Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ialah port ketibaan utama untuk kebanyakan penerbangan dari luar Korea. Terletak kira-kira satu jam dari pusat bandar Seoul, terdapat beberapa cara yang mudah untuk pergi ke bandar dari lapangan terbang.
Kereta Api (AREX)
Landasan kereta api AREX yang menghubungkan pusat bandar Seoul dengan Lapangan Antarabangsa Incheon dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo. Terdapat dua kelas kereta api yang tersedia: 1) All Stop Train - Berhenti di setiap stesen; dan 2) Express Train - Tanpa henti antara Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Stesen Seoul. Kereta api Ekspres berlepas setiap 20 ke 40 minit dari Lapangan terbang Antarabangsa Incheon dan mengambil masa kira-kira 40 minit. Kereta Api All Stop bertolak setiap 5 ke 10 minit dan mengambil masa di bawah 60 minit untuk sampai ke Stesen Seoul. Kos Kereta Api Ekspres adalah KRW9,500 bagi setiap perjalanan, sementara Kereta Api All Stop adalah KRW4,150 - 4,750.
Bas
Bas Lapangan Terbang
Bas Lapangan terbang menuju ke semua kawasan utama Seoul. Tiket berharga KRW5,000 hingga 15,000 dan masa perjalanan kira-kira 60 hingga 80 minit, bergantung kepada trafik dan destinasi. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket yang terletak di luar terminal penumpang atau tambang boleh dibayar secara tunai atau kad kredit (di Lapangan terbang Incheon).
Maklumat lanjut tentang laluan dan jadual boleh didapati di https://www.airport.kr/ap/en/tpt/busRouteList.do .
※ Info Lanjut
Diskaun untuk Keluarga
Bermula pada 20 Januari 2017, keluarga yang terdiri daripada tiga orang atau lebih yang melancong bersama ke Lapangan Terbang Incheon boleh menikmati diskaun. Kumpulan yang melancong mesti terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan mempunyai kanak-kanak dalam kumpulan untuk mendapatkan diskaun. Jika kumpulan pelancong memenuhi syarat ini, seorang ahli keluarga akan dapat naik secara percuma. Diskaun boleh digunakan bagi semua 36 laluan bas, termasuk laluan bas lapangan terbang biasa.
Syarikat Bas Lapangan Terbang
* City Airport Logis & Travel: https://www.calt.co.kr/
* Airport Limousine: http://www.airportlimousine.co.kr
* Seoul Airbus: http://www.seoulairbus.com
* KAL Limousine: https://www.kallimousine.com
Teksi
Terdapat empat jenis teksi: Teksi Standard, international, deluxe, dan jumbo taxi vans. Teksi antarabangsa adalah 20 peratus lebih mahal daripada teksi standard dan pemandu boleh berbahasa Inggeris, Jepun, atau Cina. Teksi deluxe lebih mahal kira-kira 40 ke 50 peratus daripada teksi standard, tetapi menggunakan sedan yang lebih mewah dan lebih besar. Van teksi jumbo boleh memuatkan sehingga lapan orang penumpang pada satu masa dan harganya sama dengan teksi deluxe. Hentian teksi bagi setiap jenis boleh didapati di luar terminal ketibaan.
Harga Standard Teksi ke Pusat Bandar Seoul
Caj tol tambahan sebanyak KRW 7,900 untuk Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan ditambahkan kepada apa yang dipaparkan pada meter.
Senarai dan jadual harga jangkaan, masa jangkaan dan destinasi bagi perkhidmatan teksi Destinasi | Masa Jangkaan (Min) | Tambang Jangkaan (KRW) |
---|
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Lapangan terbang Antarabangsa Gimpo | 40-50 | 31,000-34,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Courtyard by Marriott (Yeongdeungpo-dong) | 60-70 | 40,000-44,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Hotel Grand Hyatt (Hannam-dong) | 80-90 | 47,000-52,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Hotel Shilla (Jangchung-dong) | 90-100 | 50,000-55,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Hotel Grand Intercontinental (Samseong-dong) | 80-90 | 53,000-58,500 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Hotel Marriot (Euljiro-dong) | 80-90 | 48,000-53,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Hotel Grand Hilton (Hongeun-dong) | 60-70 | 41,000-45,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Myeong-dong | 80-90 | 47,000-52,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Dongdaemun Market | 90-100 | 50,000-55,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Namdaemun Market | 80-90 | 48,000-53,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Namsan (Menara N Seoul) | 80-90 | 49,000-54,000 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ↔ Insa-dong | 70-80 | 44,000-48,500 |
※ Masa dan tambang perjalanan sebenar mungkin berbeza
※ Jangkaan tambang setakat tahun 2013