Ketua kumpulan MAMAMOO, Solar mempunyai saluran YouTube yang diberi nama Solarsido. Melalui saluran YouTube ini, peminat boleh berjumpa dengan alter ego beliau, “Yongbob” yang berasal daripada nama sebenarnya, Kim Yongsun dan nama Bob Ross. “Yongbob” gemar melukis dan ungkapan pemikatnya, “Apa-apa pun, saya akan melukisnya seperti najis”. Walaupun pendapat mengenai teknik lukisan “Yongbob” mungkin berbeza-beza, namun artis ini pernah mengadakan pameran tunggal. Malah, pameran ini telah diadakan di Neulbom Children’s Park di Jangan-dong. Taman ini merupakan sebahagian daripada projek taman permainan kanak-kanak kreatif oleh Seoul City. Taman ini juga dapat bertukar daripada taman permainan biasa kepada tempat di mana kanak-kanak boleh melakukan pelbagai aktiviti secara autonomi. Baru-baru ini, taman ini telah di ubah suai dan kini, ia kelihatan sangat tersusun dan bersih.
Neulbom Children’s Park, Jangan-dong
Alamat 343, Jangan-dong, Dongdaemun-gu, Seoul (Neulbom Children’s Park)
Pengangkutan Subway Line 5, Janghanpyeong Station, Exit 3 (1.4km)