Ia merupakan bengkel di mana Jae Eun sibuk dengan kerjanya dan juga telah berjanji temu dengan Nabi. ‘Mullae Art Village’ telah lama menjadi kawasan yang popular dan bergaya. Tempat ini diwujudkan apabila ramai artis muda yang memerlukan ruang untuk bekerja seperti Jae Eun mula berkumpul. Pada awalnya tempat ini merupakan tanah komersial yang kosong dan melalui projek pembangunan ruang kreatif Seoul, ia ditukar menjadi kawasan menarik untuk dikunjungi dan bersiar-siar. Demi menghidupkan lagi Mullae Art Village, banyak restoran, bengkel, kafe dan kilang besi telah dibangunkan di kawasan ini. Oleh itu, tempat ini menjadi lebih popular dalam kalangan mereka yang cukup bernasib baik untuk mengetahui keberadaannya. Walaupun kelihatan kurang maju, anda akan merasa seronok mencari bangunan-bangunan menarik yang tersembunyi sekitar kawasan tersebut. Terdapat juga Mullae Neighborhood Park berdekatan yang merupakan tempat sesuai bagi pasangan untuk kunjungi. Ketika cuaca yang baik, tempat itu pasti dipenuhi orang-orang mengambil gambar lagi-lagi bersama jurugambar yang profesional. Sekiranya anda peminat yang ingin merasakan suasana seperti di dalam drama tersebut, ayuh datang dan lawati ke Mullae Art Village sebelum orang ramai berkunjung ke situ!
Mullae Art Village Alamat 13-8, 128 ga-gil, Yeongdeungpo-gu, Seoul
Pengangkutan Subway Line 2, Munrae Station, Exit 7(527m)