Seosun Ra-gil dan Jongmyo Doldam-gil ialah antara trel berjalan kaki yang menarik di Seoul pada musim luruh. Jongmyo Doldam-gil ialah jalan yang mengelilingi Kuil Jongmyo dari Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan sesuai untuk berjalan-jalan, terutamanya semasa tempoh daun musim luruh bertukar menjadi merah. Jalan ini boleh diakses melalui Seosun Ra-gil, terletak di barat Kuil Jongmyo, dan dikenali sebagai tempat yang sesuai untuk menikmati alam semula jadi dan sejarah bandar itu. Seosun Ra-gil ialah kawasan di mana pegawai mahkamah tinggal semasa Dinasti Joseon, dan kini ia adalah tempat yang terkenal bagi pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati suasana musim luruh. Seosun Ra-gil juga mempunyai kafe dan restoran yang menarik yang menggabungkan ciri- ciri tradisional dan kemodenan.
01 Jongmyo Doldamgil
Laluan bertembok batu yang mengelilingi Kuil Jongmyo, telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, adalah tapak bersejarah yang telah wujud selama berabad-abad, memberikan pemandangan yang indah, terutamanya semasa musim luruh dikala daun -daun bertukar menjadi warna merah. Terletak di sebelah barat Kuil Jongmyo, laluan pejalan kaki boleh diakses dari laluan pejalan kaki Seosunla, jadi anda boleh merasai keindahan kawasan itu tanpa perlu memasuki bahagian dalam Kuil Jongmyo.
Anda boleh menikmati suasana yang tenang dan mendalami latar belakang sejarah Kuil Jongmyo yang kaya, dengan menyusuri jalan ini sambil berjalan kaki. Oleh itu, anda disyorkan berjalan kaki di sepanjang jalan ini semasa musim luruh. 104-1 Kwonnong-dong, Jongno-gu, Seoul
Jalan kaki untuk 422 meter dari Exit 3 Stesen Kereta Api Bawah Tanah Anguk di Laluan 3
02 Seosun-ra-gil
Seosunna-gil ialah jalan raya yang berjarak kira-kira 800 meter dari 45-4 Jongno 3-ga hingga 26 Kwonnong-dong, dan merupakan kawasan di mana pegawai mahkamah seperti sida-sida dan wanita istana tinggal semasa Dinasti Joseon. Nama "Seo" berasal daripada "Sunnacheong," yang bermaksud Sunra-gun yang meronda di sekitar bahagian barat dan "Sunra" adalah nama yang berasal dari "Sunna Cheong," yang bermaksud Sunra-gun yang meronda di sekitar Kuil Jongmyo. Sungguhpun kualiti infrastruktur kawasan itu pernah merosot melalui era penjajahan Jepun selepas kejatuhan Dinasti Joseon, Seosun-ra-gil telah dihidupkan semula oleh pembangunan semula bandar pada tahun 1995. Walaupun pintu masuk kelihatan seperti lorong-lorong biasa, suasana Seosun-ra-gil sangat tenang disebabkan keadaan bangunan-bangunan berdekatan yang ketinggiannya dihadkan kepada dua tingkat, pokok-pokok yang tergantung di tepi jalan dan juga kekayaan sejarah Kuil Jongmyo.
Seosun-ra-gil yang digemari sebagai tempat berjalan kaki semasa musim luruh ini, mempunyai pelbagai restoran; dari restoran makanan tradisional Korea hingga ke restoran hidangan gabungan moden dan juga berberapa kedai barang kemas. Seosunla-gil juga dikenali sebagai tempat temu janji yang tidak dapat dilupakan kerana kewujudan berberapa kafe yang selesa, restoran romantik dan pub yang meriah. 75 Seosun-ra-gil, Jongno-gu, Seoul
Jalan kaki untuk 315 meter dari Exit 7 Stesen Kereta Api Bawah Tanah Jongno 3-ga di Laluan 1/3/5
03 Kafe TmariTerletak di tengah-tengah Seosunla-gil, kafe berciri Hanok ini mewujudkan suasana hangat dan selesa, sesuai untuk musim luruh. Dibina dengan kayu, tempat ini menawarkan daya tarikan yang klasik, mewujudkan rasa seperti anda memasuki rumah lama Korea. Pencahayaan semula jadi yang menembusi tingkap besar kafe ini, membolehkan pengunjung menikmati pemandangan binaan dinding batu dan warna-warni dedaunan pada musim luruh.Dengan menaiki tangga rahsia, anda akan dibawa ke kawasan teres yang luas dengan pemandangan panoramik Kuil Jongmyo dan dinding batu tradisional. Setibanya anda di atas teres, anda boleh menikmati pemandangan sambil minum kopi, teh ataupun wain. Terdapat juga pencuci mulut istimewa yang dibalut dengan kertas, mengembalikan nostalgia lama. Rasailah keindahan musim luruh di Kafe Tmari di Seosunla-gil dan nikmati hari lapang anda.04 Kafe SasaKafe Hanok moden ini, mempamerkan definisi budaya Korea yang tradisional dan juga moden. Bahagian dalam kafe menggunakan reka bentuk konsep minimalis diiringi seni bina tradisional. Sajian pencuci mulut dan minuman tradisional pula dihidangkan di dalam mangkuk berhias, menonjolkan lagi warisan budaya Korea. Menu di kafe ini terdiri dari kopi klasik, lasagashi, teh, serta pelbagai jenis ade dan kek, jadi anda boleh memilih mengikut citarasa anda sendiri. Minuman keras tradisional Korea Highball juga disediakan untuk orang yang berani mencuba. Selain itu, terdapat juga menu khusus yang tersedia pada musim luruh sajaha, seperti latte keledek castera, latte buah berangan dan latte buah berangan double shot. Setiap minuman unik bakal memberi peluang anda merasai keistimewaan suasa musim luruh, sejurusnya mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.