‘Great Han River’ merupakan salah satu projek penting bandar Seoul yang dijangkan akan siap pada tahun 2030. Projek ini bertujuan untuk menghidupkan semula kawasan sekitar Sungai Han dan menyediakan bandar budaya yang menarik untuk penduduk dan pengunjung Seoul. Melalui projek pemulihan ekologi, pengukuhan kemudahan kebudayaan dan rekreasi serta projek keseimbangan antara pembangunan bandar dan alam semula jadi telah berjaya meningkatkan kemudahan infrastruktur dan pemandangan Sungai Han. Pada masa ini, usaha giat sedang dijalankan bagi meningkatkan keseronokan dan keindahan Sungai Han dengan menambah baik kemudahan budaya dan seni.
Dalam artikel ini, kami ingin memperkenalkan jadual perjalanan yang boleh dinikmati di Ttukseom Hangang Park yang terletak di utara daripada 12 Taman Hangang yang telah ditransformasikan oleh projek ini. Ttukseom Hangang Park iaitu kawasan yang meliputi seluas 825,000㎡ dan menarik perhatian sebagai syurga bagi pencinta sukan.
Aktiviti luar di Sungai Han adalah cara terbaik untuk menikmati musim panas di Seoul. Terdapat juga sukan luaran yang penuh dengan keterujaan dan kawasan berkelah di mana anda boleh berehat dengan tenang. Tempat ini boleh dikatakan sebagai destinasi musim panas yang sempurna untuk memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat. Mari sertai kami ke Ttukseom Hangang Park, di mana pelbagai aktiviti telah disediakan.
139 Gangbyeonbuk-ro, Gwangjin-gu, Seoul
Stesen Jayang, Kereta Api Bawah Tanah Laluan 7, keluar 2 dan 3
Beri perhatian kepada hal berikut!
Bayaran parkir maksimum sehari ialah 10,000 won.
Walau bagaimanapun, pada hujung minggu dan malam hari ketika waktu kemuncak dengan ramai orang, disarankan lebih baik menggunakan pengangkutan awam.
Kolam Renang Terbuka Ttukseom
Rakan-rakan, ahli keluarga dan pasangan kekasih sekalian, Tunggu apa lagi! Mari kita nikmati keseronokan musim panas di kolam renang Ttukseom. Kolam Renang Ttukseom ialah kolam renang yang boleh dinikmati di pusat bandar dengan harga mampu milik 5,000 won untuk dewasa. Ia dibuka pada 20 Jun dan Kolam Renang Ttukseom Hangang merupakan kolam renang besar yang boleh memuatkan 3,500 orang sekaligus dengan empat kolam dan pelbagai kemudahan air pancut.
Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menikmati aktiviti bermain air dan menikmati musim panas termasuklah aliran sungai perlahan di mana anda boleh bermain tiub di sepanjang air yang mengalir dan aktiviti aqua Ring setinggi 4 m dengan aliran air sejuk yang mengalir serta tanning area yang memberikan anda peluang untuk berjemur dibawah matahari dengan selesa.
Penyediaan payung untuk melindungi diri anda dari matahari juga boleh diperolehi secara percuma. Ia disediakan setiap satu untuk setiap empat orang keluarga. Manakala topi renang, tiub air dan jaket keselamatan yang merupakan peralatan penting apabila memasuki kolam renang pula boleh dibeli di kedai peralatan yang terletak di pintu masuk. Bilik mandi dan bilik persalinan disediakan secara percuma tetapi anda disyorkan untuk membawa wang tunai jika anda bercadang untuk menggunakan loker.
112 Jayang-dong, Gwangjin-gu, Seoul
Stesen Jayang, Kereta Api Bawah Tanah Laluan 7, Keluar 2
Tempoh beroperasi: 20 Jun (Khamis) ~ 18 Ogos (Ahad) ,09:00 ~ 18:00 (masa makan tengah hari 12:00 ~ 12:40)
Kanak-kanak (6~12): 3,000 won, Remaja (13~18): 4,000 won, Dewasa (19 tahun ke atas): 5,000 won
Kolam Renang Terbuka Ttukseom Halaman maklumat
Luncur Angin Ttukseom
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih mencabar selain kolam renang anda disarankan untuk pergi ke Luncur Angin Ttukseom. Dibuka dari Mei hingga Oktober memberikan anda ruang untuk mencuba pelbagai sukan air seperti luncur angin, paddleboarding, berkayak, yoga paddle dan banana boat. Kawasan ini adalah zon aktiviti di mana anda boleh menikmati angin sejuk Sungai Han di bawah terik matahari musim panas.
Berdekatan dengan kawasan Luncur Angin Ttukseom terdapat beberapa kedai yang menawarkan pengetahuan asas untuk sukan air yang anda inginkan. Oleh itu, anda boleh membuat tempahan dan memberikan beberapa bertanya serta menyewa peralatan di lokasi.
Jika anda inginkan pengalaman yang lebih santai anda disarankan untuk mengunjungi Arirang House Sungai Han yang berhampiran. Arirang House ialah tempat di mana anda boleh menikmati sukan air seperti bot itik, bot bermotor dan mendayung bahkan ia menyediakan restoran.
Sila ambil perhatian bahawa lokasi luncur angin ini tertakluk pada keadaan cuaca dan sekatan bermusim tetapi bot itik pula tersedia sepanjang tahun.
Fasilitasi Sukan Ttukseom
Pelbagai kemudahan sukan disediakan di Taman Ttukseom Hangang bagi membolehkan anda menikmati sukan lasak di bawah matahari musim panas. Selain daripada gelanggang bola keranjang dan tenis yang boleh digunakan melalui tempahan dalam talian, bilik X-game (ruangan tempat anda boleh bermain papan selaju) membenarkan tempahan di lokasi kejadian dan gelanggang gateball (terutamanya digunakan oleh warga emas) sentiasa terbuka, jadi sesiapa sahaja dalam semua peringkat umur boleh menikmatinya.
Anda boleh mendaftar untuk tapak pendakian buatan dan anda boleh menggunakannya secara percuma jika anda mempunyai kelayakan yang diperlukan dan memenuhi keperluan untuk mendaki dalam kumpulan dua orang. Ia beroperasi dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari dari Mac hingga Disember. Terdapat juga program latihan percuma mengikut bulan dan hari yang ditetapkan dalam seminggu. Oleh itu, semak tapak web di bawah untuk mendapatkan butiran lanjut.
Fasilitasi Sukan Ttukseom Halaman maklumat
- Gelanggang Bola Keranjang: Tempahan dalam talian (2 jam setiap sesi, 4,000 won)
- Gelanggang Tenis: Tempahan dalam talian (2 jam setiap sesi, 4,000 won)
- Gelanggang Badminton: Tempahan dalam talian (2 jam setiap sesi, 2,000 won)
- Padang Bola: Tempahan dalam talian (2 jam setiap sesi, siang: KRW 12,000, petang KRW 25,000)
Zon Penghantaran Ttukseom
Sambil menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan pasti akan disertai dengan rasa lapar yang membuak-buak. Pada masa kini, penghantaran makanan yang cepat dan mudah akan menyelamatkan anda daripada rasa lapar anda. Budaya penghantaran makanan telah sebati dengan kehidupan seharian di Korea dan pastinya penghantaran makanan juga boleh dilakukan di Taman Hangang yang luas.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk menghantar makanan di taman besar, inilah rahsianya. Setiap Taman Hangang mempunyai zon penghantaran untuk menerima penghantaran, dan untuk Taman Hangang Ttukseom, terdapat dua zon penghantaran. Anda boleh menempah penghantaran melalui Baedal Minjok, Yogiyo, Coupang Eats, dan lain-lain. Anda juga boleh menempah dengan melihat risalah yang diedarkan berhampiran stesen kereta api bawah tanah atau berhampiran zon penghantaran.
Kami secara ringkasnya ingin memperkenalkan aplikasi penghantaran untuk pelancong asing yang ingin melakukan penghantaran makanan seperti orang Korea. Walaupun anda tidak fasih dalam berbahasa Korea tetapi anda mempunyai nombor telefon Korea dan kad bank Korea, cubalah untuk mengunakan apl Coupang Eats. Ianya adalah lebih senang kerana anda boleh mengorder dalam English. Manakala jika anda mempunyai nombor telefon Korea tetapi tiada akaun bank Korea, anda boleh menggunakan laman web English Yogiyo dan membayarnya secara tunai.
Apakah yang perlu saya lakukan jika bahasa Korea terlalu sukar dan saya tidak mempunyai nombor atau kad bank Korea? Jangan risau! Nasib baik, terdapat dua pilihan untuk penutur bahasa Inggeris jadi jangan takut: salah satunya ialah apl yang dipanggil Shuttle dan satu lagi ialah apl Creative.
Apl penghantaran dan pemulangan ini menyediakan penghantaran dari 11:00 hingga 23:00 setiap hari. Namun begitu, sukar untuk mengesahkan laluan penghantaran dan anda perlu menggunakan perkhidmatan pelanggan melalui telefon, e-mel, Facebook atau KakaoTalk untuk menjejaki laluan penghantaran. Namun, apa yang mengecewakan ialah penghantaran hanya dibuat ke bangunan tetap dan bukannya ke kawasan lapang seperti Taman Ttukseom Hangang.
Creative App juga merupakan salah satu lagi aplikasi mesra warga asing yang menyediakan pesanan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, bilangan restoran yang disenaraikan adalah terhad dan sukar untuk mengesahkan semula penghantaran dengan menghantar resit ke apl Talian (@creatrip) selepas pembayaran. Perkhidmatan ini beroperasi setiap hari dari jam 14:00 hingga 23:00 (pesanan terakhir 22:00) tetapi penjejakan penghantaran tidak dapat dilakukan. Tambahan lagi, bayaran penghantaran tambahan mungkin juga dikenakan. Oleh itu, sebaiknya sediakan wang tunai. Sila ambil perhatian bahawa komunikasi dengan perkhidmatan pelanggan diperlukan untuk memantau pesanan.
Zon penghantaran 1
427-1 Jayang-dong, Gwangjin-gu, Seoul
Stesen Jayang, Kereta Api Bawah Tanah Laluan 7, Keluar 2
Zon penghantaran 2
97-5 Jayang-dong, Gwangjin-gu, Seoul
Stesen Jayang, Kereta Api Bawah Tanah Laluan 7, Keluar 2
Kandungan ini memperkenalkan pelbagai aktiviti untuk menikmati musim panas di Sungai Han. Jika anda ingin tahu bagaimana suasana tempatan yang digemari penduduk tempatan, bagaimana pula jika anda menikmati percutian musim panas di Sungai Han pada musim panas ini?