‘Skybridge Tour’ adalah satu tarikan beraltitud tinggi di mana pengunjung boleh menyeberangi jambatan yang menghubungkan menara atas bumbung tertinggi Lotte World Tower. Lotte World Tower adalah bangunan tertinggi keempat di dunia, dan ia mempunyai salah satu ‘sky brigde’ tertinggi di dunia yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk pengunjung. Tour ini berlangsung selama satu jam dengan maksimum 12 orang peserta dan dipandu oleh ‘guide’. Peserta dapat melihat panorama bandar Seoul dari atas, melintasi dan melompat dari jambatan sepanjang 11m untuk misi dan sesi bergambar yang mendebarkan. Selepas tour, peserta dapat mencetak foto yang diambil dari atas jambatan dan akan menerima sijil penghargaan sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Lawatan ini tidak boleh disertai oleh kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, orang yang mempunyai berat badan melebihi 120kg dan tinggi 140 cm, atau sesiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, jantung, muskuloskeletal, atau gangguan otot. Akibat wabak COVID-19, semua peserta mesti memakai topeng muka dan memeriksa suhu mereka sebelum masuk. Tempat ini dilengkapi dengan sanitizer tangan di semua kemudahan untuk menguruskan pembasmian kuman dengan teliti.
Skybridge Alamat Lotte World Tower, 300, Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul
Waktu Operasi Rabu-Ahad, 13:00-20:00 (ditutup jika cuaca tidak mengizinkan)
Pertanyaan +82-1661-2000
Petunjuk Stesen Jamsil (Subway Line 2 & 8, Exit 11) 1 minit dari pintu keluar
Laman web https://seoulsky.lotteworld.com/ko/facility/skyBridgeTour.do