Setiap destinasi pelancongan mempunyai tempat yang tidak boleh dilepaskan dalam senarai tempat untuk dikunjungi. Tempat itu adalah puncak tertinggi di bandar. Tingkat teratas bangunan dan puncak gunung merupakan tempat yang sentiasa menjadi tumpuan untuk dijadikan destinasi pelancongan. Malah tempat pelancongan yang belum kesampaian untuk dijejaki kerana masa dan jadual yang terhad boleh dinikmati dari tempat yang tinggi. Balai cerap adalah tempat di mana anda boleh menikmati pemandangan seluruh pelusuk bandar mengikut musim dan masa dalam sehari dari tempat yang paling dekat dengan langit yang sentiasa menjadi destinasi pelancongan terbaik.
Jika anda merancang untuk melancong pada Tahun Baru, jom pergi ke tempat tinggi yang mana anda boleh melihat pemandangan indah Seoul seperti lukisan. Sambil melihat panorama indah Seoul, mari buat azam Tahun Baru sekali lagi dan membuat kenangan Tahun Baru yang istimewa.
Balai cerap terkenal di Seoul. N Seoul Tower
Mercu tanda Seoul yang semua orang akan terbayangkan apabila mendengar perkataan 'Seoul' ialah N Seoul Tower iaitu balai cerap yang mewakili Seoul. Pemandangan N Seoul Tower dari pusat bandar agak menarik, namun pemandangan Seoul terus dari menara memberikan lebih menerik dengan memberi kesan yang tidak dapat dilupakan.
Terdapat beberapa cara untuk berkunjung ke N Seoul Tower. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam, bas atau berjalan kaki ke Namsan Dulle-gil sambil menikmati persekitaran semula jadi. Selain itu, tarikan lain adalah dengan menaik cable car juga adalah amat digalakan. Semasa anda menaiki Kereta Kabel Namsan yang telah beroperasi selama lebih 60 tahun sejak operasi pertamanya pada tahun 1962 anda boleh menikmati pengalaman yang berbeza apabila ia perlahan-lahan bergerak menjauhi bandar dan semakin hampir ke langit.
Di Dek Pemerhatian N Seoul Tower anda boleh melihat 'Inside Seoul' iaitu seni media 'Observatory Tower 5F' yang memanjang dari pintu masuk lif ke bahagian dalam dan 'Digital Telescope' yang membolehkan anda menikmati pemandangan indah pusat bandar Seoul dengan kanta zum. Terdapat juga pelbagai restoran dan kafe pencuci mulut, seperti panggangan daging lembu Korea, Perancis dan Itali yang dapat memanjakan deria rasa anda dengan menikmati makanan dan teh yang lazat dengan pemandangan indah Seoul.
Di N Seoul Tower, mari kita nikmati perjalanan pertama tahun baru dengan pemandangan indah pergunungan dan sungai Seoul serta keharmonian bandar yang indah.
○Alamat: 105 Namsan Gongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul
○Nombor telefon: +82-2-3455-9277
○Waktu beroperasi: Setiap hari 11:00 ~ 22:00
○Laman web: www.seoultower.co.kr
Balai cerap tertinggi di Seoul, Seoul Sky Observatory
Menara Lotte World, yang boleh dilihat jelas dari seluruh kawasan di Seoul, walaupun Gyeonggi-do adalah mercu tanda Seoul yang sebenar. Namun begitu, 'Seoul Sky Observatory', yang terletak di puncak Menara Lotte World tertinggi, yang merupakan bangunan ke-5 tertinggi di dunia dan bangunan tertinggi pertama di Korea, sangat terkenal di kalangan orang Korea dan juga pengembara dari seluruh dunia.
Di Seoul Sky Observatory, anda boleh melihat seluruh bandar Seoul dengan pemandangan 360 darjah. Manakala di 'Sky Deck', iaitu dek pemerhatian dengan lantai kaca paling tinggi, anda boleh merasakan seolah-olah anda berjalan di atas langit. Anda juga boleh menikmati pemandangan Seoul dari teres luaran di tingkat 120 di 'Sky Terrace'. Terdapat juga 'Sky Bridge' di mana anda boleh menikmati langit Seoul dari dekat. Kemudian "Sky Shuttle" yang membawa anda dari tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 118 dalam masa 1 minit. 'Media Table', kandungan digital yang menunjukkan rupa Seoul pada zaman Dinasti Joseon juga dapat dilihat. Selain itu terdapat juga pelbagai "zon foto", di Seoul Sky Observatory, anda boleh melihat pelbagai tempat menarik, seperti 'Kedai Cenderamata' yang boleh Anda nikmati dari ketinggian 500 meter di udara. Walau bagaimanapun, Sky Bridge kini ditutup untuk musim sejuk dan dijadualkan disambung semula pada bulan Mac. Sila rujuk halaman utama untuk jadual terperinci.
Lotte Tower Seoul Sky Observatory mengadakan pelbagai acara untuk meraikan Tahun Baru 2023. Di zon pameran di tingkat 120, acara 'Wishing Tree' di mana ucapan Tahun Baru ditulis pada pelekat bintang telah diadakan. Selain itu, acara diskaun untuk keluarga 3 atau 4 orang juga diadakan untuk pelawat keluarga. Bukan itu sahaja, pelbagai pakej tiket turut disediakan, jadi sila layari laman web tersebut.
Mari kita mencipta ucapan Tahun Baru dengan secawan teh panas, nikmati pemandangan musim sejuk Seoul sambil menghabiskan Hari-hari terakhir Tahun Baru istimewa di Seoul Sky Observatory, puncak tertinggi di Seoul.
○Alamat: Tingkat 117~123, 300 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul
○Nombor telefon: +82-2-1661-2000
○Waktu beroperasi: Setiap hari 10:30 ~ 22:00
○Tapak web: https://seoulsky.lotteworld.com/
Palgakjeong Bugak Pavilion, tempat ‘dating’ klasik di Seoul
Seoul adalah sebuah bandar dengan alam semula jadi yang indah dan pusat bandar yang indah. Khususnya, keindahan semula jadi yang tercipta oleh pergunungan di sekitar Seoul yang tampaknya melindunginya dan mencipta pemandangan istimewa yang sukar ditemui di bandar lain. Pavilion Palgakjeong Bugak yang dibina di atas Gunung Bugak menggunakan tradisi Korea dan juga merupakan tempat di mana anda boleh merasai sepenuhnya keindahan semula jadi Seoul yang terkenal dengan temu janji romantik dan tempat untuk bersiar-siar.
Apabila anda tiba di Pavilion Bugak Palgakjeong sambil menikmat aktiviti berjalan-jalan melalui hutan di sepanjang Bugak Sky, anda akan melihat pemandangan yang tenang namun megah selangkah dari pusat bandar.
Pavilion Bugak Palgaljeong, di mana anda boleh melihat Gunung Bukhansan di utara dan Namsan Tower dan Lotte Tower di selatan yang dilengkapi dengan kemudahan yang awam seperti taman, balai cerap, restoran, kafe dan kedai serbaneka yang berpusat di pavilion Palgakjeong betul-betul di tengah. Anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan menikmati makanan yang lazat setiap hari sambil berdating dan bersiar-siar.
Palgakjeong Bugak Pavilion juga terkenal sebagai spot view malam, jom saksikan pemandangan malam Seoul yang mengalir bersama-sama suasana antik Palgak Pavilion di mana pergunungan dan bandar Seoul tepat berada bersebelahan. Ini akan menjadi kenangan indah yang akan membantu anda memulakan tahun baru 2023.
○Alamat: 267 Bugaksan-ro, Jongno-gu, Seoul
○Nomor telepon: +82-2-6951-3438
Dari bangunan yang paling tinggi hingga ke bangunan yang paling cantik. 63 Square
63 Square ialah bangunan emas bersinar unik di antara bangunan di sepanjang Sungai Han yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Seoul. Walaupun ia bukan lagi bangunan tertinggi di Seoul, bangunan emas ini masih diletakkan sebagai salah satu mercu tanda Seoul yang mewujudkan pemandangan yang menakjubkan di mana pemandangan dan suasana terbias dalam kaca keemasan yang berubah mengikut musim dan jumlah cahaya matahari. Pemandangan Seoul yang mengambarkan Sungai Han dan langit dipantulkan pada muka depan 63 Square yang pastinya sememangnya indah.
Karya artis Korea kontemporari sentiasa dipamerkan di lobi dan taman 63 Square, memberikan kepuasan pengunjung untuk menghargai karya mereka. Selain itu, terdapat akuarium bernama 'Aqua Planet 63', serta pelbagai kedai makanan dan minuman seperti restoran 'Walking on the Cloud' yang terletak di tingkat 59 dan bufet 'Pavilion'. Yang terutama adalah venue terpenting di 63 Square ialah '63 Art' yang terletak di tingkat 60. Terletak di dewan cerap 63 Square, 63 Art adalah ruang seni budaya yang sangat kompleks dan ruang pameran yang dikunjungi oleh ramai pengunjung dari Korea dan luar negara.
Pameran perancangan diadakan tiga kali setahun dan pameran solo oleh ilustrator terkenal dunia Max Dalton sedang dijalankan kini. Pameran yang menampilkan sejumlah 104 karya yang dibahagikan kepada tiga bahagian bertajuk 'Moments of Cinema', 'The Wes Anderson Collection', dan 'Moments of Max'. Lebih menarik lagi, karya yang dibuat khas untuk peminat Korea turut didedahkan buat kali pertama pada mata dunia.
63 Art di 63 Square merupakan tempat di mana anda boleh menikmati seni di muzium seni yang paling hampir dengan langit dengan pemandangan indah Seoul dan Sungai Han. Mari lakukan lawatan seni buat kali pertama pada tahun baru di 63 Square yang telah menjadi bangunan tercantik dengan karya seni berwarna-warni yang dipamerkan di bangunan tertinggi.
○Alamat: 50 63-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
○Nombor telefon: +82-1833-7001
○Waktu beroperasi: Setiap hari 10:00 ~ 20:00
○Laman web: http://www.63art.co.kr/