‘1LDK’ adalah singkatan bagi ‘Living, Dining, Kitchen’. Ianya merupakan satu istilah yang dicipta untuk rumah yang menggabungkan sebuah bilik, dapur, dan ruang tamu. ‘1LDK’ sesuai dengan gaya hidup orang Jepun yang menggunakan tema ‘multi ship’. ‘1LDK’ mula beroperasi di Tokyo, Jepun pada tahun 2008 dan bagi setiap cawangan yang popular, ianya dilabelkan sebagai hotel dan apartment. Kini, sebuah lagi cawangan ‘1LDK’ telah dibuka di Cheongdam-dong, Seoul. Label yang diberikan bagi cawangan Cheongdam-dong adalah STUDIO! Hiasan dalamannya berbeza daripada kafe yang lain, cantik dan menggunakan tema struktur kediaman baru, bertepatan dengan label STUDIO! yang diberikan. Di sini, anda bukan sahaja boleh membeli-belah pelbagai jenis jenama pakaian, malah anda boleh menikmati minuman di kafe yang disediakan terus oleh kedai.
1LDK SEOUL Alamat 5, Sunneung-ro 162-gil, Gangnam-gu, Seoul (2F, 1LDK)
Waktu Operasi Setiap Hari 11:00 - 20:00 (KST)
Telefon +82-3446-4789
Pengangkutan Tren: Suin-Bundang Line, Apgujeong Rodeo Station, Exit 4(115m)
Laman Reb Rasmi http://1ldkshop.co.kr/