Published Date : 10.07.2024 / Edited Date : 10.07.2024
Pada ketika ini, Spring Waltz di Seoul berada di kemuncaknya. Sepanjang perjalanan dijalan-jalan di Seoul dipenuhi dengan dedaunan hijau berkilauan menjadikannya lebih cantik dan memukau berbanding musim-musim yang lain. Untuk menyambut musim bunga yang penuh dengan semangat ini, festival pelancongan Seoul 'Seoul Festa 2024' akan diadakan.
Pada 'Seoul Festa 2024' kali ini, pelbagai acara akan diadakan untuk peminat Korean Wave Global yang meminati K-content dan bintang Hallyu dalam pelbagai bidang termasuk K-drama dan K-movies. Khususnya, untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik salah satu tarikan yang akan menarik minat pengunjung yang datang adalah pembukaanBooth Pop-up yang menyediakan segala-galanya berkaitan dengan 'K Content Station Soul Spot' dan K-Content amat dinanti-nantikan. Mari meluangkan masa anda untuk melawati booth pop-up 'Seoul Festa 2024' dan 'Soul Spot' yang akan memberikan pengalaman dengan kenangan istimewa sepanjang perjalanan diSeoul, pastinya sangat di nantikan bagi mereka yang sukakan K-content.
‘Seoul Festa 2024’ tempat terbaik untuk menikmati segala-galanya tentang musim bunga, Seoul dan Festival
Acara pembukaan yang akan diadakan di Seoul Plaza pada 1 Mei untuk meraikan permulaan festival itu akan menampilkan bintang K-pop yang hebat seperti 'Zero Base One', 'H1-Key', 'The Boyz', 'Nmixx', ' Chung Ha ', 'Lee Mujin', dan 'La Poem'. Selain itu, di Seoul Plaza, pelbagai parti akan diadakan seperti parti minum petang, parti OST, parti Cabaran Tarian, serta Make-up transformation dan style transformation yang akan mengubah anda sepenuhnya dan mencapai mimpi anda untuk menjadi K-Star setidaknya untuk beberapa hari sepanjang festival ini di berlangsung. Tidak kurang hebatnya aktiviti yang akan diadakan di Dataran Gwanghwamun yang akan diadakan Roadshow serta pelbagai booth budaya, booth kecantikan, booth kulinari, booth aktiviti menarik, booth cenderahati dan lain-lain yang mencerminkan keindahan Seoul pada masa kini dan pada masa hadapan. Manakala, di Noeul Park pula akan memberikan anda pengalaman kuliner yang akan disajikan membolehkan anda menikmati K-barbeku sebenar sambil menyaksikan matahari terbenam yang indah berlatarkan suasana mengagumkan Sungai Han. Selain itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelbagai persembahan dan acara yang akan diadakan seperti Han River Light Performance, Seoul Jazz Festa, dan K-Culture Experience. Oleh itu, tunggu apa lagi! mari kita menyelami musim bunga di Seoul dengan 'Seoul Festa 2024'. Iaitu tempat di mana anda boleh menikmati, merasai dan mengalami semua keseronokan yang ada di Seoul.
'Space K-Content Station' khas untuk peminat Korean Wave
Semasa 'Seoul Festa 2024', Booth pop-up 'K-Content Station, Soul Spot' yang disempurnakan melalui kerjasama antara Kerajaan Metropolitan Seoul dan tvN, akan berlangsung selama tiga hari dari 1 Mei sehingga 3 Mei di Seoul Plaza. Booth pop-up ini merupakan tarikan yang paling menarik perhatian semasa acara Seoul Festa. Hal ini kerana hasil kreativiti booth tersebut yang dihiasi sebagai ruang khas di mana anda boleh menemui dan merasai pengalamanK-Content yang tersembunyi di seluruh Seoul.
Booth pop-up pada kali ini akan terdiri daripada empat bahagian ruangan: 'Ticket Booth', 'Train', 'Arrival', dan 'Soul Spot', yang membawakan konsep seakan-akan menaiki tren ke dunia K-Content yang digemari oleh Peminat Korean Wave.
Bagi mereka yang menyertai 'K-Content Station' akan mendapat tiket khas bercop dengan menghendaki anda untuk memilih content yang anda minati sebagai destinasi. Hiasan dalam kereta api di zon 'Kereta' membolehkan anda mengambil gambar dengan latar belakang adegan drama yang direalisasikan dalam media seni melalui tingkap di luar kereta api. Selepas itu, anda boleh menikmati pameran poster drama tvN di zon 'Ketibaan', Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapatkan barangan poskad dengan petikan terkenal serta anda berpeluang untuk menghias tiket anda sendiri. Bersama kandungan popular tvN, termasuk 'Goblin' dan 'Queen of Tears' yang popular baru-baru ini, anda bukan sahaja boleh berseronok menemui lokasi penggambaran K-Content yang tersembunyi di seluruh Seoul, tetapi anda juga dapat merasakan pengalaman menyeronokkan No.1 melalui pelbagai aktiviti yang anda lakukan dalam setiap bahagian ruangan yang disediakan. Mari kita mulakan pengalaman menarik dengan booth pop-up K-Content Station'.
Zon 'Soul Spot' Tempat terbaik untuk merasai Soul of Seoul dan Korean Wave
Ketika anda memutuskan untukmendalami dan mengalami sendiri sejarah dan budaya destinasi pelanconganyang anda lawati, perkataan yang tepat untuk menggambarkan suasana tersebut adalah seperti bertemu jiwa bandar itu. Tempat yang tepat di mana anda boleh merasai Soul of K-content semasa perjalanan anda ke Seoul ialah zon 'Soul Spot' yang jugaboleh didapati di booth pop-up 'K-Content Station, Soul Spot'.
Melalui zon 'Soul Spot', apabila anda pergi ke 'K-Content Station' anda bukan sahaja dapat melihat 9 drama yang sedang ditayangkan tetapi anda juga boleh menemui sekitar 50 lokasi penggambaran K-Content di seluruh Seoul, termasuk K-drama, K- filem, dan K Pop. Khususnya, maklumat pada papan kenyataan Soul Spot. Melalui hasil kerjasama yang dilaksanakan oleh KT semua maklumat tersebut dapat diperolehi secara maya dan anda boleh menikmati penjelasan melalui AI. Anda boleh menikmati pengalaman secara fizikal perjalanan istimewa ke detik-detik ikonik dalam K-Content kegemaran anda melalui maklumat papan kenyataan yang tersedia. Dan memberikan anda pengalaman istimewa dimana tempat jiwa anda disempurnakan serta akan menjadi teras pelancongan Korean Wave di Seoul. Selain itu, melalui mesin 'Create Your Own Soul Spot' yang terletak di booth, anda boleh menerima resit yang mengandungi senarai soul spot anda sendiri dengan menjawab soalan mudah, menjadikan 'Soul Spot' sebagai kemuncak 'K- Content Station'. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk turut menyertai pengalaman menarik untuk pergi ke stesen Soul Spot.
Enjoy All That Seoul Enjoy All That K-Contents
Booth pop-up 'K-Content Station, Soul Spot' yang akan diadakan selama 3 hari sahaja bermula 1 Mei hingga 3 Mei ini akan menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti menghias tiket,aktiviti mencipta Soul Spot, aktiviti cabutan hadiah, dan pelbagai aktiviti menarik lagi dan juga pelbagai perkara yang menyeronokkan diadakan. Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 9 malam serta bagi memudahkan urusan anda kemasukan juga boleh dilakukan dengan tempahan atau tanpa tempahan. Mari beramai-ramai kita mengalami perjalananhebat Korean Wave di 'K-Content Station, Soul Spot', di mana anda boleh mendapat pengalaman istimewa bertemu dan berinteraksi dengan bintang artis, idol tercinta dan K-Content.
Jika anda merancang untuk melakukan percutian ke bandar Seoul yang penuh dengan keajaiban dan keindahan mempesonakan pada musim bunga, Apa kata jika anda mengambil langkah untuk mendapatkan pengalaman yang lebih mengujakan dengan mengambil bahagian dalam percutian K-Content dengan festival pelancongan Seoul 'Seoul Festa 2024'? 'K-Content Station' ialah program hasil kerjasama oleh Kerajaan Metropolitan Seoul, saluran TV drama popular tvN, dan syarikat AICT KT khas untuk mereka yang mempunyai berminat dan kecintaan yang mendalam terhadap K-content dan K-stars. Pastinya perjalanan anda pada kali ini akan menjadi perjalanan anda ke Seoul yang teristimewa.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)