Pada ketika ini Seoul berada pada puncak musim bunga. Jom menikmati bersama-sama angin musim bunga dan aroma manis bunga bermekaran. Anda tidak perlu pergi jauh-jauh, jom nikmati musim bunga iaitu musim yang sesuai untuk berkelah dan menjalankan aktiviti luar di di Seoul.
Haneul Park adalah salah satu dari empat taman yang membentuk Taman Piala Dunia yang dibina dengan membina semula dan membaik pulih semula tempat pembuangan sampah Nanjido dan mengubahnya menjadi taman. Taman ini dinamakan sebagai Haneul Park karena kawasannya mencerminkan imej biasan sehingga memberikan ilusi kelihatan seperti dekat dengan langit. Di bulan Mei, bunga kanola bermekaran penuh, dan padang rumput hijau nan indah yang seakan menyentuh langit panti menjadi tarikan yang akan memikat hati. Dari observatorium, Anda bisa melihat sekilas pemandangan Seoul di sekitar Gunung Bukhansan dan Sungai Han. Selain itu, Anda juga boleh menikmati aktiviti bersiar-siar santai sambil menikmati phytoncide di Metasequoia Road. Untuk pergi ke Haneul Park, Anda bisa mendaki anak tangga atau menggunakan perhentian bas di pintu masuk. Perhentian bas dapat digunakan sama ada naik mahupun turun daripada tempat tersebut. Lebih menarik lagi anda juga boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Nikmati aktiviti berkelah sambil menikmati panorama di Haneul Park.
○Alamat: 95 Haneulgongwon-ro, Mapo-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: Setiap hari 05:00 ~ 22:00 KST (berbeza mengikut bulan)
Terletak di tengah-tengah Jembatan Hangang, Pulau Nodeul adalah tempat berkelah khas yang bertujuan untuk mengetengahkan "kemudahan pusat budaya melalui muzik". Di kawasan luar tempat tersebut terdapat kawasan berumput, rimbunan hutan dan laluan pejalan kaki di mana anda boleh menikmati aktiviti berkelah, dan di dalamnya anda boleh menikmati pelbagai seni seperti live house, galeri, kafe buku dan kedai seni, agar anda boleh menikmati alam semula jadi dan budaya pada masa yang sama. Pulau Nodeul juga menganjurkan pelbagai program, termasuk festival muzik, festival jazz dan pameran seni. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web. Mari memupuk semangat cinta akan alam dan seni di Pulau Nodeul yang penuh bertenaga bak musim bunga. Walau bagaimanapun, Pulau Nodeul mempunyai lalu lintas yang padat dan tempat letak kereta yang terhad. Oleh itu, anda adalah sangat disarankan untuk gunakan pengangkutan awam.
○Alamat: 445 Yangnyeong-ro, Yongsan-gu, Seoul
○Waktu Beroperasi: Sel-Jumaat 10:00 ~ 21:00 KST, Hujung Minggu/Cuti 10:00 ~ 22:00 KST (Ditutup setiap Isnin)
Sungai Han ialah tempat berkelah yang mewakili Seoul. Semasa cuaca panas, orang Seoul dan pelancong berpusu-pusu untuk menikmati Sungai Han. Antaranya, Taman Yeouido Hangang yang menyediakan pelbagai perkara menarik untuk dilihat dan dinikmati dengan pelbagai festival dan acara seperti Festival Bunga Musim Bunga, Pesta Bunga Api Sedunia dan acara maraton. Berhampiran Taman Yeouido Hangang, terdapat kedai yang menyewa peralatan berkelah seperti tikar, meja dan khemah yang memudahkan anda menikmati aktiviti berkelah anda dengan tenang. Nikmati berkelah di Taman Hangang sambil bersantai duduk di padang berumput dan melihat Sungai Han sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa sungai yang sejuk sambil menyantap makanan dari trak makanan (Di luar Negara lebih dikenali sebagai ‘K-street food’) atau makanan seperti ayam dan piza.
Di The Hyundai Seoul, yang terletak 10 minit berjalan kaki dari Yeouido Hangang Park, sebuah kedai pop dibuka dan menjadi trend yang popular dengan generasi MZ dibuka sepanjang masa agar anda boleh menikmati trend membeli-belah dan makanan terkini yang sedang rancak di Seoul.
○Alamat: 330 Yeouidong-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: Dibuka 24 jam setiap hari
Bukseoul Dream Forest merupakan taman ketiga terbesar di Seoul dan merupakan taman di mana seisi keluarga boleh menikmati aktiviti berkelah yang santai di kelilingi dengan anugerah alam semula jadi. Hutan tebal, ruang landskap ekologi dan pemandangan tradisional diselaraskan dengan baik untuk mempamerkan pemandangan yang indah. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai kemudahan kebudayaan seperti Pusat Seni Hutan Impian, Balai Cerap dan Dataran Budaya. Dari balai cerap, anda boleh melihat pergunungan Seoul yang indah, seperti Bukhansan dan Dobongsan. Anda juga boleh melihat Menara Lotte dari kejauhan bergantung kepada cuaca. Sewaan kerusi roda dan kereta sorong juga disediakan di pusat pelawat. Mari berkelah ke Bukseoul Dream Forest, di mana seluruh keluarga boleh menikmati musim bunga bersama-sama.
○Alamat: 173 Wolgye-ro, Gangbuk-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: Dibuka 24 jam setiap hari
Tempat yang tidak boleh ditinggalkan ketika berkelah ialah taman hiburan. Seoul Children's Grand Park ialah sebuah taman hiburan keluarga, yang terdiri daripada 'Animal Land', 'Nature Land' dan 'Fun Land'. Animal Land mempunyai kira-kira 600 haiwan daripada 70 spesies dan terdapat program panduan oleh pemandu haiwan profesional. Fun Land pula mempunyai taman bermain dan pelbagai kemudahan pengalaman. Seoul Children's Grand Park juga terkenal dengan bunga musim bunga. Oleh itu, ia adalah tempat yang tepat untuk menikmati pemandangan bunga bersama keluarga dan kekasih. Jika anda terlepas musim melihat bunga sakura, berkunjunglah dan nikmati bunga sakura yang mekar dari pertengahan April.
○Alamat: 216 Neungdong-ro, Gwangjin-gu, Seoul
○Waktu beroperasi: 05:00 ~ 22:00 KST setiap hari (mengikut taman) (Jam untuk Animal Land dan Fun Land berbeza)
West Seoul Lake Park ialah taman tasik mesra alam yang dicipta di bawah tema 'air' dan 'penjanaan semula' dengan mengubah suai Loji Penulen Air Sinwol yang lama yang mempunyai skala terbesar di wilayah barat daya. West Seoul Lake Park ialah 'padang rumput terbuka' di mana anda boleh menghamparkan tikar di bawah pokok zelkova, yang juga dijuluki 'meja untuk 100 orang'. Anda boleh menikmati makan tengah hari berkelah di bawah naungan pergola, 'taman penjanaan semula' dengan paip dan buluh. buluh, dan 'dek budaya' yang mengelilingi tasik tengah', 'Mondrian Garden', 'Central Lake' dan 'Taman Atas Bumbung' ialah tempat berkelah di mana anda boleh menikmati penyembuhan secara semula jadi. Terdapat juga tempat di mana anda boleh memasang khemah anda atau berteduh di atas dataran berumput, jadi jom kita menikmati aktiviti berkelah musim bunga dengan bunga dan pokok mengikut musim di West Seoul Lake Park.
○Alamat: 25 Nambusunhwan-ro 64-gil, Yangcheon-gu, Seoul
○Waktu Beroperasi: Dibuka 24 jam setiap hari