Hari jadi orang yang disayangi adalah hari yang menggembirakan bukan sahaja untuk orang yang diraikan tetapi juga untuk semua orang yang menyayangi mereka. Lebih-lebih lagi jika Hari Jadi tersebut merupakan sambutan orang teristimewa untuk kita sudah semestinya kita berasa gembira dan ingin mengucapkan tahniah kepadanya. Acara ‘Birthday Cafe’, yang kebanyakkanya diadakan oleh fandom idola Korea merupakan suatu acara yang diadakan peminat yang menyewa kafe untuk tempoh masa tertentu pada hari istimewa hari jadi idola dan mengadakan acara untuk meraikan hari lahir idola itu. Budaya kafe hari jadi yang bermula dari keinginan untuk berkongsi dan menzahirkan cinta kepada seseorang idola, kini telah menjadi salah satu tempat yang membolehkan orang ramai berkongsi ikon kegemaran mereka bukan sahaja dengan idola K-POP, tetapi juga dengan bintang filem, orang ternama, bintang sukan, dan malah watak daripada webtoon dan novel web popular. Ia telah berkembang dan merangkumi semua aspek dan telah menjadi aktiviti yang mewakili budaya fandom.
Di tempat tersebut iaitu Kafe hari Jadi, anda boleh menonton video kegemaran anda sepanjang hari dan mengambil gambar etiket iaitu (Foto yang diambil bersama-sama dengan kad foto idola dan makanan). Anda boleh mengadakan lawatan ke pelbagai kafe hari jadi, dan mengambil gambar di Photo Box serta menikmati pelbagai faedah istimewa lain. Bahkan, terdapat juga acara cabutan bertuah di mana anda boleh menerima hadiah-hadiah menarik yang berkaitan dengan idola anda. Jom temui kafe hari jadi di Seoul untuk lawatan yang menjadi gambaran penting kepada budaya Korea yang istimewa.
Kafe foto terkenal
FAN SPACE
FAN SPACE merupakan tempat dengan dalaman dengan latar belakang pastel yang hangat. Tempat ini sangat terkenal di kalangan peminatnya sebagai kafe foto. FAN SPACE juga mempunyai Photo Box khas yang hanya boleh didapati di sini. Dalam tempoh aktiviti berlangsung, peminat juga boleh menyediakan bingkai yang dibuat oleh peminat itu sendiri untuk mengambil gambar. Bahkan hasilnya juga dikatakan akan lebih cantik daripada Photo Box di tempat lain.
Projektor cahaya FAN SPACE yang sentiasa memaparkan video idola anda sehingga suasana hangat tersebut membawa anda merasai pengalaman seakan-akan mengadakan majlis hari jadi bersama idola anda. Anda juga boleh mengalami pelbagai gambar etiket dan mengadakan aktiviti budaya yang istimewa. Sebagai Contoh, mengambil gambar dengan gaya bergambar khusus idola anda atau mengambil gambar etiket dengan anak patung idola anda.
Di FAN SPACE, anda boleh merasai makaron istimewa dengan gambar idola anda tercetak di atasnya.
Datanglah melawat FAN SPACE yang terkenal sebagai kafe hari jadi untuk bintang K-POP terkenal seperti Jimin BTS, Woozi dan Boo Seungkwan Seventeen, dan Jisung NCT. Abadikan kenangan indah anda di dalam sebuah gambar dan nikmati budaya kafe hari jadi.
Restoran bersinar terang penuh kepekaan
Café Now Here
Salah satu ciri kafe hari jadi ialah konsep yang dipilih dicerminkan oleh peminatnya. Kerana emosi dan keikhlasan peminat diserapkan ke dalam asas deko dalaman Kafe. Oleh Itu, setiap kafe hari jadi mempunyai suasana yang berbeza yang dapat membuatkan orang yang menikmati lawatan kafe hari jadi berasa gembira.
Pada siang hari, cahaya matahari yang hangat menyinari kafe menjadikannya ia tempat yang terbaik untuk mengambil gambar yang sungguh estetik. Kafe itu sendiri bukan sahaja indah tetapi juga memberi anda keseronokan mencari gambar idola anda. Turut disertakan pelbagai prop yang diletakkan di seluruh kafe. Anda juga boleh menikmati pelbagai aktiviti budaya kafe hari jadi termasuklah aktiviti zon hiasan idola, gambar menu, gambar etika dengan anak patung dan zon cabutan hadiah. Di kafe ini juga anda boleh melihat seni latte yang memberi gambaran tentang idola anda dengan latte coklat pujaan anda dan kek yang serupa dengan idola anda.
Kafe ini dijalankan sebagai kafe hari jadi untuk beberapa bintang seperti BTS Jin dan V, Stray Kids Hyunjin, SF9 Hwiyoung, NCT Dream Jeno, Lim Young-woong, dll. Mari ambil gambar yang menarik bersama idola anda di Café Now Here, sambil disinari oleh sinaran matahari musim bunga yang akan datang.
Satu-satunya ruang pameran untuk gambar idola
BIAS Gallery Cafe
Gambar merupakan penyimpan memori dan rekod terbaik tentang perkara yang anda sukai dan membolehkan kita melihatnya pada bila-bila masa. Alangkah gembiranya anda jika anda dapat menggantung gambar idola anda dan sentiasa ada dikelilingi oleh mereka, seperti lukisan di galeri? Di Seoul, terdapat kafe hari jadi yang memahami isi hati peminatnya.
Seperti namanya, Bias Gallery Cafe ialah galeri di mana anda boleh menggantung banyak gambar idola anda. Bias Gallery Cafe juga mempunyai zon perkongsian untuk peminat. Zon Kongsi ialah tempat yang digunakan oleh peminat yang kerap mengunjungi tempat tersebut apabila mereka ingin berkongsi sesuatu yang kecil dengan peminat lain sempena hari lahir kegemaran mereka. Selain itu, terdapat zon surat di mana peminat boleh menulis surat pendek kepada idola mereka pada nota kecil. Jika anda meninggalkan surat di sini ia akan dijadikan buku mesej dan dihantar kepada idola anda selepas kafe hari jadi tamat.
Nikmati pengalaman kebudayaan Korean Wave dengan mengambil gambar etiket dengan foto idola anda yang akan berbaris seperti karya seni di sepanjang dinding putih.
Pengalaman menikmati makanan yang sama seperti makanan pujaan iaitu
Chulboozi Espresso
Apabila budaya kafe hari jadi semakin meluas menyebabkan semakin banyak aktiviti budaya Korean Wave telah mengambil tempat di kalangan Fandom Kpop. Hanya bermula daripada kafe yang menyajikan minuman kemudiannya ia menjadi kafe yang turut menyediakan makanan ringan atau pencuci mulut idola dan menikmatinya di kafe hari jadi. Terutamanya,, snek tipikal Korea iaitu bungeoppang merupakan makanan ringan yang popular di kalangan idola dan artis.
Chulboozi Espresso memberikan gambaran memori indah tentang aspek estetika kafe kecil yang mengelola sebuah ruang kecil sebagai kafe hari jadi. Memang tidak banyak gambar yang dapat dilihat tetapi ada kelebihan lain iaitu dapat menikmati Bungeobbang, makanan ringan kegemaran anda bersama.
Dikenali sebagai kafe hari jadi untuk bintang seperti NCT Ji-sung, SF9 Hwiyoung, dan BTS Jin, dan juga sering dikunjungi oleh pelakon Kim Ji-won (lihat Instagram Chulboozi Espresso), tempat ini menyajikan bungeoppang dalam pelbagai pilihan perisa. Bermula dari bungeoppang yang disumbat dengan kacang merah, sehingga puff krim, keseluruhan keju mozzarella dan jagung mentega juga dijual. Antara keseluruhan pilihan bungeoppang (rangup di luar dan padat di dalam), menu paling popular ialah bungeoppang keju. Terdapat khabar angin menyatakan bahawa peminat yang datang ke kafe hari jadi ini akan menjadi pelanggan tetap dan kembali untuk mendapatkan lebih banyak hidangan dan makanan.
Menikmati makan bersama-sama adalah pengalaman yang boleh menjalinkan kasih sayang. Jom cuba di Chulboozi Espresso di Seoul iaitu sebuah pengalaman istimewa di mana anda tidak berpeluang untuk menikmatinya bersama-sama idola kesayangan anda, namun begitu anda boleh menikmati makan makanan yang sama seperti makanan kegemaran idola anda.