Sindang-dong, yang terletak di Jung-gu, adalah kawasan kejiranan bersejarah yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan terdapat pasar tradisional yang dikenali ramai. Seiring dengan perubahan dalam trend membeli-belah pada awal 2010-an, bilangan penjual beras yang menguasai pasaran telah berkurangan digantikan dengan kehadiran artisan dan pereka tempatan yang mendapat tempat di hati pengunjung dan memberikan tawaran barang pada harga yang lebih berpatutan. Menjelang penghujung tahun 2021, beberapa kafe, bar dan kedai yang bergaya telah dibuka, menjadikan kawasan itu mendapat nama gelaran "Hip Dang Dong". Ia menggabungkan daya tarikan tradisionalnya dengan tempat yang moden dan sejuk. Musim panas di Korea boleh menjadi sangat panas oleh itu kami mencadangkan untuk anda menerokai kawasan kejiranan yang melambangkan bandar Seoul yang semakin moden. Berbanding anda hanya melawat mana-mana kafe atau restoran secara random. Mari menjelajah ke seluruh lorong-lorong yang ada, temui kafe dan restoran tersembunyi, nikmati makanan yang lazat dan berehat di ruangan dengan deko dalaman yang penuh bergaya dan unik.
01 Sindang-dong Cheon Patjuk
Sindang-dong Cheon Patjuk ialah restoran ringkas tetapi menarik yang terkenal dengan bubur kacang merah dan kalguksu kacang merah. Jangan tertipu dengan luarannya yang sederhana kerana ia merupakan tempat yang menyimpan permata tersembunyi yang menyajikan masakan paling asli dan penuh dengan kelazatan di kawasan itu. Ini merupakan tempat yang terbaik untuk mencuba makanan musim panas Korea bermusim. Mari singgah untuk mencuba hidangan musim panas yang lazat, Kongguksu dan Seoritae Kongguksu. Malahan hidangan mi kenyal dalam sup kacang yang lazat boleh dikatakan sebagai sebuah karya seni. Bukan itu sahaja, makanan popular korea yang mendunia iaitu kimchi juga sudah tentu disajikan sebagai hidangan sampingan asas.
33 Dasan-ro 44-gil, Jung-gu, Seoul
Keluar 4 Stesen Sindang di Laluan Kereta Api Bawah Tanah 2 dan 6 (berjalan 78m)
Setiap hari 10:30~20:00 (pesanan terakhir 19:30)
02 Mail Room
Mail Room merupakan tempat yang terletak di bawah lorong dan tersembunyi di sebalik bahagian luar bangunan yang berwarna kuning serta dihiasi dengan grafiti. Sebaik sahaja anda melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam anda akan disambut oleh kabinet bar espresso dan peti mel yang berfungsi sebagai pintu rahsia. Anda boleh menulis pesanan anda pada sekeping kertas dan seorang staf akan memberikan anda wireless pager dan kunci. Apabila wireless pager anda bergetar, anda boleh menggunakan kunci anda untuk membuka peti mel dan menerima pesanan anda.
Tingkat dua kafe ini mempunyai perabot kayu dan tingkap besar yang menerangi bilik sehingga mewujudkan suasana yang lapang serta pintu almari cermin yang mengarahkan perhatian anda menuju ke tingkat tiga. Mari mencari ketenangan diri dari bahang terik musim panas di tempat ini yang menggabungkan daya tarikan dan gaya moden canggih yang mudah untuk diakses khusus dalam menikmati setiap hidangan kopi, minuman espreso dan koktel espreso.
10-7 Toegye-ro 83-gil, Jung-gu, Seoul
Laluan Kereta Api Bawah Tanah 2 dan 6, Stesen Sindang, Keluar 1 (berjalan 77m)
Hari bekerja 12:00~00:00, Hujung Minggu 11:00~00:00
@mailroom_sindang
03 Bookhae Bingsoo
Bookhae Bingsoo terkenal dengan ais kepal iaitu hidangan pencuci mulut yang menyegarkan dan dihidangkan dengan pilihan pelbagai perisa seperti susu, original, kopi, Oreo, keju, tiramisu, strawberi dan beri biru. Apa yang unik tentang tempat ini ialah hidangan untuk kacang merah adalah dihidangkan secara berasingan. Stafnya juga sangat ramah malah terdapat tempat menjamu makanan dan minuman atas bumbung yang menjanjikan suasana menjamu selera yang tenang. Ia dihiasi dengan perabot dan hiasan menarik seperti dinding simen, meja makan kayu, kerusi keluli dan bangku. Ia sangat sesuai untuk menikmati snek lewat malam dan tempat untuk bersantai. Bookhae Bingsoo biasanya dibuka 24 jam sehari dan terus dibuka sehingga lewat untuk menampung permintaan dan kedatangan orang ramai di Pasar Malam Borong Dongdaemun berdekatan.
28 Dasan-ro 47-gil, Jung-gu, Seoul
Keluar 10 Stesen Sindang di Laluan Kereta Api Bawah Tanah 2 dan 6 (berjalan 177m)
Biasanya 24 jam (dibuka sehingga 22.00 setiap hari Jumaat, ditutup setiap hari Sabtu)
04 Zoo Sindang
Usaha anda untuk mencari jalan masuk menuju ke Zoo Sindang pasti tidak akan sia-sia. Apabila kaki anda melangkah masuk ke kawasan ini, perasaan anda pasti akan bercampur-baur seakan-akan berasa seperti anda telah memasuki kawasan gua. Sekiranya anda berharap untuk mendapatkan tempat duduk di antara kawasan yang padat tersebut anda boleh menggunakan kiosk untuk mendaftar dalam senarai menunggu. Masa menunggu anda kebiasaanya tidak lebih daripada 30 minit.
Bar tersebut yang mempunyai keyunikan dengan tema yang dibawa iaitu bertemakan kuil yang akan menciptakan suasana eksotik dengan hiasan azimat, patung batu dan hiasan dalaman yang unik. Anda akan dipersilakan ke meja di mana anda boleh memanggil ahli staf bertugas dengan loceng untuk memesan makan malam. Walaupun hidangan menu terhad tetapi kualiti makanannya adalah sangat sedap dan lazat. Terkenal dengan koktelnya, bar ini menampilkan pelayan bar yang menyajikan minuman lazat yang sesuai untuk dipaparkan didalam media sosial seperti Instagram anda. Termasuklah koktail istimewa mereka yang diilhamkan oleh Zodiak Cina. Ini adalah tempat yang istimewa untuk mereka yang mengutamakan privasi dan ingin menikmati malam musim panas yang tenang bersama rakan-rakan.
411 Toegye-ro, Jung-gu, Seoul
Keluar 12 Stesen Sindang di Laluan Kereta Api Bawah Tanah 2 dan 6 (berjalan 108m)
Hari bekerja 18:00~02:00, Hujung Minggu 17:00~02:00 (Pesanan terakhir untuk makanan 23:30, Pesanan terakhir untuk alkohol 01:00)
@zoosindang