Setiap tujuan perjalanan mungkin berbeza-beza dan bergantung kepada seseorang dan keadaan, tetapi kebiasaanya adalah untuk mencari pengalaman baharu. Mengunjungi tempat baru, Menikmati makan makanan yang berlainan anda makan, rasai pengalaman yang berbeza dan mencipta kenangan serta pengalaman baru pasti menyeronokan. Jika anda mempunyai rasa ingin tahu tentang pengalaman melancong yang berbeza serta mengembara untuk menikmati warisan budaya khususnya melawati destinasi dan tempat yang terkenal, Bagaimana jika anda melawati destinasi tempatan yang memberikan pengalaman kehidupan seharian penduduk tempatan masih utuh?
Sejak 2022, Kerajaan Metropolitan Seoul memulakan projek pembangunan daerah komersial tempatan. Projek pembangunan daerah komersial tempatan ialah projek yang menggalakkan transformasi menjadikan tempat yang menarik di mana anda boleh menikmati gaya hidup tempatan dan jenama tempatan yang memberikan keutamaan dengan ciri-ciri kawasan dengan slogan 'Jika Kawasan setempat diperkasa, ekonomi tempatan pulih'. Kawasan yang dipilih akan menjadi tempat istimewa dengan tarikann berbeza namun masih lagi mengekalkan keadaan asal dan mencerminkan budaya tempatan seperti pasar tradisional, jalan kawasan komersial kecil, taman alam sekitar dan laluan pejalan kaki berdasarkan budaya tempatan. Mari kita temui jenama tempatan daerah komersial yang akan mencipta pengalaman perjalanan baharu di Seoul dengan Visit Seoul.
Jangchungdan-gil, di mana anda boleh merasakan pertembungan masa
Pada ketika ini, Bandar Seoul kelihatan seperti baru mengejar budaya terkini, Namun begitu, sebenarnya Seoul ialah bandar yang menyediakan suasana bandar lama di setiap pelosok tempatnya. Jangchungdan-gil, yang dikenali sebagai 'jokbal alley' atau hotel terkenal oleh pelancong, juga merupakan tempat di mana anda boleh bertemu kesan peningalan dan budaya lama Seoul.
Termasuklah 'Namsan', yang mempunyai mercu tanda Seoul iaitu Menara N Seoul, 'Taegeukdang', kedai roti dengan sejarah yang panjang selama 76 tahun, dan apabila anda memikirkan Jangchungdan, jokbal dan naengmyeon serta merta secara semula jadi pasti akan terlintas di fikiran anda lorong-lorong dipenuhi Dengan restoran terkenal dan kedai yang telah lama bertapak, peniaga dan penduduk tempatan yang masib berjuang untuk mengekalkannya. Jangchungdan-gil adalah kawasan tempatan yang membawa anda merasai sejarah dan tradisi Seoul.
Taman Jangchungdan ialah tempat sejarah Korea moden yang berasal dari 'Jangchung-dong'. Tempat ini mempunyai pelbagai kemudahan termasuk Gimnasium Jangchung iaitu gimnasium dalaman pertama di Seoul, juga terletak di Jangchungdan-gil. Taman Jangchungdan mempunyai plaza, gelanggang tenis, taman permainan, air pancut dan banyak lagi. Manakala Jambatan Supo yang mengukur paras air Cheonggyecheon pada Dinasti Joseon juga boleh dilihat dari sini. Taman Jangchungdan ialah kawasan pejalan kaki yang dibangunkan dengan baik dan merupakan Kawasan yang mempunyai ruang yang menyegarkan bagi warga Seoul untuk menikmati alam semula jadi di pusat bandar.
Selain itu, di Jangchungdan-gil, anda boleh melihat Gereja Gyeongdong, hasil kerja arkitek wakil Korea Kim Soo Geun, dan Muzium Jong Ie Nara. Di penghujung jalan Jangchungdan-gil, Pasar Dongdaemun yang juga dikenali sebagai kiblat membeli belah di Korea yang menempatkan Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang mempamerkan ruang budaya yang kompleks menanti anda. Jangchungdan-gil ialah tempat di mana anda boleh merasai semua citarasa dan rasa tempatan dengan daya tarikan penduduk tempatan yang telah lama menyokong bandar ini, sama ada daripada segi seni bina dan gastronomi kepada pusat membeli belah serta makanan dan minuman. Mari kita mulakan dengan pengalaman pelancongan tempatan yang unik dari Jangchungdan-gil.
Pengalaman tempatan yang santai. Seoyuroun
Musim bunga semakin menghampiri dengan suasana menghangatkan hati, di mana cahaya matahari yang hangat, angin yang menyenangkan menerpa pipi anda, dan bau bunga yang harum akan membuat hati anda teruja. Apabila musim bunga tiba, orang ramai akan teruja untuk bersiar-siar. Dalam kes ini, taman pusat bandar berdekatan akan menjadikan tempat yang sempurna untuk beriadah.
Taman Seonyudo ialah taman ekologi mesra alam yang menggunakan kemudahan Loji Penulen Air Seonyudo, yang pernah menjadi loji pembersihan air sisa di bawah Jambatan Yanghwa. Tempat ini adalah tempat riadah dan berasrama yang baik untuk warga Seoul dengan pemandangan semula jadi seperti Aquatic Botanical Taman, Hutan Ekologi, dan Taman Masa. Kawasan sekitar Stesen Seonyudo, di mana terletaknya Taman Seonyudo yang juga terkenal dengan pemandangan matahari terbenam, telah dipilih sebagai kawasan komersial 'Seonyuroun'.
Seon-yu-ro-un, yang mengendalikan 'Pusat Maklumat Pelancong Seon-yu-roun' sedang aktif dalam mempromosikan jenama tempatan dan merupakan kawasan yang menarik di mana anda boleh menjalankan pelbagai aktiviti, seperti bersiar-siar kepada anda yang ingin berjalan, pasar bengkel jalanan, dan jalan-jalan cari makan budaya makanan tempatan. Pusat Maklumat Pelancong Seon-Yuroun memperkenalkan pelancongan tempatan Seon-Yuroun dan daerah komersial tempatan. Kawasan ini dilengkapi dengan ciri-ciri bergaya seperti mengesyorkan tarikan tempatan yang disesuaikan dengan MBTI yang popular pada masa ini. Selain itu, lawatan kampung bersama “Tour Guide” kampung (pengulas komersil) turut dijalankan bagi memberi peluang untuk memahami sepenuhnya tarikan tempatan kawasan yang dipanggil Seonyuroun.
Di Seonyuroun, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti pengalaman melalui program bengkel yang dikendalikan oleh artis. Anda juga boleh merasai pengalaman unik Seonyuroun yang sangat berbeza daripada kawasan tempatan yang lain seperti pasar lambak dan suasana mesra haiwan peliharaan.
Mari kita nantikan pengalaman tempatan yang berbeza di Seonyu-roun iaitu sebuah daerah komersial tempatan yang dikongsi dengan tarikan perwakilan Seoul seperti Sungai Han dan Taman Seonyudo.
Saitgil, Laluan Hutan Laluan Gyeongchun, tempat berkumpul untuk perkara untuk dinikmati
Berbeza dengan kapal terbang yang terbang di langit dan kereta yang dipandu di lebuh raya, kereta api adalah pengangkutan yang memberi kesan romantik. Gyeongchun Line Forest Trail ialah tempat di mana landasan kereta api yang digunakan oleh kereta api di pusat bandar Seoul dijadikan jalan hutan yang penuh dengan bunga-bunga aroma percintaan dan kasih-sayang. Seakan-akan meredah masa dengan pemuliharaan landasan kereta api, Laluan Hutan Laluan Gyeongchun yang penuh dengan sensitiviti analog adalah pemandangan tempatan yang utuh dan bernyawa.
Bermula dari Gongneung-dong Noodle Street yang sudah lama wujud Gongneung-dong Dokkaebi Market, pasar tradisional terbesar di Nowon merupakan pasar tersembunyi di lorong, Forest of Memories and feeling road di Saitgil Gyeongchun Line Forest Trail menuju ke Laluan Hutan Laluan Gyeongchun, anda boleh menemui lorong-lorong yang menawan yang penuh dengan suasana tempatan. Anda juga boleh menemui produk jenama tempatan dengan kandungan dan cerita unik dari kawasan itu, seperti 'Self-Mart' yang berpusat pada peniaga muda tempatan dan 'Gongneung-dong 101' sebuah platform yang meriah di Gongneung-dong.
Di Taman Kereta Api Hwarangdae yang terletak berhampiran Stesen Hwarangdae di Laluan 6, anda boleh merasai pengalaman menaiki pelbagai kereta api, termasuklah kereta api tolok sempit, lokomotif wap Mika, trem imperial dan trem aras jalanan. Anda juga boleh menikmati taman lampu malam secara percuma. Di samping itu, di dalam taman kereta api terdapat pelbagai kemudahan yang boleh dikongsi oleh semua generasi, seperti 'Gyeongchun Line Forest Gallery' di mana anda boleh menghargai karya seni, 'Time Museum', dan dewan pameran kecil 'Nowon Railway Village' , iaitu sebuah perkampungan kereta api kecil Switzerland.
Mari berseronok di sepanjang laluan kereta api yang penuh suasana dengan percintaan serta menikmati makanan di pasar tradisional yang memainkan peranan sebagai pusat utama makanan penduduk tempatan seterusnya melakukan perjalanan di kawasan tempatan di sepanjang Laluan Gyeongchun. Kawasan ini terdapat pusat pengalaman dan dewan pameran yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga .