Setiap musim sejuk menyapa, kota Seoul akan berubah menjadi kawasan musim sejuk yang menakjubkan dimana ianya di penuhi dengan cahaya yang berwarna-warni. Pelbagai festival dan aktiviti menarik disediakan yang mana menawarkan pengalaman istimewa yang semestinya sukar untuk di lupakan. Bermula dari Festival Tanglung Seoul yang indah, diadakan bermula dari Cheonggyecheon sehingga Pasar Gwanghwamun yang menawan. Semestinya sangat menarik minat pengunjung dan bebas dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Ditambah lagi dengan fasad media Shinsegae, pengembaraan dongeng The Hyundai Seoul, dan festival Krismas Lotte World yang menarik dan hebat mencipta suasana Krismas yang sempurna dan tidak terlupakan.
01 Festival Tanglung Seoul Berita gembira untuk pecinta musim sejuk! Festival Tanglung Seoul kembali dengan tampilan yang lebih meriah dan menarik. Tahun ini, festival yang sudah memasuki usia 16 tahun ini kembali ke tempat asalnya iaitu Cheonggyecheon, dan siap memukau pengunjung dengan keindahannya.Tema utama festival tahun ini adalah 'SOUL LANTERN: Nikmati Cahaya Seoul', yang akan menerangi pusat kota Seoul dengan cahaya dan imajinasi yang kreatif. Lebih dari 200 karya seni yang menarik akan menghiasi malam musim sejuk yang semestinya menciptakan suasana memukau di sepanjang Cheonggyecheon. Selain orang-orang salju yang comel, karya seni yang menggambarkan pesona Seoul turut dapat disaksikan. Dengan masing-masing membawa penceritaan kisah unik yang tersendiri sekali gus dapat meningalkan kesan yang mendalam kepada pengunjung.Perayaan ini bukan sekadar tempat untuk menikmati keindahan cahaya. Anda juga boleh mencipta kenangan indah melalui pelbagai program yang menarik. Antaranya pelbagai aktiviti menarik disediakan, seperti membuat perhiasan LED Krismas, membuat lampu cahaya mood manusia salju dan menghias perhiasan bunga Santa. Anda juga boleh membuat aksesori praktikal seperti rantai kunci, papan pemotong dan cermin tangan hiasan. Yuran penyertaan adalah di antara 5,000 won hingga 10,000 won. Anda boleh mendaftar dengan mudah di tapak aktiviti yang disediakan agar anda dapat menyertai mana-mana aktiviti yang disediakan dengan mudah. Perayaan yang sempurna ini sangat sesuai untuk anda berjalan-jalan santai di sepanjang Cheonggyecheon bersama orang tersayang sambil mengambil gambar kenangan yang sudah pasti sukar untuk dilupakan. Perayaan ini menjadikan malam musim sejuk di Seoul begitu meriah. Mari kita nikmati momen indah ini di Festival Lentera Seoul!02 Pasar Gwanghwamun
Jika anda ingin merasakan suasana percutian yang menarik, Pasar Gwanghwamun adalah tempat yang wajib anda kunjungi kerana ia merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Pasar Natal tahunan yang kini memasuki tahun ketiga, telah mengubah Lapangan Gwanghwamun menjadi sebuah pemandangan yang seolah-olah diambil dari kisah dongeng musim sejuk.
Di tengah-tengah pasar, berdiri megah sepohon pokok Krismas yang diterangi dan dihiasi dengan lampu berwarna-warni, yang menciptakan latar belakang indah dan sempurna untuk mengambil gambar kenangan akhir tahun. Selain itu, terdapat sebuah perkampungan perayaan yang meriah dengan lebih dari 100 gerai yang menawarkan berbagai kraf tangan dan produk musim sejuk yang unik. Tempat ini adalah surga bagi anda yang ingin mencari hadiah istimewa untuk dibawa pulang.
●Santa Village: Ruang di mana anda boleh menikmati zon bergambar yang memukau dan pelbagai aktiviti menarik di bawah cahaya lampu yang berwarna-warni.
●Santa Village Food Street: Pelbagai gerai makanan yang memikat selera dan tersedia hidangan musim sejuk yang hangat dan lazat.
●Santa Village Play Plaza:Kawasan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan kawasan mengambil gambar yang indah yang dapat dijadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Di Pasar Gwanghwamun, anda boleh menikmati suasana musim sejuk yang romantik sambil berbelanja dan mencicip hidangan lazat.Jom kita rayakan akhir tahun yang penuh makna bersama orang-orang yang kita sayangi di sini!03 Perarakan Happy Christmas Lotte World
Tempat ini dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni dan hiasan yang berkilau yang memberikan anda pengalaman menyeronokan seperti berada di alam magik di dalam kisah dongeng pada musim sejuk. Lampu berwarna-warni yang menghiasi pokok Krismas, muzik klasik dan hiasan asli yang indah dan cantik dapat menarik minat pengunjung dan menjadikannya tempat yang menarik untuk menikmati percutian yang penuh warna.
'Perarakan Happy Krismas' merupakan acara khusus yang diadakan di tingkat pertama Adventure yang mana seluruh atrium dipenuhi dengan lampu berwarna-warni, bunga api dan hiasan bertemakan Krismas. Acara ini mewujudkan suasana musim sejuk yang menakjubkan serta perarakan ini juga dapat memberikan pengalaman yang mengharukan kepada keluarga serta sesiapa sahaja yang menyambut perayaan Krismas.
Jika anda ingin mencipta kenangan istimewa pada musim sejuk ini, nikmati detik menakjubkan di sini!
04 Lampu Krismas Shinsegae & H-Village The Hyundai Seoul
Shinsegae Department Store menggunakan skrin digital besar berukuran 1,292.3㎡ untuk menghiasi malam Seoul yang indah dengan tema ‘Search for Christmas Moments’ dan menghadirkan detik-detik yang menyentuh hati di setiap tayangan yang di paparkan.
Penerbitan video ini telah mempersiapkan sebuah klip video selama setahun, untuk dipersembahkan dengan menambahkan mesej "Holiday Magic in Every Moment" pada penghujungnya, yang memeriahkan lagi keramaian akhir tahun dengan lebih bermakna. Jika anda ingin merakam momen Krismas yang menakjubkan, pastikan anda berkunjung ke sini.
The Hyundai Seoul mempersembahkan pameran istimewa akhir tahun yang menghidupkan kembali dunia dongeng Eropah dengan tema 'Moving Grand Theater'. Di Sound Forest di tingkat 5. Ia merupakan kisah pengembaraan Harry the teddy bear, watak tipikal H-Village, bermula dengan pencarian mencari teater yang megah. Kampung H mempunyai belon udara panas setinggi 7 meter, khemah berwarna-warni dan pelbagai arca seni, dan watak-watak menarik seperti gajah bermain dram dan arnab menunggang basikal muncul di dewan pameran bertemakan khemah ajaib dan 'teater muzikal', yang menambah lagi suasana menarik di pengunjung tahun.
Perkara yang paling menarik tentang tempat ini ialah pokok Krismas setinggi 8 meter yang berputar dan bersinar di dalam khemah baldu yang tersergam indah, sekali gus memberikan gambaran seperti berada dalam kisah dongeng. Dengan lampu berkelip-kelip dan muzik perayaan, The Hyundai Seoul menawarkan pengalaman Krismas yang tidak dapat dilupakan kepada para pengunjung.
Lampu Krismas Shinsegae
63 Sogong-ro, Jung-gu, Seoul
Jumaat, 1 November 2024 – Jumaat, 31 Januari 2025
218m dari Pintu Keluar 7 Stesen Hoehyeon, Kereta Api Bawah Tanah
Perkampungan Krismas H The Hyundai Seoul
108 Yeoui-daero, Yeongdeungpo-gu, Seoul
1 November 2024 (Jumaat) - 31 Disember 2024 (Selasa) / Harian 10:30~19:30
311m dari Pintu Keluar 1 Stesen Yeouinaru di Bawah Tanah Laluan 5