruangan menunggu hotel.
Yeonnamjang adalah tempat yang telah digunakan sebagai kilang kaca selama 40 tahun dan kini telah berubah menjadi sebuah ruang kreatif tempatan. Yeonnamjang, yang mencerminkan kemewahan dengan saiz bangunan besar yang esklusif, mempunyai ruang bawah tanah untuk pameran dan acara, kafe dan restoran di tingkat 1, bilik perkongsian kerja untuk artis tempatan di tingkat 2, dan studio bebas untuk bekerja dan kediaman mewah di tingkat 3.
Yeonnamjang menguruskan kaunter kafe dan restoran secara berasingan. Oleh itu, anda perlu memesan secara berasingan. Sila ambil perhatian bahawa terdapat waktu rehat untuk restoran. Kafe menyajikan kopi, ade atau minuman berperisa buah-buahan, teh, wain dan bir, dan restoran juga menyajikan makan tengah hari dan menu berkonsepkan Barat. Tempat letak kereta dan haiwan peliharaan adalah dibenarkan masuk.
Yeonnamjang menyasarkan untuk menjadi sebuah tempat pertemuan yang memberi inspirasi kepada pencipta dan memupuk budaya tempatan bukan sekadar makan dan minum teh. Untuk tujuan ini, Yeonnamjang menganjurkan pelbagai pameran, acara dan persembahan. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan melalui Instagram. Oleh itu, sila semak sebelum melakukan lawatan dan nikmati bilik istimewa yang tersedia.
Apabila anda meyakinkan cinta 'Muzium Kraf Seoul'
Saya harap orang lain tidak sakit atas sebab apa pun, dan jika saya terluka, saya hendak menjadi seorang yang bebas dengan membalutnya kerana saya sungguh mencintainya. Ketika temu janji dengan Taemu berlangsung, tiba-tiba Ha-ri membuka payung kuning ketika hujan lebat. Dia menghalang hujan dengan payung, seolah-olah dia akan menutup semua masa silam Taemu yang menyakitkan. Jalan di hadapan Muzium Kraf Seoul adalah latar untuk adegan penting di mana percintaan mula bermekaran dan mengapai rasa perasaan antara satu sama lain dalam drama.
Muzium Kraf Seoul yang terletak di Anguk-dong, Jongno-gu, Seoul adalah muzium kraf awam yang pertama di Korea. Muzium ini mengumpul dan menyimpan lebih daripada 20,000 kraf dan bahan dari pelbagai era dari Korea tradisional hingga zaman moden. Selain itu, terdapat program berkaitan kraf, termasuk pameran kraf kontemporari, kraf tempatan, dan kraf kanak-kanak. Anda boleh melawat pameran secara percuma dan boleh mendapatkan maklumat tentang pengalaman dan pameran di laman web muzium. Untuk melindungi warisan budaya sekitar, muzium tidak menguruskan tempat letak kereta. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam adalah sangat disarankan.
Jalan di mana terletaknya Muzium Kraf Seoul yang terkenal dengan laluan pejalan kaki yang cantik yang muncul dalam drama 'Goblin' dan 'Our Beloved Summer'. Mari menikmati sepanjang perjalanan berjalan perlahan di jalan ini, kemudian merasai keanggunan laluan dinding batu rendah.